KPJ Rawang

Assalamualaikum. Cinta.

Ketermengantukan yang teramat sangat.. Tapi lapar pun ada ni..

Driving start 3.30 pagi tadi mencari klinik panel 24 jam.. Singgah kat Batang Kali tapi hampa.. Tutup dah rupanya tapi dalam website kata 24 jam.. rupanya dah tukar 16 jam je.. Oh.. Terpaksa ke KPJ Rawang pulak.. Last choice dalam keadaan emergency macam ni ditambah pula baru jam berapa kan..

Kenapa Sue berada di sini sekarang ni??

Tiba-tiba tadi terjaga sebab En. Along kejut bagitau sakit kaki sampai nak tidur pun tak boleh.. Sebelum tu memang beberapa hari ni dia ada mengadu sakit kaki tapi sikit je.. Ingat sebab kasut yang dipakai hari-hari tu..

Tapi tadi sebab Hadirah tertendang kaki papanya secara tidak sengaja maka En. Along pun tak boleh tidur.. Hadirah nak peluk papa dia la tu biasanya..

Nasib baik masih punya kekuatan nak drive ke KPJ Rawang ni.. Oh ya! Kat KKB bukannya takde hospital ye.. Ada je.. Tapi En. Along tak nak ke hospital kerajaan.. Ada la sebabnya..

Sepanjang experience ke hospital kerajaan ni di beberapa hospital and dah beberapa kali, not so tip top la service dia.. I'm not satisfied.. So I rather habiskan duit ke hospital swasta yang sememangnya tip top service dia. Lagipun ada panel so guna je la ye tak..



First time sampai sini sebenarnya.. Mujur la KPJ Hospital dah ada kat Rawang ni. Sebelum ni jauh jauh je ada.. Kalau kat Setia Alam tu dah ada KPJ Klang yang dekat dengan rumah, so tak payah bersesak-sesak kat KPJ Shah Alam.. Selesa sangat kat KPJ Klang.. so dah beberapa kali ke sana..



Right now, tengah menunggu result blood test.. Doctor dah check bagai dah..

Huwaaaa.. mengantuknya ni..



Best betul En. Along tu.. sedap baring.. Baru kejap ni staff hospital offer nak tutupkan lampu.. Haihhh.. kalau tutup lampu jawabnya dengan Sue sekali join tidur ni.. Nak tunggu blood test results dalam 45 minit lagi lebih kurang.. Ada gak yang mintak katil sebelah ni kang.. Mata dah layu ni.. hoho..

Ok la.. nanti update lagi apa result nya.. Mengantuk tahap gaban dah ni.. Risau jugak nak drive balik ke KKB kejap lagi.. Huhu..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

1 comment: