Jom Outing 3 | Taman Botani Putrajaya

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Beberapa minggu yang lalu, Sue berkesempatan untuk sama-sama turut serta dalam Program Jom Outing 3 yang bertempat di Taman Botani Putrajaya.

Sue siap bawa En. Along dan Hadirah sekali tau.. Boleh la Hadirah jadi model tak bertauliah.. Letih sikit la kalau bawa Hadirah sebab macam-macam ragam dia..

Program Jom Outing 3

Berkenaan dengan Program Jom Outing ini, program ini merupakan satu program yang dijalankan oleh sekumpulan jurufoto amatur di Malaysia. Ianya diasaskan oleh Cikgu Tarmizi Shukri bersama Ai Media Network dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya sebagai penaja lokasi kali ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan skill fotografi kepada para peserta.

Bersyukur juga kerana Sue adalah antara peserta terakhir yang daftar untuk program ini. Dapat je tahu pasal program ini terus cepat-cepat daftar walaupun dah last minute. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Potia Casadelarossa dan DikBee.

Istimewanya program kali ini turut berkongsi ilmu dan pengalaman ialah En. Zakaria, dari pihak Taman Botani Putrajaya dimana beliau merupakan orang yang berpengalaman lama dengan kamera dan beliau mula bermain kamera sejak tahun 1976. Wow! Sue pun belum lahir lagi masa ini. Hebat kan?

Program Jom Outing 3 kali ini masih mengekalkan topik kelas asas fotografi dan kelas pencahayaan. Bagi Sue yang sememangnya baru dalam bidang fotografi, kelas asas sebegini amatlah penting untuk diikuti dan dipelajari. Perlu ada asas dalam fotografi, jika tidak, gambar yang dihasilkan tidaklah menarik. 

Ini merupakan kali pertama Sue dan En. Along join Program Jom Outing yang sudah masuk siri ke 3 ini. En. Along juga berminat sebenarnya dalam bidang fotografi ini. Program sebegini merupakan peluang keemasan bagi kami yang sememangnya masih baru dalam bidang ini. Sekiranya ada lagi program yang sebegini dan bersesuaian dengan masa kami berdua, pasti kami tidak akan melepaskan peluang tersebut.

Walaupun anda bukan pemilik kamera DSLR, anda juga boleh sertai program ini kerana ianya tidaklah tertumpu hanya kepada mereka yang memiliki kamera DSLR namun apa sahaja gadget yang boleh mengambil gambar seperti telefon bimbit, compact camera juga boleh menyertai program ini.

Untung sebenarnya apabila menyertai program sebegini. Ilmu asas fotografi kita dapat, berkenalan dengan peserta lain juga kita dapat. Kita dapat menambah kenalan dan kawan-kawan baru dalam bidang fotografi.

Gambar Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya

Sebenarnya Sue tidaklah sempat nak ambil banyak gambar yang menarik. Sue masih dalam proses belajar menggunakan kamera DSLR ini. So banyak juga gambar yang tak jadi... hahahahaha.. 




Sebahagian gambar yang Sue dan En. Along ambil nanti Sue akan share dalam entri yang lain ye.. Nantikan next entry.. ^___^

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Tarmizi Shukri , Ai Media Network dan Perbadanan Putrajaya untuk program ini.

Tarmizi Shukri
Instagram : tarmizishukri

Ai Media Network
Website : aimedia.my
Facebook : AI MEDIA Network
Instagram : aimedianet

Perbadanan Putrajaya
Instagram : perbadananputrajaya

Wassalam.

#JomOuting
#TarmiziShukri
#PerbadananPutrajaya
#AiMediaNET
#TamanBotaniPutrajaya

2 comments :

  1. wah seronoknya..dulu kerja dekat cyberjaya tak berpeluang nak round2 putrajaya..kebizian..hehehe...tempat yang menarik..

    myfreshvita.com

    ReplyDelete
  2. Untung dapat otai-otai yang mempunyai minat didalam fotografi.

    ReplyDelete