Cabaran 30 Hari : Hari 11 - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum. Cinta.



Hari 11 - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Hurmmm.. tang bab nak cerita tentang kenangan lucu masa zaman kanak-kanak dulu tu, ada la jugak tapi banyak yang dah tak berapa nak ingat.. So yang still masih Sue ingat sampai sekarang ni ada la.. Jap.. jap..

Fuhhh.. tarik nafas dalam-dalam.. hembus..

Ok..


Masa zaman kanak-kanak dulu, kiranya Sue still bersekolah rendah lagi la time tu.. Sue tak ingat darjah berapa tapi yang Sue ingat masa tu dalam kelas.. Masa tu macam tengah study sendiri je.. Cikgu tak mengajar time tu tapi dia ada je kat depan.. Tiba-tiba cikgu kat depan bersuara "Shut up!" Tapi Sue pulak pergi berdiri.. Then pandang sekeliling, "Eh, apesal dorang duduk senyap je..Tak berdiri pulak?".. Rupa-rupanya Sue yang salah dengar "Stand up!".. Hahahaha.. memalukan betul la.. Kawan kat sebelah dok tarik-tarik baju Sue suruh duduk.. Sue pulak pergi tanya dia, apesal tak berdiri? Choi!! Kan dah kena gelak.. Malu wehhh.. Hahahaha.. Cikgu pun tertanya-tanya apesal Sue bangun.. Garu kepala yang tak gatal la jawabnya sambil duduk.. Merah muka tau! Hadoi..

Kalau sesiapa yang ingat pasal ni tau la macam mana time tu.. Kena gelak dengan kawan-kawan.. Macam mana la Sue salah dengar apa yang cikgu tu cakap tu.. Haihhhhh.. Kelakar betul..

Itu yang still Sue ingat lagi. Yang lain-lain tak berapa nak ingat.. -___-"


Wassalam.

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari #entrikelabbloggerbenashaari

No comments:

Post a Comment