Kenapa Perlu Baca Blog Parenting

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat Pagi.

Kali ini, Sue dapat invitation dari parenting blogger Malaysia, Melastik Bintang untuk join segmen dalam blog beliau iaitu "Kenapa Perlu Baca Blog Parenting".

Terima kasih atas invitation itu. 
Sue tak tidur tau.. Dapat terus notifications tag pasal segmen ni semalam tapi..pagi ni baru buat..hehe.. ^_^

http://www.melastikbintang.com/segmen/segmen-melastik-bintang-kenapa-perlu-baca-blog-parenting.html

Kenapa Perlu Baca Blog Parenting

Bagi Sue penting sebenarnya untuk kita membaca blog-blog yang berkonsepkan parenting ini. Sue sendiri yang telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata pun masih memerlukan panduan dan tunjuk ajar daripada blog-blog parenting ini. Walaupun ada yang kata sudah terlewat untuk mengambil tahu dan membaca blog-blog parenting ini sebab anak-anak dah besar, tapi tak salah kan?

Walaupun masih belum berkahwin misalnya, penting untuk mengambil tahu bab-bab perkahwinan, keluarga dan perkembangan anak-anak sedari dalam perut lagi sebagai persediaan sebelum kita melangkah ke alam rumahtangga dan seterusnya membina keluarga kita.

Kadang-kadang kita terlupa atau terlepas pandang sebenarnya, blog-blog yang berkonsepkan parenting inilah yang membantu kita dalam kehidupan seharian kita. Memberi panduan dan tips dalam menguruskan keluarga dan membesarkan anak-anak. 

Zaman moden kini di mana hampir semua orang mempunyai gadget dan mobile phone yang canggih dengan pelbagai aplikasi di dalamnya. Setuju? 
Kenapa ianya berguna? 

Jika kita menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan keluarga atau anak-anak kita, pasti dengan pantas kita akan menggunakan gadget atau mobile phone kita dan sepantas kilat membuka "google.com" dan seterusnya mencari maklumat berkaitan dengan masalah yang kita hadapi. Nah! Masa inilah blog-blog parenting ini memainkan peranan yang penting. Dengan mudah kita mendapat jawapan apa yang dicari beserta dengan tips-tips yang diperlukan.

Tidak rugi sebenarnya membaca blog-blog parenting ini memandangkan kita juga bakal atau mempunyai keluarga dan bakal atau mempunyai anak-anak juga. Ilmu yang dikongsi oleh parenting blogger ini amat membantu kita.

Kadang-kadang terhibur juga apabila membaca kisah-kisah ibubapa yang menceritakan tentang pengalaman mereka dalam membesarkan anak-anak yang pelbagai ragamnya. Dari situ, pertama kita mendapat ilmu baru dan keduanya sudah semestinya kita terhibur dengan telatah anak-anak mereka dan secara tak langsung membuatkan kita hilang stress pada masa tersebut.

Antara 3 blog parenting yang Sue selalu baca adalah :-



Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai segmen dari Melastik Bintang ini, boleh la terjah ke blog MB --> Segmen Melastik Bintang.

Terbuka tidak hanya kepada mereka yang sudah berkeluarga sahaja, yang masih bujang pun boleh join! Tapi baca dulu ye syarat-syaratnya.. ^__^

Wassalam.

7 comments:

  1. seronok dapat kenal dengan blogger yang ade blog cantik nih..

    salam kenalan sis..

    ReplyDelete
  2. cepatnya mummy. hehehhe..
    setuju2 penting utk baca info drpd mereka kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. takde cepatnye ummi..
      kebetulan free sikit.. curi2 je ni.. :D

      Delete
  3. sue maafkan saya ..
    saya nak tanay macam mana nak buat banner tu bile klik terus gie blog MB??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa upload gambar tu, nanti boleh letakkan link blog mb... So bila visitor klik akan hyperlinj ke blog mb...

      Delete
  4. dulu rasa semua benda ni tak penting. tapi bila dah kawin, mengandung lepas tu terasa Ya Allah, diri ni terlalu kerdil nak lalui semuanya. Yelah, diri xde persiapan apa-apa pun. ilmu keibubapaan langsung la zero. Sebab tu la kena sentiasa membaca, tambah ilmu.
    Nak mendidik anak2 skg ni bukan senang kan..

    ReplyDelete