Yong Tau Foo & Ice-Cream | Taiping

Assalamualaikum. Cinta.


Buka fb, nampak Namia post gambar abc ice-cream hari tu.. Dia makan kat Medan Selera Padang Sarkas (Belakang Balai Bomba) Taiping tu kalau tak silap.. Teringin la pulak..

Malam tu terus ajak En. Along keluar. Semata-mata nak makan ice-cream kat tempat Yong Tau Foo Bomba tu.. Tapi mula-mula En. Along nak bungkus je.. alih-alih semua keluar sekali..

So, Sue and family-in-laws laju-laju bersiap untuk keluar dinner sama-sama di Medan Selera (Belakang Bomba) Taiping. Tapi ini kira late dinner dah ni.. Kami sampai sana pun dah lebih kurang jam 10.30 malam.. Tapi still ramai orang.. Kena tunggu turn nak cari table..

Sementara menunggu makanan sampai...





Ini la kerja kami.. mengisi masa menunggu kami dengan memnuhkan ruang-ruang kososng dalam kamera... lalalalalalala..

Jom tengok apa yang kami order pulak...

* crunch ice-cream *

* banana split *

 * moon ice-cream *

* snowy ice-cream *

Hadirah jadi rambang mata la.. Macam-macam jenis ice-cream ada.. Semua dia nak try.. Siap silap ambil ice-cream dia lagi tu.. Dia order lain tapi ambil papa punya ice-cream.. Hoho.. nampak sangat rambang mata tu.. Siap complain yang dia punya ice-cream takde payung la.. Sebab yang dia order dalam gambar ada payung tapi yang sampai takde payung.. Haihhhh.. macam-macam.. Dah tu makan ice-cream papa pulak tu.. Tu pun sebab ice-cream papa yang sampai dulu..


2 pinggan yong tau foo habis dah.. Licin.. 7 orang sekali makan tak termasuk Hadirah.. 
Hadirah ni bukan reti makan benda-benda macam ni.. Memilih sangat.. -___-"

Rasa nak makan yong tau foo lagi la tiba-tiba.. hahahaha





Senang je nak cari tempat ni.. Kalau orang yang biasa datang ke Taiping sure tahu tempat ni especially yang berasal dari area Taiping.. Lagipun kat sini memang banyak pilihan kedai makan dan gerai yong tau foo ni.. Kat sini la yong tau foo yang sedap yang Sue pernah rasa.. 

Hari tu ada la sekali makan kat Kuala Kangsar.. Tapi kuah yong tau foo kat situ kurang umphhh la.. Huhu.. Jadi tak sedap tapi telan la jugak.. Lapar.. Tak macam yang kat sini.. lain sangat rasanya..

So kepada sesiapa yang nak ke sini, boleh refer alamat seperti di bawah :-

Medan Selera Padang Sarkas @ Belakang Balai Bomba Taiping
Jalan Sultan Abdullah
34000 Taiping, Perak

Wassalam..

2 comments:

  1. terima kasih kerana sudi dtg ke kedai emak saya

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi dtg ke kedai emak saya

    ReplyDelete