Majlis Blogger Award 2014 HaiBlogger Dan Pak John Steamboat

Assalamualaikum. Cinta.


Alhamdulillah.. Pertama sekali jutaan terima kasih diucapkan kepada Kelab Komuniti Hai Blogger! dan Pak John Setamboat & Yong Tao Foo kerana telah berjaya mengadakan satu majlis penghargaan buat blogger dan tahniah kepada semua yang hadir seterusnya menjayakan majlis tersebut. 


Majlis Blogger Award 2014 ini telah diadakan di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo cawangan Wangsa Walk, Wangsa Maju pada 23 September yang lalu.

Tidak sia-sia bakat dan penulisan kita sebagai seorang blogger apabila ada yang menghargainya dan kebanyakan orang di luar sana yang telah mula sedar akan peranan seseorang blogger itu. Dengan adanya majlis-majlis sebegini sedikit sebanyak telah mendorong seseorang blogger itu untuk menghasilkan sesuatu penulisan yang bagus dan kreatif.


Dalam majlis tersebut, turut diperkenalkan 2 orang blogger sebagai ikon dan inspirasi kepada blogger yang hadir pada hari tersebut. Salah seorangnya adalah food blogger yang dikenali ramai iaitu saudara Ishak Ismail (Abang Sohoque) daripada eXplorasa (explorasa.my). Blogger Ishak Ismail seorang yang berpengalaman dalam memberi ulasan terhadap makanan yang dirasa dan merupakan antara orang lama dalam bidang ini. Memetik kata-kata beliau, blogger kena mantapkan penulisan blog dan banyak kan main keyword makanan kerana keyword tentang makanan banyak yang dicari di google search. Memang betul apa yang diperkatakan oleh blogger Ishak Ismail ini. Selain itu, blogger Ishak Ismail juga berharap syarikat-syarikat pengusaha makanan yang kini telah mula nampak akan potensi seseorang blogger itu dalam membuat hebahan, tidak lokek dalam mengeluarkan sedikit bajet untuk membayar blogger blogger yang membantu membuat hebahan dan promosi bagi perniagaan mereka untuk jangka masa panjang.


Selain itu, turut diperkenalkan dalam majlis ini adalah seorang Vlogger. Vlogger ini adalah cabang kepada Blogger dimana blogger itu boleh dibahagikan kepada dua, iaitu blogger yang menulis dan blogger yang membuat video. 

Vlogger Azfar – Youtuber daripada geng #Cubatry. Geng #Cubatry ini ada 2 orang ahli. Tapi seorang rakan beliau tidak dapat hadir. Vlogger Azfar beritahu setiap video yang dirakam adalah merupakan cabaran buat dirinya yang tidak berani berhadapan di hadapan kamera. Azfar melalui chanel youtube Azfar82Production telah mempunyai lebih 15 buah video dan mempunyai 6246 subscriber.
*credit to : Halim Borthers*

Majlis kemuncaknya adalah saat-saat yang dinantikan oleh 22 peserta contest Pak John Steamboat tempohari, iaitu untuk mengetahui 3 orang pemenang yang dianugerahkan trofi Top 3 Food Review dan wang tunai keseluruhan bernilai RM3000. Kesemua pemenang ini dinilai daripada gaya penulisan yang kreatif dan gambar yang dipaparkan semasa Contest “Food Review Pak John Steamboat & BBQ” dijalankan tempohari. Sue juga merupakan salah seorang peserta contest tersebut. (Entri contest Sue di SINI

Pemenang Pertama: Nadia Johari (www.miszrockers.blogspot.com)
Pemenang Kedua: Ellie Toh (www.cleffairy.com)
Pemenang Ketiga : Mahamahu (www.mahamahu.com)


Tahniah kepada top 3 winner! 

Suatu kejutan apabila diumumkan “Special Winner” dipilih dan menjadi milik Anwar Abdullah – Kaio.my.  

Namun sebenarnya semua orang menang... tiada siapa yang kalah. Setiap seorang peserta mendapat sijil penghargaan daripada Hai Blogger! & Pak John Steamboat & BBQ. Dan yang paling istimewa, setiap seorang mendapat sekotak bekalan steamboat. Ini adalah satu-satunya event dan pertama kali Sue dapat doorgift paling besar. Menempa sejarah ni... Terbaekkkkk!!!

Turut dijemput dalam majlis tersebut kumpulan Voxscape Malaysia, Azhar Mustapa dan Razak A’ai sebagai penghibur untuk malam tersebut. Sambil-sambil menikmati hidangan steamboat, boleh menikmati suara enak Azhar Mustapa dan Razak A'ai dengan dendangan muzik akustik mereka. Yang paling best, kami siap request lagu All Of Me - John Legend. Layankan je la ye..

* credit foto : Mohd Rasul *

Dalam majlis ini turut dipertontonkan cara memasak steamboat yang betul oleh chef Pak John Steamboat.


Jemputan Khas – Vlogger Shazreen Fazlynda turut bersama di dalam majlis ini. 



Sekalung ucapan tahniah kepada Halim Brothers - Hai Blogger! kerana berjaya menganjurkan majlis Blogger Award 2014 ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Pak John Steamboat kerana memberikan kepercayaan kepada Blogger untuk membantu mempromosikan Pak John Steamboat kepada orang ramai dengan menggunakan medium blog melalui dunia Internet yang kian meluas ini.

Tahniah sekali lagi kepada para pemenang..

* credit foto : Mohd Rasul *

tak menang top 3 pun dapat hadiah besar jugak tau.. stock steamboat ni.. fuhhh... siap dengan voucher Pak John Steamboat RM300 lagi.. Best! Thanks a lot Pak John Steamboat!




p/s: Nantikan review dari Sue untuk steamboat yang dihidangkan pada malam tersebut...

** update : review Pak John Steamboat Wangsa Walk

Wassalam.

‪#‎HaiBlogger‬
‪#‎BloggersAward2014‬
‪#‎PakJohnSteamboatBBQ‬

3 comments: