Cabaran 30 Hari : Hari 17 - 5 Perkara Yang Sue Rindukan

Assalamualaikum. Cinta.

Dalam meniti titian kehidupan ini, pasti sesekali kita merindukan sesuatu yang telah lama ditinggalkan. Berbagai-bagai perkara yang kita rindukan.. Banyak sebenarnya hingga kadang-kadang tak terluah oleh kata-kata..

Sue juga begitu.. Walaupun kadang-kadang sibuk dengan tugasan harian, namun tipu la kalau katakan Sue tak pernah terlintas memikirkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan kerja yang dilakukan ketika itu. Terlintas sesuatu yang dirindui..

Hari 17 - 5 Perkara Yang Anda Rindukan

1. Bau bayi & telatah Hadirah masa kecil
Bau baby ketika baru lahir sesuatu yang Sue rindukan.. Especially bau Hadirah semasa dia baby lagi. Oh! Rindunya saat itu.. Bau bayi dari syurga.. harum sangat.. Bau mulut dia.. bau muak susu dia.. Bau muntah baby pun dah kira wangi. Rindunya bau-bau tu semua.. Rindu nak tengok telatah Hadirah masa kecil.. Sangat-sangat rindu.. Alahai.. comel je masa dia baru pandai main.. agah-agah dia tersenyum, tergelak-gelak dia.. Masa dia belum tumbuh gigi.. Masa dia merangkak.. Seronok sangat masa tu.. Tapi tak punya waktu yang lama untuk menikmati itu semua.. Bukan hari-hari dapat tengok telatah dia.. Hurmmmmm.. sob..sob..sob..

2. Zaman persekolahan
Siapa yang tak rindukan zaman sekolah ye tak.. Seronok sebenarnya.. Haihhhh.. kalau la boleh diputarkan masa ke zaman itu.. huhu.. Sesekali memang rindu zaman sekolah ni menjengah jugak.. Rindu dengan kawan-kawan masa sekolah.. Semua dah membawa haluan masing-masing. Hanya berjumpa sekali-sekala itupun kalau ada majlis perkahwinan sesiapa.. Kalau tak datang, tak jumpa jugak jawabnya.. Hurmmmmm... -___-

3. Zaman belajar di Kolej & Universiti
Rindu sangat zaman belajar diploma dan degree dulu tu.. Rindu nak study group sama-sama.. Study sampai jam 3-4 pagi.. Kadang-kadang buat projek or assignment kat kedai mamak je sampai jam 2-3 pagi. Rindu nak hang out sama-sama.. Release tension katanya.. Rindu nak window shopping dengan kawan-kawan. Rindu nak lepak kat Taman KLCC tiap-tiap minggu sampai tengah malam.. Lepas tu rindu nak panjat pagar hostel sebab pagar dah dikunci pak guard hostel dan berlari-lari sambil gelak-gelak sebab rasa kelakar panjat pagar.. Siap kena kejar dengan pak guard lagi.. Rindu nak pergi kelas malam-malam.. Rindu kelas aktiviti lain macam taekwando.. selalu kena denda sebab datang lambat ke kelas taekwando tu.. Hahaha.. sebabnya sebelum kelas selalunya lepak kat luar la, hang out la, buat surprise kat birthday orang la.. macam-macam lagi.. Rindu nak masuk kelas tarian lagi.. Seronok menari zaman-zaman dulu.. Menari pun boleh kurus tau. Tapi after 3 bulan cuti semester confirm badan naik.. muahahahaha.. kena menari untuk kurus balik.. gituuuu.. Alahai.. rindunya semua tu..

4. Kenangan manis
Banyak kenangan manis yang dirindui.. Kenangan itu semua tersimpan sebagai memori. Setiap kenangan itu ada ceritanya yang tersendiri. Sungguh! Kadang-kadang tu rindu juga pada kenangan itu.. Namun kenangan tetap tinggal kenangan. Moving forward, cipta memori indah yang baru untuk menambah koleksi kenangan manis.. Bila dah tua (jika dipanjangkan umur) boleh la bercerita dengan cucu cicit kenangan-kenangan dan memori indah yang best best..

5. Rindu arwah Angah
Hurmmmmm.. setiap ketika bila teringat, pasti rindu itu bertamu di hati. Al-fatihah menjadi kiriman rindu itu untuknya di sana.. Masa tak mengizinkan untuk sama-sama mencipta kenangan indah.. Telah ditakdirkan nyawanya hanya sampai situ sahaja.. Kenangan bersamanya, gelak tawanya, cahaya matanya yang bersinar hanya tinggal kenangan yang akan disimpan sampai bila-bila.. Harap-harap tidak akan terlupa akan kenangan itu.. Al-fatihah..

* sumber : google *

Wassalam.

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari #entrikelabbloggerbenashaari

No comments:

Post a Comment