Cabaran 30 Hari : Hari 7 - Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Sue

Assalamualaikum. Cinta.

* sumber : google *

Hari 7 - Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

Bila bercakap tentang pendidikan, sememangnya pendidikan itu penting untuk menjamin masa hadapan. Bagi Sue pendidikan itu dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Dengan berilmu, maka taraf kehidupan kita menjadi lebih baik. Sekiranya berpendidikan, senang juga untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan. Kalau menjadi seorang penulis blog juga, perlu adanya ilmu supaya info atau cerita yang disampaikan itu tidak menyinggung mana-mana pihak. 

Selain itu, dengan berpendidikan juga, mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan. Jika ramai masyarakat yang berilmu pengetahuan, of course some of them akan menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun di pusat pengajian tinggi. Golongan pendidik ini sudah pastinya dapat membimbing generasi muda untuk menjadi masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Pendidikan juga dapat membentuk kestabilan hubungan sosial terutamanya dalam perkahwinan. Seperti Sue, yang sudah berkahwinan ni, kalau tak berpendidikan maka tak mustahil terjadinya konflik keluarga yang akan memberi kesan buruk kepada orang sekeliling terutama sekali anak-anak. Dengan berpendidikan, kadar perceraian di kalangan pasangan berkahwin dapat dikurangkan dan melaksanakan kehidupan bersama di bawah arus yang sesuai dengan keadaan ekonomi pasangannya. Beberapa kajian mendapati pasangan yang berkahwin mempunyai tahap kesejahteraan fizikal dan psikologi yang baik berbanding dengan individu yang tidak berkahwin.

Pendidikan juga sangat penting dalam konteks kesejahteraan ekonomi kerana ia boleh memimpin individu ke arah pemperolehan pendapatan tidak-terhad, serta mampu meningkatkan perasaan kawalan-diri seseorang. Kerja tidak-terhad melibatkan kepelbagaian tugas, tidak bersifat rutin, serta mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran dan perkembangan ilmu. Sifat kerja seumpama ini boleh mengurangkan perasaan ketegangan individu. 

Perasaan tertekan merupakan gangguan terhadap emosi yang sangat tidak menyenangkan. Pendidikan membantu menguruskan tekanan dan gangguan emosi. Para pengkaji mendapati bahawa individu yang memiliki tahap pendidikan yang baik mempunyai kadar kawalan diri yang tinggi dalam beberapa situasi seperti pengurusan kerja, kepimpinan kerja, pemperolehan wang, pengurusan rumahtangga, dan beban kerja rumah, berbanding dengan individu yang kurang berpendidikan. Individu berpendidikan tinggi diikuti dengan kadar kawalan diri yang tinggi didapati mempunyai kadar tekanan psikologi yang rendah. Hal ini disebabkan, kawalan diri yang tinggi membantu individu mengawal tingkah laku, emosi serta minda secara positif dan fleksibel dalam menangani pelbagai masalah. Kawalan diri yang tinggi juga membolehkan individu membuat persediaan diri untuk berhadapan dengan sesuatu yang tidak dapat dielak atau dijangkakan. 

Di samping itu, pendidikan yang tinggi dapat melahirkan rakyat yang cemerlang. Sesungguhnya negara kita amat memerlukan pemimpin-pemimpin yang berilmu pengetahuan dan berwawasan jauh dalam memajukan negara. Hal ini kerana, rakyat Malaysia yang berbilang kaum amat memerlukan pemimpin yang bijak serta dapat diterima oleh semua kaum. Pemimpin yang berilmu pengetahuan ini akan membuat pertimbangan yang lebih rasional dalam melaksanakan sesuatu program yang dirancang. Selain itu, rakyat yang berpengetahuan juga dapat memberikan idea kepada pemimpin negara dalam usaha membangun dan memajukan negara.

Dengan berpedidikan, keputusan yang dibuat adalah bijak dan wajar. Ketegasan diri merupakan satu dimensi utama dalam kualiti hidup kerana ia memungkinkan seseorang individu untuk mengawal hidupnya (Schalock, 1996). Menurut Weh meyer (1996), ketegasan diri adalah agen asas dalam kehidupan seseorang. Dengan adanya ketegasan diri, individu berupaya membuat pilihan dan keputusan terhadap tindakannya, dan membebaskan diri daripada pengaruh atau gangguan luaran yang tidak berfaedah. Kebolehan dan kemantapan ketegasan diri berupaya meningkatkan kualiti hidup dan pencapaian pendidikan yang baik.


Haaa.. disebabkan ini adalah hari yang ketujuh, maka Sue bagi 7 point.. lalalalalalalala..




Wassalam.

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari #entrikelabbloggerbenashaari

1 comment:

  1. ok poin yang bagus.. perisian ada.. thanks ilmu yang di kongsi.. kak mila suka .. betul kata sue pendidikan sangat penting dalam kehidupan ini tapi pendidikan ini harus terbahagi kepada dua bahagian dan perlulah adil.. pendidikan duniawi agar tidak mudah dibuli dan tertipu serta pendidikan akhirat agar kita sentiasa dibimbing dalam melakukan setiap keputusan untuk menjalani kehidupan.. Ada orang sangat pandai, belajar dan dapat kerja yang best best tapi sayangnya kurang adat sopannya dana ada pula yang terpesong,sosial hidupnya.. kerana baginya hidup perlu mengikut arus kemodenan..silap tu.. Rasulullah dah tingalkan kita Al-Quran sebagai panduan.. belajarlah Al Quran kerana ianya bukan saja pendidikan ilmuan duania..di dalamnya ada akhirat yang lebih nyata.. ops sory panjang lak celotehnya..

    ReplyDelete