Bila Jeruk Mangga Menjadi Viral

Assalamualaikum. Cinta.

Wah.. sejak dua menjak ni gambar, resepi mahupun kisah Jeruk Mangga Asam Boi menjadi trending dalam facebook dan social media yang lain..

Sue pun turut terjebak.. Makanya Sue pun buat jugak la Jeruk Mangga Asam Boi ni.. Alah.. resepi Sue google je. Ramai dah yang share kan..

Hari Jumaat baru-baru ni percubaan Sue yang pertama buat jeruk mangga asam boi ni.. Haihhh.. trending kan..







Perghhhh.. Percubaan Sue agak menjadi.. Tapi rupa mangga tu tak cantik la pulak.. Sebabnya Sue potong mangga tu kecik kecik. Biasa la.. Dalam kepala dok ingat nak makan mangga tu cicah garam je.. Hahahaa.. gitu la jadinya. Jadi jeruk mangga kecut.. hahaha..

Sangat sangat mudah resepi dia..

Bahan-bahan yang diperlukan :-
1. Mangga (tak kisah mangga jenis apa pun tapi bukan yang terlalu masak ranum..nanti tak jadi pulak.. lembik semacam je.. Mangga yang lemak lemak manis lagi sedap buat jeruk..)
2. Garam secukup rasa
3. Gula (lebihkan sesedap rasa)
4. Asam boi
5. Cili padi/cili api/cili merah/cili hijau (janji ada rasa pedas.. campur pun boleh)

Cara-caranya pun senang sangat.. Tak perlu nak masak bagai..

1. Kupas dan potong mangga tersebut mengikut citarasa anda (ikut suka nak potong mangga tu macam mana.. nak buang kulit ke tak terpulang.. Sue buang je kulit.. Kulit tu banyak jugak getahnya.. hoho..)

2. Potong cili padi or apa-apa cili yang digunakan. Better cili padi.. baru la ada umpphhh.. haha..

3. Gaulkan mangga, cili, asam boi, garam secukup rasa, dan gula dalam mangkuk (lebih mudah menggaul bila guna mangkuk or bekas yang besar. Gula lebihkan pun takpe..)

4. Masukkan semua bahan tadi dalam bekas/tupperware/balang dan simpan dalam peti sejuk.

5. Selepas sekurang-kurangnya 4 jam, jeruk mangga telah sedia untuk dihidang.. Boleh la nak mentekedarah jeruk tu sampai pengsan..

Sedap betul makan jeruk mangga yang sejuk sejuk tu.. fuhhhh.. terliur tiba-tiba padahal nak tidur dah ni.. hahahaha..

Buat sendiri lagi berbaloi kan.. Boleh buat ikut sesedap rasa tekak sendiri.. Macam Sue ni, Sue derhakakan resepi tu.. Sebab apa? Sebab Sue ada buat half jeruk yang takde cili.. tak nak pedas.. Saja je.. Nak rasa.. haha..

Ok la..

Good night all.. Sweet dreams! Boleh mimpikan jeruk mangga.. muahahaha..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment