[Outstation] Johor Bharu - Selera Senibong Seafood

Assalamualaikum. Cinta.

Dinner malam tadi kami ke kawasan Kampung Senibong. Kat sana banyak jugak rupanya restoran seafood.. Ingat ada satu kedai je..

Tu pun Sue tanya kat facebook petang semalam suggestion untuk makan malam yang best best.. Thank you Kid atas suggestion anda. Thank you jugak pada Kak Hanny sebab bagi suggestion jugak.. Will try nanti sekiranya berkesempatan..

Ok.. kalau nak parking kat Senibong Village ni senang je.. Parking banyak.. Kalau peak hour penuh jugak macam malam tadi.. So park kereta dah bahagian belakang belakang jugak la.. Tapi jangan lupa bayar parking RM2.00 per entry.


Kami order nasi putih, ketam black pepper, sotong goreng tepung, udang goreng kunyit (kalau tak silap sebab serupa je dengan sotong), baby kailan ikan masin, jus tembikai dan milo ais. Total semua sekali RM119.




En. Along kata makan macam ramai je padahal berdua je.. Tolak Hadirah sebab dia bukan nak makan sangat pun.. Gigih kami berdua menghabiskan semua lauk ni.. Hahaha.. Kalau rasa-rasa baju mengecut tu faham-faham je la.. -___-"

Ketam balack pepper tu memang sedap.. Yang lain-lain ok la.. Cuma udang tu terasa udang bela bukannya udang liar.. Hahaha.. yang tu kureng sikit la.. So far yang lain-lain ok la..

Cadangnya nak duduk tepi laut kononnya tapi tak kesampaian. Semua table tepi laut tu dah penuh.. T__T
Takpe la.. duduk mana-mana pun boleh..

Hadirah pulak tak duduk diam.. Sekejap ke sana ke mari. Lepas tu katanya dia "poo poo" Hadoi.. Cancel plan nak jalan-jalan malam after dinner.. Sampai hotel, dia tak "poo poo" pun.. Saje je kan.. Haihhhh.. dah balik hotel memang tak keluar balik dah la jawabnya... -___-

Ok la.. nak pi breakfast jap.. babai..


SELERA SENIBONG SEAFOOD
Jalan Persiaran Senibong, 
Johor Bahru, Johor


Wassalam.

No comments:

Post a Comment