Cabaran Memandu Sambil Meriba

Assalamualaikum. Cinta.

Tengahari tadi Sue keluar membeli-belah dengan Hadirah berdua je.. Mula-mula ok je. Selesai membeli barang-barang keperluan, singgah ke kedai yang menjual barang-barang dari cerita Frozen.

Hadirah berkenan dengan baju-baju Frozen tu sebenarnya. Ala-ala princess Anna dan Queen Elsa. Okeh.. relax Sue.. relax..

Berjaya pujuk Hadirah supaya tak beli baju-baju princess tu.. Tapi alihkan perhatian dia kepada payung Frozen. Memang dah lama dia nak payung cuma Sue je tak belikan.. Ok la.. belikan je la payung Frozen favourite dia tu.. RM25.. takpe la.. redha je.. demi anak tercinta..

Then bila nak balik dia tiba-tiba menangis. Eh? Kenapa?

Dia kata mata dia pedih la.. padahal dia yang gosok gosok mata tu.. Lepas tu sampai dalam kereta dia mengamuk dan menangis.. Macam mana nak balik ni??

Nak tak nak terpaksa jugak la drive sambil meriba Hadirah. Haihhh.. letih woo..Cabaran betul driving sambil meriba Hadirah.. Nasib baik tak la jauh sangat dari rumah.. tapi gigih jugak la kan.. Ni first time Sue kena drive sambil meriba dia.. dah dia tak nak duduk kat seat sebelah or seat belakang. Dia menangis je sepanjang jalan.. terpaksa la drive jugak dalam keadaan camtu..

Ni kami nak keluar balik dengan papa Hadirah.. Senang sikit ada papa dia.. boleh tolong jaga Hadirah.. ada barang tertinggal nak beli tadi..




Wassalam.
posted from Bloggeroid

1 comment: