Cabaran 30 Hari : Hari 10 - Apa Di Dalam Handbag Sue

Assalamualaikum. Cinta.

Fuhhh.. nasib baik entry cabaran hari ni takde bilangan yang terhad.. Tak cukup oii nak list down semua kalau dia bagi option 5 je ke atau 10 je ke.. Banyak ni nak letak.. Hahahaha..

*google*

Nampak sangat besarnya handbag Sue kan.. macam-macam ada.. ^_^

Hari 10 - Apa Yang Ada Dalam Handbag Anda

Ouch! Sangat sesuai tau entry ni dengan kaum hawa.. For sure banyak nak diisi kan dalam handbag tu.. List kaum hawa lagi panjang kot daripada kaum adam ni.. Jom kita tengok...

1. Purse
Yang ni kena la ada kan dalam handbag.. wajib tu.. kalau tak nak bayar pakai apa pulak kalau keluar berjimba.. oppsss.. hahaha.. Ye la.. kita kena la bawak hari-hari kan purse ni.. Mana nak cekau duit nanti..ye tak.. IC, lesen kena la bawak jugak.. kang kena tahan, dikatanya pendatang tanpa izin pulak.. -__- Lepas tu pulak, segala macam kad diskaun, membership bagai pun ada dalam tu.. hoho.. harus la kan.. 

2. Handphone
Takkan nak bawak telefon rumah or public phone merata-rata ye tak.. Public phone pun dah banyak yang jadi mangsa vandalisme.. Habis tu? Camno? Kena jugak bawak merata handphone ni kan..

3. Make-up
Fuhhh.. ni ade la jugak sikit-sikit kan.. Actulally tak la suka bawak banyak-banyak.. cukup sekadar yang asas je.. tapi sebekas jugak la.. erkkk.. -__-" Penuh jugak dengan getah rambut, lipstick, lip balm, bedak, krim bagai.. Ni dah kira beg dalam beg dah ni.. Memang tak cukup satu kan.. -__-"


4. Baby wipes
Hoho.. ini pun penting juga.. nak lap apa-apa ke kan.. especially bila bawak Hadirah ke mana-mana.. Dia kan suka sangat dengan aiskrim.. Takmo comot-comot.. Hehe..


5. Hand sanitizer/losyen
Ermmmm.. sebab kecik je senang nak carry ke mana-mana.. kuman ada di mana-mana..kekekeke.. Hoh! Gitu kekdahnya..


6. Perfume
Haaa.. ni mesti nak kena guna bila lepas makan kat food court mana-mana.. Phewwwsss.. bau makanan melekat kat tudung, baju bagai.. pening tau.. -___-"


7. Tisu
Ni.. biasa la.. nak kena bawak jugak.. memang always ada dalam handbag..


8. Buku nota
Selalunya Sue bawak buku nota kecik.. senang nak catat apa-apa yang urgent.. especially kalau pergi meeting terlupa nak bawak diary kesayangan tuh..


9. Pen/Pensel
Kalau dah bawak buku nota tu, for sure kena ada pen atau pensel ye tak.. mane boleh tinggal.. Partner tuh..

10. Nail clipper
Kalau sentiasa ada senang.. Tapi selalunya mesti hilang or terlupa bawak bila asyik tukar tukar handbag je.. -__-"

11. Name card
Oho.. ni kena ada.. Wajib bawak.. Tapi Sue ada 2 jenis name card tau.. Satu tu untuk kerja..nak bagi kat customer, vendor etc.. satu lagi yang macam kat bawah ni.. tadaaa..


12. External hardisk
Hadoi.. memberatkan handbag betul la.. Tapi ini la yang hari-hari dok usung.. Tapi weekdays je tau.. Weekend baru la menatang ni ditinggalkan.. hoho..

13. USB cabel/Charger phone
Ini untuk cas handphone bila perlu aje.. Kekadang terlampau lama sangat kat satu-satu tempat tu.. Nyawa nyawa ikan jugak la handphone Sue.. Walaupun ada powerbank, Sue lagi suka cas directly je.. Cepat sikit penuhnya.. 

14. Powerbank
Yang ni on standby. Sometimes tertinggal jugak.. Depends nak ke mana on that day la.. Heeee..

15. Brooch tudung
Wow! Yang ni pun ade? Haaa.. nak kata apa dah.. Ni kalau kalau emergency je.. Standby siap-siap..

16. Resit-resit
Segala macam resit dok terselit sana sini.. Ni tak tahu bila pulak nak dibuang.. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang=kadang sebulan sekali, kadang-kadang tu bila bosan, baru la mengemas handbag.. Hoho.. sangat "rajin" kan..

Yang kat bawah ni kadang-kadang je bawak.. Hehe..

17. Monopod & shutter
Untuk selfie harus la.. tak gitu.. Hahahaha.. Kalau berjalan-jalan ke mana-mana boleh la nak bawak.. Gi kerja tu jarang la.. Sangat jarang hokeh.. -__-"

18. DSLR
Yang ni pun sama.. Jarang jugak.. Kalau nak berjalan or ada event je bawak.. Tapi terpaksa la korbankan benda lain.. Kena keluarkan benda lain baru la boleh isi DSLR ni.. Beso gedabak.. memang ngam ngam dia je la ada.. Yang tak perlu kena tolak tepi.. takpun simpan dalam kereta..huhu..


Hurmmm.. kalau weekend ataupun hari cuti, penuh pulak dengan botol susu, sapu tangan/napkin, sabun botol kecik, losyen, minyak untuk kembung perut, diapers, sepersalinan baju hadirah.. 

Huhu.. mane tak perlunya handbag beso.. Semua nak kena letak.. Sometimes bawak je another bag khas untuk barang Hadirah.. Tu kalau berjalan lama dan jauh.. Kalau tak, isi je dalam handbag.. -__-" Memang cepat je bertukar handbag gitu..

Itu je la kot buat masa ni..

Habis la.. semua dah reveal apa yang ada dalam handbag.. Mesti korang nak check esok.. ade ke tak.. Kan? Kan?

Kalau takde jangan pulak kecewa.. Confirm sebab saiz handbag yang tak mengizinkan semua ni ada.. Huhu..

Ok la.. Good night! Nak pi mimpi dapat handbag besar yang cantik pulak ni.. Babai..

Wassalam.

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari #entrikelabbloggerbenashaari

No comments:

Post a Comment