Steamboat Dinner di Cafe@PICC | Putrajaya

Assalamualaikum. Cinta.


Pada 24 September yang lalu, Sue berkesempatan untuk turut serta dalam Majlis Pelancaran Steamboat Dinner di Cafe Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya. Majlis dirasmikan oleh Ketua Chef Cafe PICC, Chef Anuar. Dalam majlis tersebut, beliau telah memperkenalkan menu-menu yang disediakan di Cafe PICC.


Sebenarnya buffet Steamboat di Cafe PICC ini telah pun bermula dari 15 Ogos 2014 lagi dengan menawarkan harga RM35.00 untuk dewasa dan RM18.00 untuk kanak-kanak.

Tapi.. nanti dulu..

Ada diskaun istimewa..
Jangan terkejut..Good news!!

Sempena pelancaran ini diskaun 20% diberikan kepada pelanggan dengan harga selepas diskaun RM28.00 dewasa dan RM14.00 untuk kanak-kanak. Berbaloi kan? Murah pulak tu.. Diskaun ini bermula 25 September 2014 sehingga 31 Disember 2014

Tunggu apa lagi? Jom kita dinner di sana!



Hidangan buffet kali ni menghidangkan pelbagai makanan laut segar, daging, ayam, ikan, frozen food dan sayuran segar selain sos pelbagai jenis yang melengkapkan hidangan. Di sini juga di sediakan pelbagai jenis mee dari kuey tiaw sehingga mi sanggul. Dua jenis kuah steamboat di sediakan iaitu tom yam dan sup. Kuah tomyam yang disediakan sedap dan amat menyelerakan.






Terdapat beberapa stesen mengikut jenis makanan yang di hidangkan antaranya stesen pasta dengan sos Bolognese, Carbonara dan Napolitano. Juadah pencuci mulut seperti buah-buahan, kek, ais kacang dan bubur. Makanan ala-carte seperti mee goreng, nasi goreng juga di sediakan. Air juga beraneka jenis disediakan di sini.






Terima Kasih Team Kelab Blogger Ben Ashaari untuk jemputan kali ini. 

* credit to : Dkna Abza *

Terima kasih juga kepada pihak PICC di atas jemputan dan hidangan makanan yang sememangnya sedap ini. 

***Sue memang dah plan nak datang lagi after Raya Haji tak lama lagi..

Bagi yang ingin membuat tempahan untuk Steamboat Dinner Cafe@PICC Putrajaya , sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau email kumari.nahu@picc.com.my

PICC diuruskan oleh :
Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Facebook : www.facebook.com/piccmalaysia
Twitter : @piccmalaysia

Wassalam.

1 comment: