[Short Trip 2014] Johor Bharu - Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum. Cinta.


Haaa.. part ni Sue nak cerita kami punya jalan-jalan cari makan. Tu pun mana yang sempat je.. Kalau semua tempat nak try tu kena stay lagi 2-3 hari la.. Tapi sebab kami just ke sini weekend je so memang limited masa nak buat apa-apa pun. Still relax dan tak terkejar-kejar walaupun masa pendek.. Nikmati apa yang sempat...ye tak..

1. Coconut Shake

After settle check-out, kami menuju tempat Cik Nurul interview. Sementara tu sempat la jugak singgah beli coconut shake. Not so sure kalau ini yang paling sedap kat JB ni.. Tapi yang ini yang En. Fariz bawak..


Tapi memang sedap..


Ok.. kalau tanya macam mana nak kedai coconut shake ni, sure Sue tak tahu.. Hahaha.. ingat nak cari lagi next time.. Tapi next time tu tak tahu lagi bila akan ke sana lagi.. -__-"

Korang kalau nak try boleh la ke sini.. Kalau dine in lagi best rasanya. Sue sempat tapau je..

WONDERFUL WORLD COCONUT SHAKE 
54-02, Susur 1, Medan Cahaya,  
Jalan Tun Abdul Razak,  
Wadi Hana, 
80300, Johor Bahru, Johor, 
Google Map Coordinates: 1.467812,103.758683 http://goo.gl/UZ9L53 
Tel: +60 7 296 6443 
Open: Lunch to Dinner

2. ZZ Sup Tulang


After pick up Cik Nurul, terus ke ZZ Sup Tulang. Tempat makan dia memang menarik hati Sue nak datang lagi ke sini. Hadirah lagi suka.. macam main pondok-pondok kan..





Ermmm.. time ni Sue kenyang lagi sebenarnya. Tapi share la sikit dengan En. Along.. Sedap wooo.. licin haaa.. siap sedut sedut lagi tu..

Erk.. lapar pulak bila tengok mee rebus tulang ni.. Hadoi.. mana nak cari kat sini.. Nak kena turun ke JB ni.. Hahaha..

RESTORAN ZZ SUP TULANG
Alamat : Restoran Sup Tulang ZZ
Lokasi : JKR Daerah, Jalan Petri, Johor Bahru
Tel : 012 7227209 / 013 7492671
Waktu Perniagaan : Di buka setiap hari dari pukul 7.00 am – 2.00 am

3. Kacang Pool Haji

Next destination.. Misi mencari kacang pool. 


Selalu dengar orang sebut-sebut kacang pool ni tapi Sue tak tahu pulak rupanya macam mana. Sue imagine something like bubur kacang ke kan..

Sekali yang sampai.. roti dengan kuah ni.. Ouh! Ini rupanya kacang pool. Sedap tau... 


Huwaaaa.. kalau ke mana-mana memang food hunting je la.. Takde kerja lain.. mana nak kurusnya ni.. Haiyooo.. dah berat maa.. Rosak diet iolsss tau.. baju-baju dah semakin mengecil tau.. huhu.. *nangis tepi bucu katil* sob..sob..sob..

After kacang pool ni memang dah tak makan dah la.. Penuh peti simpanan we all tau.. After ni kami siap-siap bergerak pulang ke KL. Tapi... 

nantikan sambungan entri ni ye..
*sorry..banyak siri pulak.. panjang sangat nak cerita.. iolss ni lupa daratan kalau menulis karangan masa zaman sekolah dulu-dulu.. so sama la macam sekarang.. tengokkkkk.. nak berhenti tapi tak berhenti lagi.. see.. ok.. ok.. enough!*

See ya!

Wassalam..

No comments:

Post a Comment