Laman Web & Instagram Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum. cinta.

Selamat pagi!


Alhamdulillah.. Laman web rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) telah dilancarkan kelmarin.. Jutaan tahniah kepada Abang Ben Ashaari sendiri dan ahli-ahli KBBA yang lain.. Now kita dah melangkah maju setapak.

Rata-rata ramai yang dah tahu berkenaan dengan Kelab Blogger Ben Ashaari yang sebelum ini bergiat aktif dalam facebook. Kami ahli-ahli KBBA bersatu di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari dengan slogan "Bukan Sekadar Blogger" mengumpul kawan-kawan dan bukannya lawan. Kelab ini mengumpulkan rakan-rakan dalam alam maya yang lebih kepada networking, persahabatan dan kekeluargaan. 


Walaupun kadang-kadang kami bertemu dalam alam maya pada mulanya, namun sebenarnya ikatan persahabatan dan kekeluargaan ini berlanjutan hingga ke alam realiti. Boleh berjumpa, berkumpul, saling kenal-mengenali, bertukar pendapat, saling membantu antara satu sama lain dan berkongsi suka dan duka bersama.

Kelab ini tidak memaksa atau mengikat sesiapa pun. Bebas untuk keluar sekiranya rasa tidak selesa. Tiada paksaan kepada sesiapa pun. Ikhlas.

Oh! Sebelum terlupa, jangan salah sangka atau buruk sangka ye. Kami tidak berpuak. Malah kami berkawan dengan semua orang. Kami juga bebas sertai sesiapa saja dan kami mengalu-alukan sesiapa untuk menyertai kami asalkan tiada niat buruk. Kelab ini sekadar memudahkan networking sesama blogger yang mana boleh berkongsi ilmu tentang dunia blog. Diingatkan sekali lagi, kami tidak berpuak-puak ye. Tiada istilah geng geng tertentu.

LAMAN WEB KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Kelab Blogger Ben Ashaari kini sudah mempunyai laman web rasminya sendiri yang mana di usahakan bersama oleh ahli-ahli yang pakar.






INSTAGRAM KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Laman instagram Kelab Blogger Ben Ashaari juga telah ada dengan rasminya.



Alhamdulillah.. 
InshaaAllah.. bila ada dengan rasminya begini, lebih mudah untuk kami update sebarang aktiviti kelab ini.. Mudah-mudahan semua usaha kami ini dipermudahkan olehNya.. Amin..


Wassalam.

6 comments: