[Outstation] Johor Bharu - Ouh! Penguin!

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi!

Alhamdulillah.. Sue dah selamat sampai di Johor Bharu malam tadi.. Dah dekat jam 12.00 malam jugak la. Pagi ni bersiaran dari JB..

Kali ni outstation Sue bawa Hadirah dan En. Along sekali sebab weekend ni ada family day kat sini. So alang-alang kan.. angkut la sekali. Takkan nak patah balik pulak kan..

Petang semalam Mama Sue tolong hantar Hadirah. Kemain excited lagi dia tu nak ikut mummy.. Lepas je Mama Sue balik, kami siap-siap terus gerak..

On the way tu singgah la RnR Jejantas Ayer Keroh nak makan-makan. Sekali kan, dari dalam kereta Hadirah cakap nak penguin.. Eh?? Bila masa ada penguin ni? Siap cakap lagi nak penguin yang big.. Lorrr..



Turun je kereta, kami ke toilet dulu.. Penat wooo.. Then terus Hadirah menuju ke gerai jual barang mainan.. Heh! Sekali kan tengok-tengok penguin tu memang besar. Ada 2 saiz je yang tinggal. Yang kecik memang takde.. Yang kecik cuma ada gambar teddy bear. Hadirah tak nak pulak.. haihhhhh...

Lastly belikan jugak la yang kecik sikit tu.. cun cun je muat dalam kereta. Kalau yang lagi satu tu confirm tak muat.. Haihhhh.. barang dia je dah penuh satu kereta. Mainan yang beli kat Taiping weekend lepas pun dia bawak sampai JB ni haa.. adeh.. mana tak penuh kereta. Hadirah ni memang.. semua mainan yang baru beli memang dia nak angkut gi ke mana-mana saja. Pasrah je la..

Masa kami tengah makan, dia sibuk main penguin dia. Nasib baik la orang tak ramai sangat..





Kami cuma makan kfc je. Senang dan cepat..



Sanggup pegang sendiri penguin tu.. ke mana-mana dia memang suka pegang sendiri mainan yang baru dibeli.. Tak padan yang kecik.. jenuh la melayan kerenah dia ni..

Ni dia tengah tidur lagi ni. Kejap lagi Sue dah nak ke site.. Tinggal la ye dengan papa..



Wassalam.
posted from Bloggeroid

1 comment: