Dating Berdua

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat Hari Malaysia!

Semalam Sue dating dengan Hadirah.. Papa Hadirah kerja. Ingat nak tengok wayang berdua je ke kan.. Sekali Hadirah kata nak jumpa papa dia.. Eh?

So... alang-alang tu boleh la lunch sama kan..


Fuhhh.. nasib baik la Hadirah ni kalau mummy dia driving dia boleh duduk diam-diam kat sebelah.. Pakaikan seat belt senang..

Sampai office papa dia, bukan main seronok lagi jumpa papa dia.. Haihhh.. anak manja papa ni.. Tak peduli kat mummy dah bila jumpa papa dia.. Masa dia bangun tidur pagi tu memang dia ada tanya papa mana.. Bila call papa dia, dia sibuk-sibuk nak jumpa papa dia.. Haihhh.. nasib baik la office papa awak tu dekat.. Kalau jauh, memang tak la mummy nak drive gi sana..

Sementara menunggu lunch hour papa Hadirah...



Then bila nak keluar lunch, Hadirah minta nak ABC kat papa dia.. Hurmmmm.. tapau je la ABC tu dari Seksyen 2.. ABC Frado katanya..

Kami lunch kat Kedai Kopi je.. Dekat sikit..



Hadirah yang pilih table dekat dengan akuarium.. Dah tu ikan tu dok la tengok dia makan ABC.. Hahaha..


After makan, Hadirah ajak tengok sungai katanya.. Padahal tasik sebenarnya.. Hehe.. Asal ada air je dia kata sungai.. 

Sudahnya dia tak nak balik.. Menjerit, menangis siap merajuk bagai.. Haihhhh.. bukannya papa dia cuti.. Jenuh la pujuk-pujuk dia.. Dah la tengah panas ni.. hishhh.. kecik beso kecik beso je mummy tengok dia.. Papa dia jugak la berjaya pujuk dia.. Kalau dengan mummy takde la.. angkut je terus masuk kereta, biar la nangis pun.. huhu.. sabar je la tengok dia..





Bila sampai office papa pulak dah satu hal.. Menangis la bila papa nak turun dari kereta.. Eiii.. anak papa betul la dia ni.. Padahal lagi 3 jam papa balik la.. -___-"

Lastly ajak Hadirah main basikal kat taman nanti.. Hurmmmm.. baru la dia diam sikit.. Aman la sekejap nak driving balik ni..

On the way balik tu, Hadirah tertidur.. So ingat nak balik terus je la.. Sekali kan..sampai je parking kat rumah, dia terjaga.. Mengamuk nak main kat taman.. Hurmmmm.. start enjin kereta balik, terus gi Setia City Park.. Ada playground kat situ.. Fuh! Bukan main suka lagi dia.. Happy.. Letih pun ye jugak..




Dah puas main, Sue ajak Hadirah masuk Setia City Mall pulak.. Ingat nak belikan selipar/sandal baru untuk dia.. Gigih la kan dia berjalan berdua dengan mummy.. Tapi tak beli pun seliparnya.. Sudahnya beli mainan satu untuk dia.. Dah dia nak jugak.. Lagipun kesian pulak kat dia.. Penat jalan kaki.. Jauh tu.. Selalu naik stroller je.. Hahaha.. Semalam dera dia jalan kaki je..

Dah dapat mainan terus mintak dukung..  "Kakak penat.." katanya.. Mummy pulak tak larat nak dukung.. Paksa jugak la dia jalan..

 Penat sangat la ni ye.. merajuk pulak dia.. huhu..


Nak air teh bunga la katanya.. Nak main bubbles la dia.. Macam-macam dia nak sebenarnya tapi dia dah penat.. Bila nak sampai kat kereta, terus mintak dukung.. Sebab dekat je maka Sue pun dukung la.. Kesian.. Penat sangat la tu.. Bila ajak balik rumah mula-mula tu memang dia tak nak.. Dia kata nak rehat kat kereta lepas tu nak main bubbles besar.. Hurmmmm.. tak reti penat ke ni? Pujuk-pujuk dia baru dia nak balik rumah.. Penat la tu sebenarnya..

Bila dah balik, siap tukar baju bagai terus terlena.. Hahaha.. Kan dah kata... penat sangat la tu..

*****

Tadi dah hantar Hadirah balik KKB.. Sunyi la pulak malam ni.. hurmmmmm.. -___-


*taip entri ni dari awal pagi tadi, malam baru siap..haihhhh.. Taip sikit-sikit gini la jadinya.. Siap dah hantar Hadirah balik KKB tengahari tadi.. camne nak jadi blogger yang berjaya ni..? harapan je la.. 


Wassalam.

No comments:

Post a Comment