Hadirah Dan Water Colour

Assalamualaikum. Cinta.

Hari ni Hadirah dah start guna water colour.. Hurmmmm.. belum hantar gi sekolah lagi ni tapi dah pandai nak guna water colour.



Semalam gi GM Klang.. Tiba-tiba dia nak beli gambar lukisan Hello Kitty and ada beberapa warna water colour, so belikan je la.. Hari ni sibuk la dia nak mewarna..



Nasib baik mummy dia ni cuti hari ni sampai esok. TM bermurah hati memberi cuti tapi "force leave" la ye.. Hahaha.. Tak kira la force ke tak yang penting dapat spend time dengan buah hati tercinta ni..

Hasil kerja Hadirah petang tadi..



Boleh la kan untuk budak yang belum ke sekolah.. InshaaAllah nanti Sue akan hantar dia ke sekolah juga.. Kena hantar jugak ni. Biar pandai bergaul dengan orang lain.. Ni tak.. asyik berkepit dengan orang yang dia kenal je..

Itu ceritera petang tadi..

Ni yang sedang berlaku sekarang ni..

Hadirah dok main water colour dengan papa dia.. Mentang mentang la papa dia dah balik kan.. Mummy pun dia tak layan dah..





Main la mewarna guna water colour sampai bosan.. Nanti dia dah bosan, dia cari new things to do pulak..

Learning process sekarang ni.. Tapi dia belum pandai guna water colour pun. Tengah ajar slow slow macam mana nak mewarna..

Hopefully Hadirah nanti dah masuk sekolah lagi senang dia nak belajar.. Tapi tak dapat nak bayangkan kalau cikgu yang ajar tu macam mana.. Kita yang ajar pun kadang-kadang tu kita yang salah.. Dia je yang betul.. haihhhh.. Mudah-mudahan dia lebih baik masa akan datang.. Mummy always doakan yang terbaik buat anak mummy ni..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment