Cabaran 30 Hari : Hari 28 - 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"

Assalamualaikum. Cinta.


Yeay!! Finally on track.. wehuuuu.. Berjaya jugak menyiapkan task #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari ni selama 28 hari termasuk hari ini. Another 2 days to go! Hoyehhh.. Hari ni berjaya update on time.. Dah berapa lama asyik backdated je.. -___-"

Hari 28 - 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"

1. Andainya boleh diputarkan masa ke beberapa tahun ke belakang.. pasti Sue takkan sia-siakan peluang yang telah terbuka luas sebelum ini.. Huhu.. tapi tak menyesal pun. Think positive! Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Percayakan takdir yang telah tertulis untuk kita.. peace!

2. Andainya boleh sambung belajar semula..
Ok..yang part ni memang kena ditimbangtara betul-betul. Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Sebab itulah ianya jadi andainya.. Yang ni tak tahu bila.. Hurmmmmm...

3. Andainya Hadirah ada seorang atau 2 orang adik lagi sekarang ni.. Phewwssss.. rasanya tak cukup kaki tangan mengejar 2, 3 orang kanak-kanak ribena ni. Masing-masing dengan "peel" masing-masing.. Macam mana la gayanya kalau ada 2, 3 orang lagi anak.. Meriah ni.. Hopefully one day akan dapat apa yang dihajati.. Amin.. inshaaAllah..

4. Andainya Sue masih lagi kanak-kanak ribena, mesti bahagia tanpa memikirkan masalah.. Hahaha.. nak ngelat boleh tak.. hoho..

5. Andainya ditakdirkan Sue pergi dulu dijemput Illahi dari kalian semua, Sue mohon ampun dan maaf sekiranya ada antara penulisan Sue dalam blog ini yang telah menyinggung perasaan sesiapa dengan sengaja ataupun tidak sengaja..halalkan segala ilmu yang ditimba dan dicoretkan semula dalam blog ini. Halalkan segala gambar dan foto yang telah ditepek di sini..



Sumber gambar : google

Wassalam.

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari #entrikelabbloggerbenashaari

No comments:

Post a Comment