[Salam Jumaat] Fitnah

Assalamualaikum. Cinta.


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)


Namun, manusia hari ini masih lagi membuat fitnah ke atas orang lain tanpa rasa bersalah sedikit pun. Tanpa usul periksa, dituduh si polan melakukan macam-macam perkara.. Sudahnya masyarakat yang cetek pemikirannya percaya bulat-bulat apa yang difitnahkan. Kesal dengan sikap sedemikian rupa segelintir manusia yang tidak takutkan balasan Allah swt.. 

Yang dituduh menjadi mangsa kecaman masyarakat.. Sedih apabila orang yang rapat juga bersekongkol bersama si penuduh.. Dunia..oh..dunia..

Wahai hati-hati yang sedang terluka angkara fitnah ini.. bersabarlah.. Kebenarannya akan terbuka di depan mata.. Wahai hati.. tabahlah dalam menghadapi ujian dan dugaan yang satu ini.. Ingatlah.. jika Allah swt mahu membuka mata setiap insan di sekeliling kalian, maka tiada yang mustahil.. Berdoa..dan terus berdoa.. Moga-moga Allah swt mempermudahkan segalanya.. pihak yang benar pasti menang..



Salam subuh!

Wassalam..

1 comment: