Cabaran 30 Hari : Hari 22 - Destinasi Percutian Sue

Assalamualaikum. Cinta.

Cabaran 30 Hari : Hari 22 - Destinasi Percutian Anda

Bila cerita tentang destinasi percutian yang Sue terigin nak pergi, terus terlintas dalam kepala, of course nak ke Korea.. Hahahaha.. Dah lama ajak En. Along ke sana nanti. One day maybe.. Tengah mengumpul bajet ni.. (berjayakah?)

Kenapa Korea??

Terpengaruh dengan drama Korea la ni.. Kan..?

Memang pun.. -__-"
Tapi ada satu lagi tempat yang Sue pun nak pergi melancong ke sana.. Jiran Korea la.. Jepun.. Hahahaha.. Ni pun sebab terpengaruh drama Jepun dari zaman sekolah rendah lagi..

Korea
1. Melawat Nami Island (konon nak feeling feeling Winter Sonata la ni..)


2. Nak shopping kat Namdaemun Market (shopping termasuk dalam list semestinya)


3. Nak merasa Ikan Bakar di Dongdaemun (bab makan tu penting.. nak jalan-jalan cari makan jugak)


4. Berbasikal di Persisiran Han River (nak feeling macam dalam drama jugak..hoho)


5. Merendamkan kaki di Cheongae Stream (macam best je rendam kaki ni.. kalau Hadirah ni, terus terjun je dalam tu agaknya..jenuh la dok kejar sepanjang sungai ni..)


Jepun
1. Teringin nak tengok sendiri Hutan buluh Sagano yang terletak di Arasyima, Jepun


2. Terowong Wisteria
After bunga Sakura luruh, Jepun akan menyambut festival bunga iaitu Fuji Matsuri atau festival bunga Wisteria. Ia biasanya disambut mulai pertengahan April hingga pertengahan Mei. (info : http://baca-blogspot.blogspot.com/)


3. Melihat musim bunga sakura
 (baru la feeling para-para sakura sikit.. haha)




gambar & info credit to
1. http://www.lurimatravel.com
2. http://penpatah.blogspot.com/
3. http://baca-blogspot.blogspot.com/
4. http://asyrafneo.blogspot.com/

Wassalam.
#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari #entrikelabbloggerbenashaari

No comments:

Post a Comment