Dinner With My Parents-In-Law | Bukit Tinggi, Klang

Assalamualaikum. Cinta.

Cuti Deepavali hari tu my parents-in-law datang ke rumah anak-anak dia.. Tapi tak la tidur kat rumah Sue. Tidur rumah adik ipar Sue kat Pulau Indah..

So second night dorang kat sini, kami dinner sama-sama. Lagipun the next day tu cuti Deepavali kan.. Hari rabu.. Sue pulak cuti dari Rabu tu sampai Jumaat. So Selasa malam Rabu tu Mama Sue hantar Hadirah ke rumah Sue..

Bukan main excited lagi tau Hadirah tu..



Hadirah ni bukannnya nak makan nasi.. Sementara menunggu Tok Wan, Opah, Acik, Paksu and Maksu dia sampai, dah setengah gelas sirap bandung dia sedut.. Oh! Kalau order air kena satu gelas untuk dia sorang je.. Tak boleh share share ye.. Amaran keras dari Hadirah. "No.. no" katanya sambil tunjuk jari telunjuk ke kiri ke kanan.. Haihhh.. kemain lagi tau.. Macam la besar sangat.. Kalau share nanti dia kata "Mami ambik air kakak..?" siap dengan muka bengang nak merajuk sekali dengan nada soalan yang tak puas hati.. hoho..



Sampai je Tok Wan Hadirah, terkejut Hadirah tau.. dia macam blur sesaat.. Maybe tak sangka la tu agaknya..





Oh ya! Lupa nak inform. Kami dinner kat Warung Warisan Asli, Bukit Tinggi, Klang. This is second time Sue makan kat sini.. Hari tu order set ala kampung jugak kan.. ENTRI ini.. Kali ni kami order juga set ala kampung tapi ikan untuk asam pedas tukar kepada ikan sembilang. Kami ambil satu set untuk 2 orang dan satu set untuk 4 orang. Cukup la untuk kami bertujuh.. tak termasuk Hadirah.. Dia bukan nak makan sangat pun..









Habis makan Hadirah pulak ajak Sue keluar dari restoran Dia nak main kat pondok yang ada kat luar restoran tu.. Actually dia dah bosan sebenarnya. Masa kami semua tengah makan lagi dia dah bosan semacam je.. Tapi bagi je la dia main tab papa dia.. Kalau tak dia tak nak duduk diam diam. Asyik ke hulu ke hilir tapi kacau orang tengah makan.. hishhh..





Malam tu kami semua tidur kat Pulau Indah.. beramai-ramai memenuhkan rumah adik ipar.. hoho.. Disebabkan Sue kepenatan sebab ye la kan baru balik kerja that day, terbongkang tidur sampai tak sedar bila masa Hadirah tidur kat sebelah.. hahaha.. sorry sayang.. Mummy bangun jam 5 pagi and tak tidur tidur lagi.. dah tengah malam tu..

Wuarghhhh.. mengantuk pulak.. Hurmmm.. esok rutin yang sama lagi.. Huhu.. kadang-kadang tu bosan jugak dengan rutin yang sama je.. Tapi redha je la.. Takpe.. ini bahagian Sue.. kita kan ada bahagian masing-masing.. so hadapinya dengan baik.. Bersangka baik.. Senyum je..

Good night!

Wassalam.
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. waaa.. bestnya berdinner dengan mereka.. :) selamat menjamu selera..

    ReplyDelete