Misteri Kehilangan Tudung!

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Misteri kehilangan tudung Sue kini terjawab sudah..



Isnin baru-baru ni Sue balik ke KKB sorang-sorang je. Bertolak seawal 6.15 am dan sampai hampir jam 7.30 am. Okeh.. bukan saja saja nak balik ye sambil melaburkan duit minyak yang naik 20 sen ni.. Ada urusan sebenarnya.

Tu yang selfie dengan Hadirah yang masih lena dibuai mimpi.. Almaklumlah.. lewat tidur malam sebelum tu.. Dia memang gitu.. tidur lambat and bangun tak tentu masa. Tidur pun tak tentu masa..

Sambil sambil buat kerja, layan jugak la kerenah dia sebab asyik melekat je dengan Sue.. takut sangat Sue balik and tinggalkan dia..

Tapi.. kelam kabut Sue dibuatnya bila Sue nak balik terpaksa mencari tudung yang Sue pakai that day. Hilang! Cari merata-rata tempat tak jumpa! Dalam almari and semua tempat tak jumpa. Sampai ke ampaian baju Sue cari. Mana la tahu kalau kalau abah Sue dah basuh and sidaikan ke.. Tak jumpa!

Bila dah tak jumpa dan mengejar masa, terpaksa la rembat mana-mana tudung adik Sue..

Bila dah balik ke Setia Alam, Sue call mama Sue and katanya Hadirah yang sorok.

What?? Macam mana Hadirah boleh terfikir nak sorok tudung tu..? Hurmmmm...

Hadirah boleh cerita yang dia tarik tarik tudung mummy dia tu sampai tudung tu jatuh and after that dia sorok. Cuma dia tak beritahu dia sorok kat mana. Mama Sue jumpa tudung tu celah celah almari baju mama Sue and nampak hujung tudung tu je. Tu yang mama Sue tarik and keluar la tudung tu.. Padahal mama Sue dah cari kat situ masa tengah kelam kabut kami mencari tu.. Tak jumpa that day..

Dengan selamba dia jawab dia sorok sebab "tak nak mami balik".. Alahai.. sedih pulak dengar jawapan dia. Memang dia tak bagi Sue balik pun sebenarnya. Tapi nak buat macam mana.. Terpaksa.. huhu..

Happy betul dia dapat sorok tudung mummy dia.. Tu belum lagi dia sorok beg or handbag mummy lagi.. Jenuh la kalau dia sorok handbag.. Tak balik la jawabnya..

Baru 3 tahun setengah dah pandai sorok sorok tudung.. tapi alasan dia tu logik jugak.. hurmmmm.. hopefully on day nanti dia akan faham... I'm trying to change our life to be better than now...

Ah! Rindunya kat dia.. tak sabar nak balik KKB esok..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

Cabaran Gambar 31 Hari : Hari 30 - Bokeh

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.



Wassalam.

p/s : nak join? tengok SINI dulu list dia..

Dinner With My Parents-In-Law | Bukit Tinggi, Klang

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.

Cuti Deepavali hari tu my parents-in-law datang ke rumah anak-anak dia.. Tapi tak la tidur kat rumah Sue. Tidur rumah adik ipar Sue kat Pulau Indah..

So second night dorang kat sini, kami dinner sama-sama. Lagipun the next day tu cuti Deepavali kan.. Hari rabu.. Sue pulak cuti dari Rabu tu sampai Jumaat. So Selasa malam Rabu tu Mama Sue hantar Hadirah ke rumah Sue..

Bukan main excited lagi tau Hadirah tu..



Hadirah ni bukannnya nak makan nasi.. Sementara menunggu Tok Wan, Opah, Acik, Paksu and Maksu dia sampai, dah setengah gelas sirap bandung dia sedut.. Oh! Kalau order air kena satu gelas untuk dia sorang je.. Tak boleh share share ye.. Amaran keras dari Hadirah. "No.. no" katanya sambil tunjuk jari telunjuk ke kiri ke kanan.. Haihhh.. kemain lagi tau.. Macam la besar sangat.. Kalau share nanti dia kata "Mami ambik air kakak..?" siap dengan muka bengang nak merajuk sekali dengan nada soalan yang tak puas hati.. hoho..



Sampai je Tok Wan Hadirah, terkejut Hadirah tau.. dia macam blur sesaat.. Maybe tak sangka la tu agaknya..





Oh ya! Lupa nak inform. Kami dinner kat Warung Warisan Asli, Bukit Tinggi, Klang. This is second time Sue makan kat sini.. Hari tu order set ala kampung jugak kan.. ENTRI ini.. Kali ni kami order juga set ala kampung tapi ikan untuk asam pedas tukar kepada ikan sembilang. Kami ambil satu set untuk 2 orang dan satu set untuk 4 orang. Cukup la untuk kami bertujuh.. tak termasuk Hadirah.. Dia bukan nak makan sangat pun..









Habis makan Hadirah pulak ajak Sue keluar dari restoran Dia nak main kat pondok yang ada kat luar restoran tu.. Actually dia dah bosan sebenarnya. Masa kami semua tengah makan lagi dia dah bosan semacam je.. Tapi bagi je la dia main tab papa dia.. Kalau tak dia tak nak duduk diam diam. Asyik ke hulu ke hilir tapi kacau orang tengah makan.. hishhh..





Malam tu kami semua tidur kat Pulau Indah.. beramai-ramai memenuhkan rumah adik ipar.. hoho.. Disebabkan Sue kepenatan sebab ye la kan baru balik kerja that day, terbongkang tidur sampai tak sedar bila masa Hadirah tidur kat sebelah.. hahaha.. sorry sayang.. Mummy bangun jam 5 pagi and tak tidur tidur lagi.. dah tengah malam tu..

Wuarghhhh.. mengantuk pulak.. Hurmmm.. esok rutin yang sama lagi.. Huhu.. kadang-kadang tu bosan jugak dengan rutin yang sama je.. Tapi redha je la.. Takpe.. ini bahagian Sue.. kita kan ada bahagian masing-masing.. so hadapinya dengan baik.. Bersangka baik.. Senyum je..

Good night!

Wassalam.
posted from Bloggeroid

Cabaran Gambar 31 Hari : Hari 29 - Comel

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.


Wassalam.

p/s : nak join? tengok SINI dulu list dia..

Kegilaan "The 100"

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.

Sekarang ni Sue gian and tak sabar sabar nak tunggu next episode The 100. Actually sekarang ni dah masuk season 2 dah.. Baru 1st episode season 2.. Baru je kejap tadi streaming cerita tu.. haha.. Gigih tau..



Bagi Sue jalan cerita The 100 agak menarik. Memang la nampak tak logik kan tapi lain dari yang lain sikit la.. At least setiap episod buat Sue tertanya-tanya apa akan jadi dalam next episod. Suspend sangat tau.. hoho..



Sue suka watak Clarke, Bellamy, Abby and Kane sebenarnya. Especially Bellamy.. Eh! Tetiba.. Hahaha.. dah minat nak buat macam mana.. Ampun.. haha..

Ok.. Actually season 1 start tahun ni.. first episode season 1 adalah pada 19 Mac 2014 and season 2 baru start minggu lepas. Hurmmm.. cepat jugak keluar season 2. Tapi season 1 pun tak banyak episod. Ada 13 episod je.. Maybe sebab tu season 2 keluar awal. Unlikely certain drama series yang lain yang setahun satu season, drama ni dah masuk season 2 walaupun baru je habis season 1 dalam awal Jun 2014 yang lalu..

This week episod 2 season 2 bakal keluar pada 29 October.. Tapi for sure nak streaming lambat sikit. Maybe lewat beberapa jam dari US kan. So bertabahlah menunggu.. Silap silap minggu depan baru dapat tengok. Paling awal Sue boleh tengok hari Khamis ni.. hoho..

Tak sabar nak tengok Bellamy dengan Clarke beraksi walaupun bukan pasangan yang bercinta.. Haha.. Sweet je kalau dorang couple.. Eh?? Hahaha..



Hadoi.. dah kenapa ni minat sangat kat Bellamy tu?? Haihhhhh.. pening kepala En. Along kang... Hahahaa..







Pengsan..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

Cabaran Gambar 31 Hari : Hari 28 - Warna

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.





Pink is my favorite.. I love pink so much.. Also purple as my second favorite color.


Wassalam.

p/s : nak join? tengok SINI dulu list dia..

Bila Jeruk Mangga Menjadi Viral

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Wah.. sejak dua menjak ni gambar, resepi mahupun kisah Jeruk Mangga Asam Boi menjadi trending dalam facebook dan social media yang lain..

Sue pun turut terjebak.. Makanya Sue pun buat jugak la Jeruk Mangga Asam Boi ni.. Alah.. resepi Sue google je. Ramai dah yang share kan..

Hari Jumaat baru-baru ni percubaan Sue yang pertama buat jeruk mangga asam boi ni.. Haihhh.. trending kan..







Perghhhh.. Percubaan Sue agak menjadi.. Tapi rupa mangga tu tak cantik la pulak.. Sebabnya Sue potong mangga tu kecik kecik. Biasa la.. Dalam kepala dok ingat nak makan mangga tu cicah garam je.. Hahahaa.. gitu la jadinya. Jadi jeruk mangga kecut.. hahaha..

Sangat sangat mudah resepi dia..

Bahan-bahan yang diperlukan :-
1. Mangga (tak kisah mangga jenis apa pun tapi bukan yang terlalu masak ranum..nanti tak jadi pulak.. lembik semacam je.. Mangga yang lemak lemak manis lagi sedap buat jeruk..)
2. Garam secukup rasa
3. Gula (lebihkan sesedap rasa)
4. Asam boi
5. Cili padi/cili api/cili merah/cili hijau (janji ada rasa pedas.. campur pun boleh)

Cara-caranya pun senang sangat.. Tak perlu nak masak bagai..

1. Kupas dan potong mangga tersebut mengikut citarasa anda (ikut suka nak potong mangga tu macam mana.. nak buang kulit ke tak terpulang.. Sue buang je kulit.. Kulit tu banyak jugak getahnya.. hoho..)

2. Potong cili padi or apa-apa cili yang digunakan. Better cili padi.. baru la ada umpphhh.. haha..

3. Gaulkan mangga, cili, asam boi, garam secukup rasa, dan gula dalam mangkuk (lebih mudah menggaul bila guna mangkuk or bekas yang besar. Gula lebihkan pun takpe..)

4. Masukkan semua bahan tadi dalam bekas/tupperware/balang dan simpan dalam peti sejuk.

5. Selepas sekurang-kurangnya 4 jam, jeruk mangga telah sedia untuk dihidang.. Boleh la nak mentekedarah jeruk tu sampai pengsan..

Sedap betul makan jeruk mangga yang sejuk sejuk tu.. fuhhhh.. terliur tiba-tiba padahal nak tidur dah ni.. hahahaha..

Buat sendiri lagi berbaloi kan.. Boleh buat ikut sesedap rasa tekak sendiri.. Macam Sue ni, Sue derhakakan resepi tu.. Sebab apa? Sebab Sue ada buat half jeruk yang takde cili.. tak nak pedas.. Saja je.. Nak rasa.. haha..

Ok la..

Good night all.. Sweet dreams! Boleh mimpikan jeruk mangga.. muahahaha..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

Cabaran Gambar 31 Hari : Hari 27 - Fesyen

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.



Fesyen ala-ala princess yang menjadi favorite Hadirah..


Wassalam.

p/s : nak join? tengok SINI dulu list dia..

Kerana "Thank You"

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Tiba-tiba Hadirah merajuk hari tu.. Semua benda jadi tak kena. Eh? Dah kenapa? Tiba-tiba pulak tu..

Mummy : Kakak.. kenapa ni? Kenapa merajuk?
Hadirah : (diam.. buat tak tahu je)
Papa : Kakak marah sapa ni? Kakak marah papa ke marah mami?
Hadirah : Mami buat.. (sambil tunding jari.. muncung tetap panjang)
Mummy : Laaa.. kakak marah mami? Kenapa? Mami buat apa?
Hadirah : Mami tak cakap thank you kat Kakak..
Mummy : Eh? Bila? Laaa.. sorry kakak..
Hadirah : Kakak letak kasut mami tu tadi..
Mummy : Ohh.. Thank you Kakak.. Sorry ok? Mummy terlupa..
Hadirah : Mami lupa ke?
Mummy : Iye.. mami terlupa.. Sorry, ok? Sorry sayang...

Laaa.. rupa-rupanya sebab tak cakap "thank you" kat dia je.. sebab tu dia merajuk. Kebetulan masa tu Sue tengah bercerita dengan En. Along pasal nak keluar rumah dengan Hadirah, apa yang dia buat masa tu..

Bila dia pun dengar cerita tu, terus merajuk tiba-tiba.. sebab tak cakap "thank you" je.. Salah Sue jugak.. terlupa nak cakap thank you kat dia after dia susunkan kasut Sue depan pintu elok-elok untuk memudahkan Sue pakai nak keluar dengan dia tempohari.. Alahai sayang mummy ni..

Haaa.. sikap Hadirah ni sangat baik. Dia akan say "thank you" kalau kita dah tolong dia and kita kena cakap "thank you" jugak kat dia kalau dia dah tolong kita.. Baik kan anak mummy yang sorang ni.. Tapi kalau terlupa, siap la soalan menikam jantung dari dia, "mummy lupa ke?".. Haaa.. terkena balik je kat kita..



So.. lepas ni kena sentiasa beringat pasal benda-benda kecil macam ni kadang-kadang boleh mempengaruhi tumbesaran dan pemikiran anak-anak kita yang sedang membesar ni.. Hurmmmm.. kena sentiasa ingat nak say thank you kat dia..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

Cabaran Gambar 31 Hari : Hari 26 - Bacaan Hari Ini

No comments :
Assalamaulaikum. Cinta.


Wassalam.

p/s : nak join? tengok SINI dulu list dia..

Alkisah Nasi Ayam Berempah Madu 4 Tahun Sekali

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.

Tajuk tak menahan kan? Hahaha.. Tapi itulah hakikatnya.. 
Pelik? Hurmmmm.. memang la pelik pun. Sue bukannya terror masak pun.. Rajin masak pun tak.. Ni pengakuan berani mati ni.. Tapi akan masak juga kalau ada masa lapang.. Takde la sampai pegang kuali pun tak tahu.. Tu dasyat sangat tu.. tak makan la anak and laki I tau..

Macam hari ni, setelah 4 tahun tak masak Nasi Ayam, hari ni terasa nak masakkan Nasi Ayam.. Kali ni masak Nasi Ayam Berempah Madu "4 Tahun Sekali".. Haaa.. amacam? Terliur tak? Hahahaha..

Sue pernah je masak Nasi Ayam Berempah sebelum ni.. Ye la.. Dah 4 tahun kot.. Last Sue masak sebelum Sue bersalinkan Hadirah. Macam baru-baru kahwin je masa tu... Eh! Ingat ingat lupa la pulak.. -__-" Tahun 2010 kot masa tu.. Yang Sue ingat lagi En. Along ajak kawan-kawan housemate lama dia datang rumah makan-makan masa tu. Dah la first time masak Nasi Ayam masa tu.. Malu giler wooo.. -___-

Then ada jugak kali kedua masak Nasi Ayam Berempah. Tapi masa tu tahun 2010 jugak rasanya.. Then tahun ni.. Haaa.. ni baru rare. Jarang nak jumpa kan.. So sapa sapa nak rasa Nasi Ayam air tangan Sue kena tunggu 4 tahun akan datang.. Hahahaha...





Haihhh.. memang jenuh la nak tunggu lagi 4 tahun baru nak masak Nasi Ayam ni.. Hari ni Hadirah main, mandi and segala-galanya dengan Papa dia je.. mentang mentang la papa dia cuti.. Manja habis. Semalam tak dapat main lama-lama dengan papa dia sebab papa dia kerja lagi kan.. Habis hati la dia hari ni.. Senang mummy dia nak buat kerja..

Untuk desert Sue buat desert simple je.. Koktel Buah-buahan je..

Saja masak-masak hari ni.. Ajak adik ipar En. Along datang tapi wife dia a.k.a my bff masa zaman belajar tu kerja pulak, so En. Fariz datang sorang je.. Seronok la hadirah paksu dia datang.. Ajak paksu main macam-macam. Sayang betul dia dengan paksu dia.. Seronok betul dia hari ni walaupun tak keluar ke mana-mana hari ni except ikut papa dia ke kedai je..



Wassalam.

Cabaran Gambar 31 Hari : Hari 25 - 3 Benda

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.




3 benda kesayangan..


Wassalam.

p/s : nak join? tengok SINI dulu list dia..

Bubbles Dan Urban Fresh

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Salam Maal Hijrah..

Petang tadi after En. Along pulang dari tempat kerja, kami keluar lagi.. Cadangnya nak beli barang and bawa Hadirah main bubbles ke kat padang rekreasi Setia City Mall tu..

Ohoo.. sekali tempat kami selalu parking tu jalannya tutup. Ada persiapan untuk event apa entah.. So park kat dalam mall je la..



Sebenarnya masa papa Hadirah balik tu Hadirah dah tertidur.. kepenatan la tu.. Tapi kejap je.. Papa dia balik terus bangun.. Tu yang laju je keluar balik tu..

Seronok la dia dapat main bubbles lagi.. Sampai muak la alkisahnya..





Then Sue membeli belah lagi barang-barang yang tak sempat beli tengahari tadi.. Just beli kat Urban Fresh dalam Setia City Mall je.. Maybe ramai yang beranggapan barang-barang kat sini mahal tapi sebenarnya sama je kat luar sana.. macam Tesco ke Giant ke.. Cuma maybe ada certain barang yang mahal beberapa sen la. Kena pandai pilih, survey dan banding. Bagi Sue ok je kalau setakat nak beli barang-barang keperluan biasa. Cuma Sue akan check harga dulu la.. Kalau sama je baik beli je kat situ.. alang alang kan..

Barang-barang premium kat Urban Fresh memang mahal.. Dah namanya premium ye tak.. Yang tu memang tak boleh tanding la harga dia.. Pandai pandai pilih la ye..

Ok la.. need to sleep early walaupun Hadirah tak tidur lagi ni.. Esok banyak benda nak buat lagi.. Hadirah layan kartun je pun.. so boleh je tidur.. nanti lama-lama dia follow la tu..

Selamat malam cinta!

Wassalam.
posted from Bloggeroid

Cabaran Gambar 31 Hari : Hari 24 - Cahaya

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.


Rindu nak main bunga api.. But now Hadirah lagi excited nak main bunga api... huhu..

Wassalam.

p/s : nak join? tengok SINI dulu list dia..

Cabaran Memandu Sambil Meriba

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.

Tengahari tadi Sue keluar membeli-belah dengan Hadirah berdua je.. Mula-mula ok je. Selesai membeli barang-barang keperluan, singgah ke kedai yang menjual barang-barang dari cerita Frozen.

Hadirah berkenan dengan baju-baju Frozen tu sebenarnya. Ala-ala princess Anna dan Queen Elsa. Okeh.. relax Sue.. relax..

Berjaya pujuk Hadirah supaya tak beli baju-baju princess tu.. Tapi alihkan perhatian dia kepada payung Frozen. Memang dah lama dia nak payung cuma Sue je tak belikan.. Ok la.. belikan je la payung Frozen favourite dia tu.. RM25.. takpe la.. redha je.. demi anak tercinta..

Then bila nak balik dia tiba-tiba menangis. Eh? Kenapa?

Dia kata mata dia pedih la.. padahal dia yang gosok gosok mata tu.. Lepas tu sampai dalam kereta dia mengamuk dan menangis.. Macam mana nak balik ni??

Nak tak nak terpaksa jugak la drive sambil meriba Hadirah. Haihhh.. letih woo..Cabaran betul driving sambil meriba Hadirah.. Nasib baik tak la jauh sangat dari rumah.. tapi gigih jugak la kan.. Ni first time Sue kena drive sambil meriba dia.. dah dia tak nak duduk kat seat sebelah or seat belakang. Dia menangis je sepanjang jalan.. terpaksa la drive jugak dalam keadaan camtu..

Ni kami nak keluar balik dengan papa Hadirah.. Senang sikit ada papa dia.. boleh tolong jaga Hadirah.. ada barang tertinggal nak beli tadi..




Wassalam.
posted from Bloggeroid

Doa Awal Dan Akhir Tahun | Maal Hijrah

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.

Dalam masa beberapa jam lagi tahun 1435H akan melabuhkan tirainya dan kita akan bertemu dengan tahun 1436H.. InshaaAllah..

Di sini Sue kongsikan doa akhir dan awal tahun sebagai panduan kita semua..


MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). 

Doa Akhir Tahun


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1435 . Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Salam Maal Hijrah dari Sue sekeluarga..


Sumber :


Wassalam.

Kenapa Sakit Hari Tu?

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi..

Oh ya.. Sue masih belum bagitau pasal result blood test En. Along hari tu kan?

Ok.. entri hari tu memang masa tu tengah menunggu result blood test pun.. Hurmmm.. result nya, asid uric tinggi. So dah sah sah gout En. Along datang menyerang.. Tu yang sakit kaki tiba-tiba tu.. Mula-mula memang dah syak gout tapi pelik sebab belah lain yang sakit and kaki lain, bukan macam biasa. 

Oh.. En. Along memang ada gout and agak lama dah tak menyerang.. ada la dalam setahun gitu.. Ingat dah clean.. huhu..

So kali ni, doctor yang merawat En. Along tu ada bagi ubat yang lain selain ubat biasa gout. Katanya ini untuk menurunkan asid uric tu.. Boleh la kan nak mencegah dari gout datang menyerang lagi. Siap doktor tu tanya, sebelum sebelum ni, takde ke doktor bagi ubat yang ini. Hahaha.. memang takde pun..

Right now, cuma nak kena jaga pemakanan je la.. Actually kalau nak diikutkan, pesakit gout ni, semua benda tak boleh makan tau.. Semua ada potensi untuk membuatkan gout datang menyerang.. Nasi, roti, daging, ayam and semua la boleh jadi penyebab gout. Tapi kena tahu yang mana potensi lagi tinggi untuk membuatkan gout datang menyerang.. Hurmmmm.. En. Along kan degil sikit.. so rasanya dia ada makan mushroom soup.. Mushroom salah satu berpotensi tinggi menyebabkan gout datang menyerang pesakit gout. Makanan dalam tin pun berpotensi tinggi juga.. That's why Sue kurang makan makanan dalam tin. Kalau Sue nak sardin tin tu pun, Sue sorang je la makan... hoho...

Memang Sue ambil tahu apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan.. Sebab tak nak gout datang menyerang macam hari tu la.. Jenuh tau.. Nak berjalan pun payah.. Nasib baik ada tongkat..


Now En. Along dah pulih sepenuhnya.. tapi still makan ubat lagi.. Dalam masa yang sama, dia try minum Jus Hidayah. Cuma ikhtiar.. untuk kesembuhan dan tenaga..


Moga-moga En. Along akan bebas dari gout suatu hari nanti.. Amin..

Wassalam.

Hadirah Dan Water Colour

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Hari ni Hadirah dah start guna water colour.. Hurmmmm.. belum hantar gi sekolah lagi ni tapi dah pandai nak guna water colour.



Semalam gi GM Klang.. Tiba-tiba dia nak beli gambar lukisan Hello Kitty and ada beberapa warna water colour, so belikan je la.. Hari ni sibuk la dia nak mewarna..



Nasib baik mummy dia ni cuti hari ni sampai esok. TM bermurah hati memberi cuti tapi "force leave" la ye.. Hahaha.. Tak kira la force ke tak yang penting dapat spend time dengan buah hati tercinta ni..

Hasil kerja Hadirah petang tadi..



Boleh la kan untuk budak yang belum ke sekolah.. InshaaAllah nanti Sue akan hantar dia ke sekolah juga.. Kena hantar jugak ni. Biar pandai bergaul dengan orang lain.. Ni tak.. asyik berkepit dengan orang yang dia kenal je..

Itu ceritera petang tadi..

Ni yang sedang berlaku sekarang ni..

Hadirah dok main water colour dengan papa dia.. Mentang mentang la papa dia dah balik kan.. Mummy pun dia tak layan dah..





Main la mewarna guna water colour sampai bosan.. Nanti dia dah bosan, dia cari new things to do pulak..

Learning process sekarang ni.. Tapi dia belum pandai guna water colour pun. Tengah ajar slow slow macam mana nak mewarna..

Hopefully Hadirah nanti dah masuk sekolah lagi senang dia nak belajar.. Tapi tak dapat nak bayangkan kalau cikgu yang ajar tu macam mana.. Kita yang ajar pun kadang-kadang tu kita yang salah.. Dia je yang betul.. haihhhh.. Mudah-mudahan dia lebih baik masa akan datang.. Mummy always doakan yang terbaik buat anak mummy ni..

Wassalam.
posted from Bloggeroid