Makan Nasi Bila Suka

Assalamualaikum. Cinta.

Haaaa.. ni la budak yang seminggu sekali Sue jumpa tu..



Dah la susah nak makan nasi.. Sehari sekali pun belum tentu dia makan. Hai la anak.. susahnnya nak makan nasi.. Hari-hari masak lauk sedap-sedap tapi dia tak nak jugak dia makan.

Seminggu sekali je kita jumpa, cuba makan nasi banyak-banyak everyday.. baru senang hati mummy ni..

Ni pun tadi dah jam 10.30 malam baru minta nak makan nasi. Dah lapar sangat la tu kan sayang... Tapi tak nak mummy suapkan. Tunggu papa suapkan jugak. Anak papa betul la dia ni.. Nasib baik papa pun kebetulan nak makan nasi..

Hadirah ni memang.. kalau ada papa dia, memang melekat dengan papa dia je.. Semua benda nak papa dia buatkan.. Ikut ke mana papa dia pergi.. Haihhhhh.. geram jugak kadang-kadang tu.. sampaikan papa dia sakit kadang-kadang tu pun kena melayan kerenah dia. Tapi bila nak tidur, tahu pulak nak cari mummy. Macam sekarang ni. Nak jugak peluk mummy kan.. Rindu la tu.. kekekekeke..



Tu pun makan sikit je tu.. memang Hadirah sekarang ni kurang makan nasi. Tak macam dulu.

Dulu sumbat la ape aje, dia mesti makan. Since dah pandai memilih ni, hurmmmmm..memang memilih la dia kalau bab makan.

Ni besar dengan susu je ni.. Menyusu sangat kuat. Tak cukup 2 kilo sebulan susu dia. At least 5 kilo sebulan.. huhu.. pengsan mummy.. Tapi takpe la.. asalkan sayang mummy ni sihat. At least makan jugak dari tak makan langsung...

Ok la.. Hadirah pun baru je lena atas pangkuan Sue ni haaa.. sibuk nak tidur atas tangan mummy. Nak mummy peluk katanya. So mummy dia nak tidur jugak la.. baru boleh beradu dengan aman..

Good night!

Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment