Pemilihan Tarikh | E-Day Adik

Assalamualaikum. Cinta.


Dalam entry checklist yang lepas, Sue ada mention pasal pemilihan tarikh, waktu dan lokasi. Ini juga senarai terpenting dalam checklist. Bukannya apa.. Tak nak la nanti huru hara pulak kan..

So masa family tunang adik Sue dan family Sue discuss nak buat bila, lastly dorang decide nak buat pada hari raya ketiga. Hampir semua saudara mara yang ada available pada hari tersebut. Mula-mula memang plan nak buat pada hari Sabtu which means hari raya keenam tapi memandangkan ramai yang tak available, so decide buat pada hari raya ketiga..

Walaupun berbagai-bagai cabaran dan dugaan datang, namun alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.

Disebabkan majlis pertunangan adik Sue berlangsung pada hari raya ketiga, maka lokasi majlis dibuat di kampung opah sebelah Mama Sue di Kampung Tanah Merah, Kuala Kangsar. Lebih mudah sebenarnya.. Family bakal besan Mama Sue pulak dari Gerik. Ok la tu kan.. Dekat pun dekat..

Kebetulan pada hari raya kedua tu, sepupu kepada En. Tunang adik Sue ni bertunang juga di Kedah, so lepas semua saudara mara dorang ke Kedah terus berkumpul di Gerik pula untuk majlis pertunangan Adik Sue..

Waktu pula asalnya nak langsungkan majlis pertunangan sebelum Zohor tapi ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan makanya berlangsung selepas Zohor. Para jemputan pun dah makan awal dan ada yang dah balik pun.. Yang tinggal saudara mara dekat je..


To be continued..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment