MH17 - Peraturan Hari Berkabung Malaysia | 22 Ogos 2014

Assalamualaikum. Cinta.


Sue ingin kongsikan serba sedikit berkenaan dengan peraturan hari berkabung Malaysia pada 22 Ogos 2014 (hari ini) bagi memperingati tragedi MH17 yang berlaku pada 17 Julai 2014 yang lalu. Sumber gambar dan info adalah daripada blog Ainaa Roseberry dan blog Tengkubutang.

Ini terpulang kepada masing-masing nak ikut ataupun tidak ye.. Tiada paksaan. Ini sebagai penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa yang merupakan rakyat Malaysia yang telah terkorban semasa tragedi MH17 tersebut.



PERATURAN HARI BERKABUNG MALAYSIA

1) Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang diseluruh negara pada hari berkenaan.

2) Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan.

3) Pakai hendaklah warna warna yang suram dan tidak warna terang atau garang. Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih) / selendang hitam.

4) Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan digantikan dengan bacaan Al-Quran dan program berunsurkan keagamaan.


Wassalam.

1 comment: