Cabaran 30 Hari : Hari 12 - 5 Wishlist Sue

Assalamualaikum. Cinta.

Hari 12 - 5 Wishlist Anda

Hurmmm.. kalau nak disenaraikan wishlist ni mahunya berjela pulak sat lagi.. Tak cukup 5 ni.. Haha..

So, 5 wishlist ye..

1. Nak beli perabot untuk rumah baru


Haa.. nanti bila dah dapat kunci rumah Sue nanti, of course la Sue nak memenuhkan rumah baru tu dengan segala macam perabot. Sekarang ni memang Sue tak beli perabot banyak pun.. Sebab leceh la kalau berpindah nanti. Itu pun 2 tahun lepas berpindah dari Puchong ke Setia Alam pun rasa setengah mati pindah barang.. Hoi! Tak sanggup nak pikul banyak-banyak nanti lagi sekali.. Sebab tu malas nak beli perabot banyak-banyak. Yang ada pun rasa macam kena angkut seminggu agaknya.. Nanti dah pindah rumah baru nanti, memang Sue nak penuhkan dengan perabot yang takde lagi.. Huhu.. Moga-moga tercapai impian ni.. Oleh itu, sila la berjimat ye Cik Sue oi dari sekarang..

2. Nak baby boy
Oppssss.. ni pun nak masuk dalam wishlist ke??


Hahaha.. harus la.. Dah ada sorang anak perempuan, nak cukupkan sepasang, nak baby boy.. Doakan ye semoga Sue memperoleh seorang lagi cahayamata.. 

Tapi tak kisah pun lelaki ke perempuan ke, yang penting anak adalah anugerah Allah swt yang terindah dalam hidup kita semua kan.. Bersyukur walau anak lelaki atau perempuan pun yang telah dikurniakan.. Ye tak..

3. Tukar kereta
Hurmmmm.. ade la jugak wish nak tukar kereta.. Kereta apa ye? 
Tapi tu la.. kereta sedia ada ni pun still elok lagi. Dah la tak habis bayar lagi kan.. -___-

Maybe one fine day.. Kalau ada rezeki lebih.. InshaaAllah.. ^_^

4. Melancong
Hoho.. melancong ni seronok kaa.. Tapi kalau duit tak ramai tak seronok jugak.. Kisahnya tak dapat jugak melancong ke mana-mana.. Huhu.. Hopefully suatu hari nanti Sue dapat melancong ke tempat-tempat yang Sue tak pernah jejakkan kaki. Especially luar dari Malaysia.. Teringin wooo.. sapa tak teringin kan..

5. Fulltime blogger


Haaa.. ini adalah wishlist yang terakhir.. Don't know when ianya akan jadi kenyataan.. Masanya belum tiba lagi. Up until now masih belum boleh nak focus 100% sebagai seorang blogger. Tengok la ni.. blog sendiri macam mana. Jarang update blog pun.. -__-" haihhhh.. Macam mana nak jadi blogger yang berjaya... T_T


Itu je la setakat ni wishlist Sue.. Moga-moga suatu hari nanti kesemua di atas menjadi kenyataan.. Amin..

sumber gambar : google

Wassalam.

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari #entrikelabbloggerbenashaari

No comments:

Post a Comment