SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !

Assalamualaikum. Cinta.



Selamat pagi..

Subuh subuh lagi dah nampak segmen Abang Ben Ashaari.. Okeh! Semalam punya segmen Sue tak sempat nak join.. Hari ni Sue try join segmen ni.. Lama dah Abang Ben tak buat segmen, kan? So.. jom join sama-sama.. ^_^

Ok.. Sue nak menjawab soalan-soalan Abang Ben ni.. haaa.. macam exam pulak.. Heeee..

1. Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

Sebagai seorang blogger, Sue ingin menyampaikan maklumat/info yang berguna dan memberi manfaat kepada orang sekeliling Sue yang kadangkala tak ambil kisah atau tak ambil peduli pun tentang sesuatu isu. Diharap dengan penyampaian maklumat tersebut, membuka mata masyarakat untuk lebih prihatin terhadap sesuatu keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Isu utama yang ingin ditekankan adalah Blog bukanlah platform untuk membuka aib seseorang, melepaskan amarah dan blogger bukanlah sekadar blogger yang hanya hebat di alam maya, tidak berani berdepan dengan kecaman masyarakat di luar.


2. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?

Andaikata Sue mampu menjana pendapatan hingga ribuan ringgit dan melebihi gaji seorang yang makan gaji, berkemungkinan Sue akan menumpu sepenuh perhatian terhadap kerja-kerja dalam blog. Sebagai back plan, Sue akan membuka sebuah website yang menawarkan perkhidmatan untuk mencari designer website/portal/blog dan perkhidmatan mencari buku yang  susah untuk diperolehi. Sue juga akan membuka sebuah kedai buku.. Kerana apa? Sebab Sue minat membaca.. Hehe..


3. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

Harapan Sue, sebagai seorang blogger (walaupun buat masa ini Sue bukan blogger sepenuh masa) kita seharusnya menghormati hak dan privasi orang lain dengan tidak mengaibkan seseorang itu. Selidikilah terlebih dahulu kebenaran sesuatu info yang kita dapat itu. Selain itu, sebagai seorang blogger, tidak seharusnya kita mempunyai sifat hasad dengki terhadap orang lain dan riak apabila menerima apa-apa rezeki/peluang yang diberikan sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan orang lain. Hormatilah sesama blogger juga, supaya sifat yang tidak elok dapat disingkirkan, dan dengan itu kita dapat menambah kenalan di kalangan blogger yang mana kita juga boleh saling bertukar pendapat. Kan elok gitu.. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. ^_^



Hurmmm.. ok.. sampai sini je jawapan Sue.. Kang macam karangan UPSR pulak ni.. Hahaha.. Thanks Abang Ben!


Wassalam.

17 comments:

  1. Suka baca karangan sue...bukan UPSR ni, ada macam SPM gak ni gaya bahasanya...semoga impian sue buka kedai buku tercapai...^_^

    ReplyDelete
  2. singgah sini..kita punya pon dah jadi karangan dah..haha

    ReplyDelete
  3. Soalan upsr bocor ni opsss .. qaseh pun suka mmbaca kak . Nnt qaseh g kedai buku akak ok .. harapan tu pun qaseh setuju . Harapnya bgitulahh

    ReplyDelete
  4. As-Salam. Dulu saya pernah buat blog jual buku ... memang boleh .... jual satu dua buku topik yang kita tahu, in sha Allah, ramai akan beli. Saya buat secara dropship je.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  5. salam kenal , hihihi, segmen kali ni nak kita berkarangan :p

    ReplyDelete
  6. Wah, menarik backup plan tu. Nanti zumal boleh shopping buku kat situ. Zumal singgah dari segmen yang sama ^_^

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum sis. semoga inpian sis akan menjadi kenyataan. =)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Sue!
    Haha! Terjumpa dalam segmen sama pulak.. Apa2 pun, sebagai seorang blogger, ada baiknya kita elak dari berkongsi isu2 pasal gosip yang belum tentu betul kan? Baik sharing benda2 yang lebih bermafaat.. Kalau takde idea sangat, citerlah pasal hal sendiri dari duk bercerita pasal teoi kain orang lain.. ^^,
    SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !

    ReplyDelete
  9. Salam kenal.. datang dari segmen yang sama .... jemput singgah blog eyza..

    http://eyzamiel.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan ...datang dari segmen Ben Ashaari...semoga terus sukses...jom singgah blog saya..

    ;)

    ReplyDelete
  11. Dah Join blog nie ;)
    Salam Kenal ;)
    Saya Newbie, dtg dr segmen sama Ben Ashaari ;)
    Jemput singgah Blog saya yer ..

    http://www.misihamil.com

    tq ;)

    ReplyDelete
  12. Salam perkenalan Sue. Semoga terus success mencapai impian yer. Ohh btw, nak buka online book shop kan. Nanti bolehlah Nisa jadi penulis bawah Sue yer....hehehee Anyway, jemput ke blog Nisa pulak yer ;)
    http://powerofmotivationblog.wordpress.com

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum..
    #137
    setuju dengan pendapat sue, sepatutnya semua antara kita bersatu kan..

    http://fatihahfazlin333.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    salam kenal... he heheh saya pun tulis macam jawab soalan, gaya struktur atau esei... tak apalah, yang penting boleh dibaca.

    ReplyDelete
  15. Salam Sue ..All Teh Best Ya ............Happy Blogging
    http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  16. Ros singgah sini dari segmen yang sama :)
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  17. Betul tu Sue...blog bukan medium kita menyebarkan fitnah atau membuka aib sesiapa pun...

    ReplyDelete