Cabaran 30 Hari : Hari 30 - Apa Yang Sue Dapat Dengan Berblog

Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. today is the last day bagi #cabaran30hari yang dianjurkan oleh Kak Sue Izza rakan blogger #kelabbloggerbenashaari.


Hari 30 - Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

Sebagai seorang blogger, walaupun bukan sepenuh masa, Sue mengharapkan segala penulisan dan coretan Sue dalam blog ini tidak menyinggung hati dan perasaan sesiapa. Walaupun Sue hanya sekadar suka-suka atas dasar minat menulis, tapi dunia blog sekarang ini bukanlah seperti dulu. 

Dunia blogging ini telah menarik ramai pemerhati. Setiap apa yang difikirkan oleh seorang blogger, ditulis dan dizahirkan dalam blog nya. Namun andai tersilap kata, boleh membawa padah.

Oleh itu, perlu sebenarnya kita berhati-hati dalam bermain kata-kata supaya tidak memfitnah pihak-pihak tertentu.

Melalui blog, Sue mendapat suatu kepuasan dalam menulis. Oppsss.. masa zaman sekolah dulu, Sue memang suka buat karangan. Kalau subjek Penulisan memang minat habis. Always score untuk subjek BM Penulisan especially nya. Karangan memang panjang berjela.. Jenuh cikgu nak bagi markah. Starting dari situ Sue dah tanam minat menulis. Cuma Sue tak kesampaian nak menulis novel atau cerpen. Sekadar untuk simpanan sendiri je boleh la.. Hoho..

Lagi satu melalui blog juga Sue kenal kawan-kawan yang sama-sama minat dalam ber blogging. Menambah networking dalam dunia blog. Hopefully tidak bermusuhan antara satu sama lain. Berkawan dan menambah kawan tak salah kan.. Yang penting kita sama-sama berkongsi maklumat yang positif dan memberi kebaikan dan tauladan kepada pembaca di luar sana yang hanya memerhatikan kita dalam diam..

Ok lah.. Terima kasih sebab sudi baca kesemua entri selama 30 hari ini.. Mohon maaf andai ada tersalah kata, terkasar bahasa dan menyinggung hati sesiapa.. no hurt feelings! peace!


Wassalam.

2 comments: