Mr. Steak House | Shah Alam

Assalamualaikum. Cinta.

Baru-baru ni Sue makan-makan di Mr. Steak House, Seksyen 13 Shah Alam bersama dengan seorang officemate Sue. Saja jalan-jalan cari makan katanya.. Lama dah tak hang out together.. Masing-masing sibuk dengan tugasan harian..

Ok.. ini adalah first time Sue sampai area Mr. Steak House ni. Selalu pun lalu jalan besar je.. Nampak dari tepi jalan tapi tak pernah nak singgah..

Kali ni Sue try makan kat sini.. Selalu jugak lalu depan restoran ni tapi tak singgah pun.. Nak singgah tapi tak tersinggah jugak.. Kali ni memang stop terus depan kedai ni..

Our menu..










Sue pilih Chicken Grill dan Air Kelapa je.. Kawan Sue pilih Chicken Chop dan Air Sirap Bandung..

Not bad.. Sedap juga.. Harga pun tak la mahal. Mula-mula tengok kawasan Laman Seri ni macam mahal je.. Ye la.. tengok kawasan sekeliling dia tu, menampakkan macam kawasan elite. Tapi tak sangka harga makanan kat sini murah juga ye.. Standard harga menu steak la.. Chicken Chop pun tak sampai RM10.. Hurmmm.. ok.. not so bad.. kan..

So next time nak datang sini lagi la.. nak try menu yang lain pulak.. hehehe..


Lokasi:
G07, No.7 Persiaran Sukan Laman Seri Business Park, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Malaysia

Waktu Operasi:
Isnin hingga Khamis: 12:00 tgh – 12:00 pg
Jumaat: 4:00 ptg – 12:00 pg
Sabtu & Ahad: 12:00 tgh – 12:00 pg

Telefon: 013-3401628 @ 012-3955048

Facebook Mr Steak House
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. dah singgah bulan lepas bila suami mengidam nak makan steak. Jauh2 datang dari Manjung boleh pulak dia mengidam nk steak. Betul, sedap jugak kt mr steak house ni

    ReplyDelete