Kemeriahan Dalam Kesederhanaan | Aidilfitri 2014

Assalamualaikum. Cinta.

Semalam office Sue ada buat Sambutan Hari Raya Aidilfitri secara sederhana dan kecil-kecilan.. Tak buat seperti tahun-tahun sebelumnya.. Within staff je. Kalau tak macam sebelum ni besar-besaran, invite customer, vendor etc..





Tapi..tahun ni sebagai menghormati tragedi #MH370 dan #MH17 serta tragedi di #GAZA makanya pihak pengurusan TM tidak membuat rumah terbuka or sambutan Aidilfitri secara umum dan besar-besaran.

Alhamdulillah..bersyukur dengan rezeki yang ada..





Department Sue ditugaskan untuk membuat hiasan raya dan juga kuih raya.. So hiasan yang dimaksudkan macam yang gambar atas sekali tu.. Hasil kerja Kak Ema dan staff TA yang lain.. Tq kak! Simple and nice!



Layankan je gambar-gambar kami.. Kami memang suka penuhkan ruang-ruang kosong dalam kamera tu.. Mane tak penuh memori phone.. hahahaha.. Tu pun tak pakai lagi dslr ai.. Kalau tak lagi banyak nak tepek kat sini..







Gambar beramai-ramai ni yang paling best.. Dengan CEO, Datuk Zaini, Director, pihak pengurusan & semua staff yang hadir... Gambar kenang-kenangan dengan En. Shah, our CFO yang akan berpindah ke TM after this..



Siap ada hadiah untuk pakaian raya tercantik lelaki dan perempuan.. Yang paling havoc bila ada hadiah untuk best couple dress.. Haaa.. sebelum dinilai oleh juri time ni la boleh la cari sesapa yang warna pakaian yang sama.. Memang fun habis time ni.. Masing-masing sibuk mencari partner yang sama warna..

Berlawan-lawanlah antara mereka..

Best couple dress dimenangi oleh...





Hasrul & Kak Bahiyah.. Hasbrul ni my sales team.. Kak Bahiyah pulak satu department dengan Sue.. Haaaa.. tengok.. sampin bunga-bunga tu yang tak tahan.. yang tu yang menang.. kekekekeke... Berpeluh dari pagi bersampin bunga-bunga.. Hahaha... Tahniah!



Siap ade band nyanyian lagu raya.. Mereka ni menghiburkan kami semua yang tengah makan-makan ni..

Boleh request request tau uollsss.. Tapi lagu raya je tau..



Sedap-sedap suara mereka ni.. Jom karok! Muahahahaha..

Ermmm.. Salam Aidilfitri lagi sekali sebelum Syawal mengundurkan diri..


Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment