Kenapa Sakit Hari Tu?

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi..

Oh ya.. Sue masih belum bagitau pasal result blood test En. Along hari tu kan?

Ok.. entri hari tu memang masa tu tengah menunggu result blood test pun.. Hurmmm.. result nya, asid uric tinggi. So dah sah sah gout En. Along datang menyerang.. Tu yang sakit kaki tiba-tiba tu.. Mula-mula memang dah syak gout tapi pelik sebab belah lain yang sakit and kaki lain, bukan macam biasa. 

Oh.. En. Along memang ada gout and agak lama dah tak menyerang.. ada la dalam setahun gitu.. Ingat dah clean.. huhu..

So kali ni, doctor yang merawat En. Along tu ada bagi ubat yang lain selain ubat biasa gout. Katanya ini untuk menurunkan asid uric tu.. Boleh la kan nak mencegah dari gout datang menyerang lagi. Siap doktor tu tanya, sebelum sebelum ni, takde ke doktor bagi ubat yang ini. Hahaha.. memang takde pun..

Right now, cuma nak kena jaga pemakanan je la.. Actually kalau nak diikutkan, pesakit gout ni, semua benda tak boleh makan tau.. Semua ada potensi untuk membuatkan gout datang menyerang.. Nasi, roti, daging, ayam and semua la boleh jadi penyebab gout. Tapi kena tahu yang mana potensi lagi tinggi untuk membuatkan gout datang menyerang.. Hurmmmm.. En. Along kan degil sikit.. so rasanya dia ada makan mushroom soup.. Mushroom salah satu berpotensi tinggi menyebabkan gout datang menyerang pesakit gout. Makanan dalam tin pun berpotensi tinggi juga.. That's why Sue kurang makan makanan dalam tin. Kalau Sue nak sardin tin tu pun, Sue sorang je la makan... hoho...

Memang Sue ambil tahu apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan.. Sebab tak nak gout datang menyerang macam hari tu la.. Jenuh tau.. Nak berjalan pun payah.. Nasib baik ada tongkat..


Now En. Along dah pulih sepenuhnya.. tapi still makan ubat lagi.. Dalam masa yang sama, dia try minum Jus Hidayah. Cuma ikhtiar.. untuk kesembuhan dan tenaga..


Moga-moga En. Along akan bebas dari gout suatu hari nanti.. Amin..

Wassalam.

No comments:

Post a Comment