Pak John Steamboat & Yong Tao Foo | Wangsa Maju

Assalamualaikum. Cinta.

* credit to : Pak John Steamboat *

Baru-baru ini Sue berkesempatan merasai steamboat di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo cawangan Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju sempena Majlis Blogger Award 2014 HaiBlogger Dan Pak John Steamboat. Sebelum ini, Sue pernah dijemput untuk menikmati dinner steamboat di cawangan eCurve, Damansara sempena Majlis Iftar Ramadhan 2014 eWana.fm Bersama Pak John Steamboat & BBQ.


Untuk ke restoran Pak John Steamboat & Yong Tao Foo juga tidaklah susah. Just guna waze and boleh dapat terus direction ke lokasinya di Wangsa Maju. Lagipun restoran tersebut boleh nampak dari kawasan parking. Senang bukan?

Restoran Pak John Steamboat ini ada dua tingkat yang mana ianya juga menyediakan meja di kawasan luar untuk smoking area. So, boleh la nak pilih, nak duduk dalam aircond ataupun menikmati suasana di luar restoran. Restoran ini dibuka dari jam 11.00 pagi hingga jam 10.00 malam.
Di cawangan eCurve, hidangan adalah secara buffet. Namun di cawangan Wangsa Maju ini, kami disajikan steamboat secara ala-carte dan dihidangkan khas buat para pengunjung. Di sini juga pengunjung boleh memilih ala-carte atau set untuk hidangan.

Wow! Malam itu kami dilayan bagai permaisuri tau.. Semuanya siap dihidangkan..


Kali ini kami dihidangkan dengan Sup Udang dan Sup Kari. Ini adalah pertama kali kami merasai Sup Udang dan Sup Kari tersebut sebagai kuahnya. Pak John Steamboat & Yong Tao Foo sememangnya mempunyai idea yang bernas apabila memperkenalkan sup yang lain dari yang lain, yang tidak ada di mana-mana restoran steamboat. (setakat yang Sue pernah rasa la.. Kalau ada restoran mana-mana yang sebegini sila inform eh..)






 Nampak tak.. betapa menyelerakan... Makan sampai kenyang ni..





Memang licin semua hidangan yang dihidangkan.. Semua pun sukahati.. Siap dapat doorgift besar lagi tu.. Stock steamboat seminggu.. Mana tak happy semua orang.. ^_^

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pak John Steamboat & Yong Tao Foo kerana sudi menganjurkan event ini bersama Hai Blogger!.

Next time Sue nak datang lagi.. Hoho.. makan-makan lagi la kita... wehuuuuu.. Tapi nak kena makan ramai-ramai baru la best!

Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan awal boleh menghubungi talian 03-4141 8898 ini.


Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-4141 8898
Website : www.pakjohn.com


Wassalam.

2 comments:

  1. Wahh siap buat food review lagi untuk Pak John Wangsa Maju heheh tahniah lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. of coz la.. next time kena dtg lagi ni.. voucher kan tak habis lg.. hoho..
      nanti review lg.. hahaha

      Delete