"Letters For The Future" dari AIA

Assalamualaikum. Cinta.

Masa jalan-jalan ke blog orang, singgah sana sini semalam, sempat jugak baca beberapa entri dari beberapa orang blogger pasal "Letters For The Future" dari AIA ni. Apa tu??

"Letters For The Future" dari AIA ini merupakan suatu program di mana kita boleh menulis surat untuk anak-anak kita dan surat tersebut akan diletakkan di dalam "AIA Time Capsule". After kita menulis surat tersebut, pihak AIA akan store dalam time capsule of love yang mana anak-anak kita boleh buka apabila mereka sudah dewasa nanti! Menarik bukan?

Selain tu, setiap surat yang diterima AIA, AIA akan sumbangkan RM1 ke AIA Touching Lives Funds bagi membantu kanak kanak yang mengalami cleft and congenital heart problems.

Sambil-sambil kita meluahkan isi hati untuk tatapan anak-anak kita apabila dewasa kelak, kita menderma kepada mereka yang memerlukan. Yang penting niat kita ikhlas ingin membantu. Apa salahnya mencuri sedikit masa untuk menderma, walau kecil nilanya di sisi kita, namun besar pahalanya di sisi Allah dan besar nilannya pada mereka yang memerlukan..

Mesti ramai yang dan baca dalam blog Abang Ben Ashaari. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh terjah entri dalam blog beliau di SINI. Terima kasih kerana berkongsi berkenaan ini Abang Ben.

Sue ni kalau dapat tulis surat untuk puteri kesayangan Sue yang sorang tu memang touching, sendu, sebak bagai la jawabnya.. Hadirah.. baca ye sayang nanti..

Kalau nak tahu apa yang Sue tulis dalam surat pertama untuk Hadirah tu, boleh tengok kat SINI. (sediakan tisu siap-siap)



Wassalam.

1 comment:

  1. thumbs up... surat Ash dah pun selamat sampai last week Friday sue...

    ReplyDelete