Bubbles Dan Urban Fresh

Assalamualaikum. Cinta.

Salam Maal Hijrah..

Petang tadi after En. Along pulang dari tempat kerja, kami keluar lagi.. Cadangnya nak beli barang and bawa Hadirah main bubbles ke kat padang rekreasi Setia City Mall tu..

Ohoo.. sekali tempat kami selalu parking tu jalannya tutup. Ada persiapan untuk event apa entah.. So park kat dalam mall je la..



Sebenarnya masa papa Hadirah balik tu Hadirah dah tertidur.. kepenatan la tu.. Tapi kejap je.. Papa dia balik terus bangun.. Tu yang laju je keluar balik tu..

Seronok la dia dapat main bubbles lagi.. Sampai muak la alkisahnya..





Then Sue membeli belah lagi barang-barang yang tak sempat beli tengahari tadi.. Just beli kat Urban Fresh dalam Setia City Mall je.. Maybe ramai yang beranggapan barang-barang kat sini mahal tapi sebenarnya sama je kat luar sana.. macam Tesco ke Giant ke.. Cuma maybe ada certain barang yang mahal beberapa sen la. Kena pandai pilih, survey dan banding. Bagi Sue ok je kalau setakat nak beli barang-barang keperluan biasa. Cuma Sue akan check harga dulu la.. Kalau sama je baik beli je kat situ.. alang alang kan..

Barang-barang premium kat Urban Fresh memang mahal.. Dah namanya premium ye tak.. Yang tu memang tak boleh tanding la harga dia.. Pandai pandai pilih la ye..

Ok la.. need to sleep early walaupun Hadirah tak tidur lagi ni.. Esok banyak benda nak buat lagi.. Hadirah layan kartun je pun.. so boleh je tidur.. nanti lama-lama dia follow la tu..

Selamat malam cinta!

Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment