Alkisah Nasi Ayam Berempah Madu 4 Tahun Sekali

Assalamualaikum. Cinta.

Tajuk tak menahan kan? Hahaha.. Tapi itulah hakikatnya.. 
Pelik? Hurmmmm.. memang la pelik pun. Sue bukannya terror masak pun.. Rajin masak pun tak.. Ni pengakuan berani mati ni.. Tapi akan masak juga kalau ada masa lapang.. Takde la sampai pegang kuali pun tak tahu.. Tu dasyat sangat tu.. tak makan la anak and laki I tau..

Macam hari ni, setelah 4 tahun tak masak Nasi Ayam, hari ni terasa nak masakkan Nasi Ayam.. Kali ni masak Nasi Ayam Berempah Madu "4 Tahun Sekali".. Haaa.. amacam? Terliur tak? Hahahaha..

Sue pernah je masak Nasi Ayam Berempah sebelum ni.. Ye la.. Dah 4 tahun kot.. Last Sue masak sebelum Sue bersalinkan Hadirah. Macam baru-baru kahwin je masa tu... Eh! Ingat ingat lupa la pulak.. -__-" Tahun 2010 kot masa tu.. Yang Sue ingat lagi En. Along ajak kawan-kawan housemate lama dia datang rumah makan-makan masa tu. Dah la first time masak Nasi Ayam masa tu.. Malu giler wooo.. -___-

Then ada jugak kali kedua masak Nasi Ayam Berempah. Tapi masa tu tahun 2010 jugak rasanya.. Then tahun ni.. Haaa.. ni baru rare. Jarang nak jumpa kan.. So sapa sapa nak rasa Nasi Ayam air tangan Sue kena tunggu 4 tahun akan datang.. Hahahaha...





Haihhh.. memang jenuh la nak tunggu lagi 4 tahun baru nak masak Nasi Ayam ni.. Hari ni Hadirah main, mandi and segala-galanya dengan Papa dia je.. mentang mentang la papa dia cuti.. Manja habis. Semalam tak dapat main lama-lama dengan papa dia sebab papa dia kerja lagi kan.. Habis hati la dia hari ni.. Senang mummy dia nak buat kerja..

Untuk desert Sue buat desert simple je.. Koktel Buah-buahan je..

Saja masak-masak hari ni.. Ajak adik ipar En. Along datang tapi wife dia a.k.a my bff masa zaman belajar tu kerja pulak, so En. Fariz datang sorang je.. Seronok la hadirah paksu dia datang.. Ajak paksu main macam-macam. Sayang betul dia dengan paksu dia.. Seronok betul dia hari ni walaupun tak keluar ke mana-mana hari ni except ikut papa dia ke kedai je..



Wassalam.

1 comment: