Kerana "Thank You"

Assalamualaikum. Cinta.

Tiba-tiba Hadirah merajuk hari tu.. Semua benda jadi tak kena. Eh? Dah kenapa? Tiba-tiba pulak tu..

Mummy : Kakak.. kenapa ni? Kenapa merajuk?
Hadirah : (diam.. buat tak tahu je)
Papa : Kakak marah sapa ni? Kakak marah papa ke marah mami?
Hadirah : Mami buat.. (sambil tunding jari.. muncung tetap panjang)
Mummy : Laaa.. kakak marah mami? Kenapa? Mami buat apa?
Hadirah : Mami tak cakap thank you kat Kakak..
Mummy : Eh? Bila? Laaa.. sorry kakak..
Hadirah : Kakak letak kasut mami tu tadi..
Mummy : Ohh.. Thank you Kakak.. Sorry ok? Mummy terlupa..
Hadirah : Mami lupa ke?
Mummy : Iye.. mami terlupa.. Sorry, ok? Sorry sayang...

Laaa.. rupa-rupanya sebab tak cakap "thank you" kat dia je.. sebab tu dia merajuk. Kebetulan masa tu Sue tengah bercerita dengan En. Along pasal nak keluar rumah dengan Hadirah, apa yang dia buat masa tu..

Bila dia pun dengar cerita tu, terus merajuk tiba-tiba.. sebab tak cakap "thank you" je.. Salah Sue jugak.. terlupa nak cakap thank you kat dia after dia susunkan kasut Sue depan pintu elok-elok untuk memudahkan Sue pakai nak keluar dengan dia tempohari.. Alahai sayang mummy ni..

Haaa.. sikap Hadirah ni sangat baik. Dia akan say "thank you" kalau kita dah tolong dia and kita kena cakap "thank you" jugak kat dia kalau dia dah tolong kita.. Baik kan anak mummy yang sorang ni.. Tapi kalau terlupa, siap la soalan menikam jantung dari dia, "mummy lupa ke?".. Haaa.. terkena balik je kat kita..



So.. lepas ni kena sentiasa beringat pasal benda-benda kecil macam ni kadang-kadang boleh mempengaruhi tumbesaran dan pemikiran anak-anak kita yang sedang membesar ni.. Hurmmmm.. kena sentiasa ingat nak say thank you kat dia..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

2 comments: