Cabaran 30 Hari : Hari 5 - 3 Perkara Yang Sue Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih Sue

Assalamualaikum. Cinta.


Wah! Semakin mencabar task yang diberikan ni.. berpeluh-peluh nak jawab ni..

Hari 5 - 3 Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih

Hurmmm.. nak cakap ape eh? Tak terfikir pulak.. alahai.. -__-" Ada ke bekas kekasih ni??? 
Haaaa.. ada! ada! Jap..

Ehem..ehem.. nak cakap kat awak ni, wahai bekas kekasih Sue..
Hahahaha.. nak gelak jap.. 
opppssss.. cover..cover.. ^_^

1. Wahai bekas kekasih hati Sue, terima kasih kerana telah memilih diri ini suatu waktu dulu untuk menjadi suri hatimu.. Dikau telah mengajarku erti cinta, sayang, sedih, gembira, duka, bahagia..

2. Mohon ampun dan maaf andai ada tercalar sedikit perasaanmu suatu tika dulu.. namun kini kau lebih memahami akan diriku.. 

3. Diharap dikau sudi menjadi peneman setia hidupku, teman gaduh, teman borak, teman segala-galanya sehingga ke akhir hayatku, wahai bekas kekasih hatiku..


Laaa.. 3 je ke? Baru nak buat karangan ni.. kekekekekeke.. banyak nak cakap kat bekas kekasih ni..

Haaaa.. siapakah bekas kekasih hati Sue ni ek??




Tadaaa...




Haa.. ni la dia bekas kekasih Sue ni.. ^_^ Siapa lagi kalau bukan En. Along.. heeeee.. Now dah jadi peneman setia Sue.. kekekekekeke.. dulu kekasih.. sekarang suami.. My other half.. :)


xoxo
-Mrs Sue-

Wassalam.

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari #entrikelabbloggerbenashaari

2 comments:

  1. Huuuu.. Saspen kote baca.. Rupanya bekas kekasih dah jadi suami.. Hehe.. Kite baru masuk ari ke-3.. Haha!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete