Cabaran 30 Hari : Hari 14 - Cerita Kasut Sue

Assalamualaikum. Cinta.



Hari 14 - Cerita Kasut Anda

Hurmmm.. task kali ni agak mencabar.. Sue takde idea jugak sebenarnya ni.. Nak cerita pasal kasut..?

Ok la..

Cerita yang baru jadi la ye..

Sekarang ni Sue tengah mencari sepasang kasut.. Hurmmm.. still belum jumpa lagi yang berkenan di hati. Yang jumpa pun sure takde saiz takpun warna yang ada tak berkenan.. Haihhh.. bukan la nak kata cerewet ke apa ke.. Tapi kalau nak beli, kena la yang betul-betul Sue akan pakai. Nak pakai pun mesti sampai kasut tu dah tak boleh pakai la jawabnya.. Kiranya sampai masa kena tukar kasut lain la gayanya..

Sue dah ada experience bilamana Sue main beli je kasut tu tapi dalam hati tak berkenan pun sudahnya kasut tu dok la dalam almari kasut bertahun-tahun.. Pakai sekali je.. Hurmmm.. ada beberapa pasang dah gitu. Ingat nak let go je nanti.. Tapi sayang.. haihhhh..

Siap kasut yang Sue pakai masa majlis reception wedding Sue dulu tu pun ada lagi.. Tak pakai pun after majlis tu. Nak pakai pun pikir 34 kali jugak la.. Nak pakai ke mana pun tak tahu..

So sekarang ni misi mencari kasut atau sandal yang selesa untuk dipakai ke mana-mana. Kalau kasut tumit tinggi ke wedges ke Sue pakai hanya bila pergi ke majlis kenduri kahwin, majlis rasmi ataupun kena pergi meeting kat mana-mana. Pergi office pun jarang la pakai.. Selesa pakai sandal biasa je.. Kadang-kadang tu kena ikut mood jugak nak pakai kasut lawa lawa ni.. hahahaha..

Kalau kasut atau sandal yang Sue berkenan memang Sue akan lanyak sampai hancur la macam ada 2 pasang ni.. Satu sandal, satu wedges.. Memang dah nak tercabut tapaknya.. Tu yang sibuk-sibuk baru nak cari lagi sepasang kasut atau sandal ni.. Sayang pulak tengok kasut tu.. Hancur haihhhh.. Tapi tahan lama gak.. Bagus.. ^___^

Every petang ni memang nak mencari kasut la jawabnya.. Misi yang satu ni bila la boleh diselesaikan... Hurmmmm.. Hopefully akan jumpa kasut atau sandal yang berkenan di hati.. rasa nak patah kaki Sue ni (En. Along pun sama kot) jalan jalan keluar masuk kedai kasut.. huhu...

Korang.. wish me luck! *eh..tetiba.. kbai..

Wassalam.

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari #entrikelabbloggerbenashaari

No comments:

Post a Comment