Cabaran 30 Hari : Hari 30 - Apa Yang Sue Dapat Dengan Berblog

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. today is the last day bagi #cabaran30hari yang dianjurkan oleh Kak Sue Izza rakan blogger #kelabbloggerbenashaari.


Hari 30 - Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

Sebagai seorang blogger, walaupun bukan sepenuh masa, Sue mengharapkan segala penulisan dan coretan Sue dalam blog ini tidak menyinggung hati dan perasaan sesiapa. Walaupun Sue hanya sekadar suka-suka atas dasar minat menulis, tapi dunia blog sekarang ini bukanlah seperti dulu. 

Dunia blogging ini telah menarik ramai pemerhati. Setiap apa yang difikirkan oleh seorang blogger, ditulis dan dizahirkan dalam blog nya. Namun andai tersilap kata, boleh membawa padah.

Oleh itu, perlu sebenarnya kita berhati-hati dalam bermain kata-kata supaya tidak memfitnah pihak-pihak tertentu.

Melalui blog, Sue mendapat suatu kepuasan dalam menulis. Oppsss.. masa zaman sekolah dulu, Sue memang suka buat karangan. Kalau subjek Penulisan memang minat habis. Always score untuk subjek BM Penulisan especially nya. Karangan memang panjang berjela.. Jenuh cikgu nak bagi markah. Starting dari situ Sue dah tanam minat menulis. Cuma Sue tak kesampaian nak menulis novel atau cerpen. Sekadar untuk simpanan sendiri je boleh la.. Hoho..

Lagi satu melalui blog juga Sue kenal kawan-kawan yang sama-sama minat dalam ber blogging. Menambah networking dalam dunia blog. Hopefully tidak bermusuhan antara satu sama lain. Berkawan dan menambah kawan tak salah kan.. Yang penting kita sama-sama berkongsi maklumat yang positif dan memberi kebaikan dan tauladan kepada pembaca di luar sana yang hanya memerhatikan kita dalam diam..

Ok lah.. Terima kasih sebab sudi baca kesemua entri selama 30 hari ini.. Mohon maaf andai ada tersalah kata, terkasar bahasa dan menyinggung hati sesiapa.. no hurt feelings! peace!


Wassalam.

[3009] Melangkah Setahun Lagi...

3 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. bersyukur.. Masih dipinjamkan nyawa untuk bernafas dan menikmati hidup ini oleh Allah swt setahun lagi..

Terima kasih ya Allah.. Terima kasih kepada parents, Mama dan Abah Sue sebab telah melahirkan dan membesarkan Sue dengan baik dan sempurna. Terima kasih kerana melimpahkan kasih sayang buat diri ini tanpa jemu dan memanjangkan limpahan kasoh sayang kepada Hadirah.. Terima kasih Adik..sudi melayan kerenah kakakmu ini.. Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah sudi meminjamkan hambaMu yang dikasihi, Angah walaupun hanya selama 17 tahun buat kami sekeluarga..bersyukur kerana masih sempat merasai kasih sayang arwah dan kami dapat melimpahkan kasih sayang dan perhatian untuk arwah..

Terima kasih En. Along kerana menerima diri ini, menyayangi dan menyintai diri ini.. Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan tak berbelah bahagi.. Terima kasih atas kejutan malam tadi.. terharu.. terkedu tanpa kata-kata..

Terima kasih Hadirah.. mummy love you so much! Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu yang melimpah ruah ini.. Moga Sue dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & bahagia selalu.. amin..



Thank you En. Along..
Al-kisahnya malam tadi..

Kedengaran lagu All Of Me berkumandang tiba-tiba tapi Sue tak heran sangat sebab dari siang lagi memang dah terdengar dengar lagu tu.. En. Along pulak asyik nyanyi je.. Katanya sebab asyik dengar kat radio sampai terngiang-ngiang.. So..buat tak tahu je la..

Tiba-tiba sepotong kek siap dengan lilin En. Along bawa masuk dengan diiringi lagu All Of Me.. Ya Allah!! Terkejut.. terkedu seketika..

Surprise!!! Hahaha..



Tepat jam 12.00 malam pulak tu.. Terharu.. sob..sob..sob.. Tak terkata..

Thanks a lot..

Wassalam.

posted from Bloggeroid

Cabaran 30 Hari : Hari 29 - Bunga Kegemaran Sue & Ertinya Untuk Sue

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Bunga?? Bunga favorite Sue?? Heee....

Hari 29 - Bunga Kegemaran Anda & Ertinya Untuk Anda


Bunga kegemaran Sue ialah Bunga Lavender. Lavender mempunyai daya tarikannya tersendiri. Bagi Sue, bunga Lavender yang berwarna purple. sememangnya sejuk mata memandang. Segar dan terasa nyaman apabila Sue memandangnya. 

Lavender juga melambangkan keindahan, keanggunan, dan bagi Sue, Sue sangat kagum dengan bunga Lavender itu sendiri sebab terasa ada kebanggaan dan rasa kejayaan di situ. Entah kenapa, memang jatuh cinta dengan Lavender dari dulu lagi. Anything yang berwarna purple dan berbau haruman Lavender memang Sue suka..


Teringinnya nak berada di ladang Lavender...

Maybe one fine day... Who knows.. kan..


Wassalam.

"Letters For The Future" dari AIA

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.

Masa jalan-jalan ke blog orang, singgah sana sini semalam, sempat jugak baca beberapa entri dari beberapa orang blogger pasal "Letters For The Future" dari AIA ni. Apa tu??

"Letters For The Future" dari AIA ini merupakan suatu program di mana kita boleh menulis surat untuk anak-anak kita dan surat tersebut akan diletakkan di dalam "AIA Time Capsule". After kita menulis surat tersebut, pihak AIA akan store dalam time capsule of love yang mana anak-anak kita boleh buka apabila mereka sudah dewasa nanti! Menarik bukan?

Selain tu, setiap surat yang diterima AIA, AIA akan sumbangkan RM1 ke AIA Touching Lives Funds bagi membantu kanak kanak yang mengalami cleft and congenital heart problems.

Sambil-sambil kita meluahkan isi hati untuk tatapan anak-anak kita apabila dewasa kelak, kita menderma kepada mereka yang memerlukan. Yang penting niat kita ikhlas ingin membantu. Apa salahnya mencuri sedikit masa untuk menderma, walau kecil nilanya di sisi kita, namun besar pahalanya di sisi Allah dan besar nilannya pada mereka yang memerlukan..

Mesti ramai yang dan baca dalam blog Abang Ben Ashaari. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh terjah entri dalam blog beliau di SINI. Terima kasih kerana berkongsi berkenaan ini Abang Ben.

Sue ni kalau dapat tulis surat untuk puteri kesayangan Sue yang sorang tu memang touching, sendu, sebak bagai la jawabnya.. Hadirah.. baca ye sayang nanti..

Kalau nak tahu apa yang Sue tulis dalam surat pertama untuk Hadirah tu, boleh tengok kat SINI. (sediakan tisu siap-siap)



Wassalam.

Cabaran 30 Hari : Hari 28 - 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.


Yeay!! Finally on track.. wehuuuu.. Berjaya jugak menyiapkan task #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari ni selama 28 hari termasuk hari ini. Another 2 days to go! Hoyehhh.. Hari ni berjaya update on time.. Dah berapa lama asyik backdated je.. -___-"

Hari 28 - 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"

1. Andainya boleh diputarkan masa ke beberapa tahun ke belakang.. pasti Sue takkan sia-siakan peluang yang telah terbuka luas sebelum ini.. Huhu.. tapi tak menyesal pun. Think positive! Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Percayakan takdir yang telah tertulis untuk kita.. peace!

2. Andainya boleh sambung belajar semula..
Ok..yang part ni memang kena ditimbangtara betul-betul. Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Sebab itulah ianya jadi andainya.. Yang ni tak tahu bila.. Hurmmmmm...

3. Andainya Hadirah ada seorang atau 2 orang adik lagi sekarang ni.. Phewwssss.. rasanya tak cukup kaki tangan mengejar 2, 3 orang kanak-kanak ribena ni. Masing-masing dengan "peel" masing-masing.. Macam mana la gayanya kalau ada 2, 3 orang lagi anak.. Meriah ni.. Hopefully one day akan dapat apa yang dihajati.. Amin.. inshaaAllah..

4. Andainya Sue masih lagi kanak-kanak ribena, mesti bahagia tanpa memikirkan masalah.. Hahaha.. nak ngelat boleh tak.. hoho..

5. Andainya ditakdirkan Sue pergi dulu dijemput Illahi dari kalian semua, Sue mohon ampun dan maaf sekiranya ada antara penulisan Sue dalam blog ini yang telah menyinggung perasaan sesiapa dengan sengaja ataupun tidak sengaja..halalkan segala ilmu yang ditimba dan dicoretkan semula dalam blog ini. Halalkan segala gambar dan foto yang telah ditepek di sini..



Sumber gambar : google

Wassalam.

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari #entrikelabbloggerbenashaari

Shopping Baju Papa + Kidzoona | Aeon Rawang

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Semalam our outing. Saja jalan-jalan.. Ke Aeon Rawang aje la.. Mama Sue nak cari baju Abah Sue and sekali la cari baju Papa Hadirah.. Nak cari sama warna katanya.

Abah Sue je yang tak ikut kali ni..



Time En. Along sibuk dok try baju, Hadirah pun sibuk jugak ikut masuk dalam fitting room.. Haihhhh..



Then lastly bagi je la dia main kat Kidzoona yang dalam Aeon tu.. Kalau tak dia mengacau orang nak shopping.. hoho..











Lepas tu orang semua dah siap shopping bagai boleh pulak tak nak balik.. Nak main lagi katanya... Jenuh la pujuk dia..

Turun level G bawak pi cari kek pulak.. Dah janji nak belikan kek..



Jadi la.. Kek ni pun ok.. Semua tu Hadirah yang pilih. Sekali makan habis jugak satu kek tu.. Suka la tu.. Macam-macam gambar ada tu yang sampai tak tahu nak pilih.. tapi agak mahal la.. 4 biji ni RM10.. huhu.. Demi anak.. Redha je la..

Next time kita tengok wayang pulak ye..

Huwaaa.. rindunya kat Hadirah ni.. Sue dan En. Along dah balik Setia Alam ni.. Tinggal lagi la Hadirah.. Nanti jumpa next weekend pulak la ye.. Raya Aidiladha la kan next weekend ni.. huhu.. Nak raya dah rupanya..

Wassalam.

posted from Bloggeroid

Jom Outing 3 | Gambar Sekitar Taman Botani Putrajaya

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.

Dalam entry yang lepas, Sue dah share pasal Program Jom Outing 3 ini. (SINI)

Kali ini Sue nak share gambar-gambar yang Sue dan En. Along ambil.

EN. ALONG







Actually En. Along tak dapat ambil banyak gambar because of Hadirah. Hadirah asyik nak dengan papa dia je.. Sudahnya En. Along mengasuh Hadirah je la jawabnya... huhu..

SUE













Banyak lagi yang perlu diperbaiki ni. InshaaAllah.. Sue akan cuba memperbaiki seni dalam mengambil gambar-gambar supaya lebih cantik dan menarik. Sorry guys.. Tak banyak gambar cantik pun.. Huhu...


Wassalam.

#JomOuting
#TarmiziShukri
#PerbadananPutrajaya
#AiMediaNET
#TamanBotaniPutrajaya

Jom Outing 3 | Taman Botani Putrajaya

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Beberapa minggu yang lalu, Sue berkesempatan untuk sama-sama turut serta dalam Program Jom Outing 3 yang bertempat di Taman Botani Putrajaya.

Sue siap bawa En. Along dan Hadirah sekali tau.. Boleh la Hadirah jadi model tak bertauliah.. Letih sikit la kalau bawa Hadirah sebab macam-macam ragam dia..

Program Jom Outing 3

Berkenaan dengan Program Jom Outing ini, program ini merupakan satu program yang dijalankan oleh sekumpulan jurufoto amatur di Malaysia. Ianya diasaskan oleh Cikgu Tarmizi Shukri bersama Ai Media Network dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya sebagai penaja lokasi kali ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan skill fotografi kepada para peserta.

Bersyukur juga kerana Sue adalah antara peserta terakhir yang daftar untuk program ini. Dapat je tahu pasal program ini terus cepat-cepat daftar walaupun dah last minute. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Potia Casadelarossa dan DikBee.

Istimewanya program kali ini turut berkongsi ilmu dan pengalaman ialah En. Zakaria, dari pihak Taman Botani Putrajaya dimana beliau merupakan orang yang berpengalaman lama dengan kamera dan beliau mula bermain kamera sejak tahun 1976. Wow! Sue pun belum lahir lagi masa ini. Hebat kan?

Program Jom Outing 3 kali ini masih mengekalkan topik kelas asas fotografi dan kelas pencahayaan. Bagi Sue yang sememangnya baru dalam bidang fotografi, kelas asas sebegini amatlah penting untuk diikuti dan dipelajari. Perlu ada asas dalam fotografi, jika tidak, gambar yang dihasilkan tidaklah menarik. 

Ini merupakan kali pertama Sue dan En. Along join Program Jom Outing yang sudah masuk siri ke 3 ini. En. Along juga berminat sebenarnya dalam bidang fotografi ini. Program sebegini merupakan peluang keemasan bagi kami yang sememangnya masih baru dalam bidang ini. Sekiranya ada lagi program yang sebegini dan bersesuaian dengan masa kami berdua, pasti kami tidak akan melepaskan peluang tersebut.

Walaupun anda bukan pemilik kamera DSLR, anda juga boleh sertai program ini kerana ianya tidaklah tertumpu hanya kepada mereka yang memiliki kamera DSLR namun apa sahaja gadget yang boleh mengambil gambar seperti telefon bimbit, compact camera juga boleh menyertai program ini.

Untung sebenarnya apabila menyertai program sebegini. Ilmu asas fotografi kita dapat, berkenalan dengan peserta lain juga kita dapat. Kita dapat menambah kenalan dan kawan-kawan baru dalam bidang fotografi.

Gambar Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya

Sebenarnya Sue tidaklah sempat nak ambil banyak gambar yang menarik. Sue masih dalam proses belajar menggunakan kamera DSLR ini. So banyak juga gambar yang tak jadi... hahahahaha.. 




Sebahagian gambar yang Sue dan En. Along ambil nanti Sue akan share dalam entri yang lain ye.. Nantikan next entry.. ^___^

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Tarmizi Shukri , Ai Media Network dan Perbadanan Putrajaya untuk program ini.

Tarmizi Shukri
Instagram : tarmizishukri

Ai Media Network
Website : aimedia.my
Facebook : AI MEDIA Network
Instagram : aimedianet

Perbadanan Putrajaya
Instagram : perbadananputrajaya

Wassalam.

#JomOuting
#TarmiziShukri
#PerbadananPutrajaya
#AiMediaNET
#TamanBotaniPutrajaya

Cabaran 30 Hari : Hari 27 - Mood Sue Hari Ini

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Hari 27 - Mood Anda Hari Ini


Mood Sue hari ini of course la HAPPY.. 

Happy la sebab dapat spend time dengan Hadirah tercinta. Today nak pergi jalan-jalan kat Aeon Rawang. Mencari baju untuk En. Along dan Abah Sue. So boleh la bawak Hadirah main kat sana sambil shopping.. wehuuuuu..



Wassalam.

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari #entrikelabbloggerbenashaari

Steamboat Dinner di Cafe@PICC | Putrajaya

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.


Pada 24 September yang lalu, Sue berkesempatan untuk turut serta dalam Majlis Pelancaran Steamboat Dinner di Cafe Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya. Majlis dirasmikan oleh Ketua Chef Cafe PICC, Chef Anuar. Dalam majlis tersebut, beliau telah memperkenalkan menu-menu yang disediakan di Cafe PICC.


Sebenarnya buffet Steamboat di Cafe PICC ini telah pun bermula dari 15 Ogos 2014 lagi dengan menawarkan harga RM35.00 untuk dewasa dan RM18.00 untuk kanak-kanak.

Tapi.. nanti dulu..

Ada diskaun istimewa..
Jangan terkejut..Good news!!

Sempena pelancaran ini diskaun 20% diberikan kepada pelanggan dengan harga selepas diskaun RM28.00 dewasa dan RM14.00 untuk kanak-kanak. Berbaloi kan? Murah pulak tu.. Diskaun ini bermula 25 September 2014 sehingga 31 Disember 2014

Tunggu apa lagi? Jom kita dinner di sana!



Hidangan buffet kali ni menghidangkan pelbagai makanan laut segar, daging, ayam, ikan, frozen food dan sayuran segar selain sos pelbagai jenis yang melengkapkan hidangan. Di sini juga di sediakan pelbagai jenis mee dari kuey tiaw sehingga mi sanggul. Dua jenis kuah steamboat di sediakan iaitu tom yam dan sup. Kuah tomyam yang disediakan sedap dan amat menyelerakan.






Terdapat beberapa stesen mengikut jenis makanan yang di hidangkan antaranya stesen pasta dengan sos Bolognese, Carbonara dan Napolitano. Juadah pencuci mulut seperti buah-buahan, kek, ais kacang dan bubur. Makanan ala-carte seperti mee goreng, nasi goreng juga di sediakan. Air juga beraneka jenis disediakan di sini.






Terima Kasih Team Kelab Blogger Ben Ashaari untuk jemputan kali ini. 

* credit to : Dkna Abza *

Terima kasih juga kepada pihak PICC di atas jemputan dan hidangan makanan yang sememangnya sedap ini. 

***Sue memang dah plan nak datang lagi after Raya Haji tak lama lagi..

Bagi yang ingin membuat tempahan untuk Steamboat Dinner Cafe@PICC Putrajaya , sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau email kumari.nahu@picc.com.my

PICC diuruskan oleh :
Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Facebook : www.facebook.com/piccmalaysia
Twitter : @piccmalaysia

Wassalam.