iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Assalamualaikum. Cinta.

Bila bercerita tentang telefon pintar, yes! Sue juga memiliki sebuah telefon pintar bermula dengan Sony Xperia XL, yang bertahan juga untuk bertahun-tahun. Cuma pada awal tahun ini Sue telah beralih kepada Samsung. 

Tapi.. sekarang ini, bila melihatkan iPhone 5s, teringin pula beralih kepada iPhone. Sebenarnya memang dah lama Sue mengidam berkehendakkan iPhone ni. Cuma masih belum rezeki Sue untuk memegang walau pun sesaat telefon pintar iPhone ni. Hanya omong kosong dan angan-angan sewaktu hendak tidur..berharap iPhone masuk dala mimpi.. ^_^


Jadi.. bila terpandangkan contest yang dibuat oleh Tuan Denaihati di blog Denaihati, Sue terus jatuh hati nak join. Walaupun dikira minit-minit terakhir sewaktu entri ini dikarang, namun Sue masih berharap Sue tersenarai sebagai peserta yang bertuah untuk memiliki salah satu iPhone 5s daripada 3 buah iPhone 5s yang ditawarkan sebagai hadiah utama contest ini.

Memiliki iPhone 5s secara percuma memang menjadi gajet impian setiap orang terutama sekali blogger seperti Sue ini. Melalui contest seperti ini, secara tidak langsung telah membuka peluang buat blogger untuk mengembangkan idea dan bakat dalam penulisan untuk entri review di samping mendapatkan gajet mahal secara percuma. Sekurang-kurangnya blogger itu bersungguh-sungguh berusaha mencari idea yang kreatif dan secara tak langsung bakat penulisannya terserlah melalui minda yang bekerja keras.

Kenapa Sue berminat dengan iPhone 5s kali ini?

Ok..ok.. Macam ni..

Kebiasaannya Sue ini seorang yang suka mengambil gambar. Tak kira la di mana Sue berada, memang memori telefon mahupun SD card phone sure penuh dengan gambar-gambar. Sampaikan view langit, awan, pokok pun Sue akan ambil juga gambarnya. Sampai satu tahap, dah ada DSLR pun masih setia menggunakan phone sebagai alat utama untuk mengambil gambar. DSLR sanggup ditinggalkan di rumah asalkan phone ada.

One day, Sue terpandangkan salah seorang kawan Sue yang memiliki iPhone. Ambil gambar, snap sana snap sini. Wow! Cantiknya kualiti gambar yang diambil menggunakan iPhone! Dalam hati, "Eh, tak boleh jadi ni. Rasa nak satu iPhone pulak! Cun woo gambar dia tu

Dari situ start dah tanam impian nak memiliki satu lagi telefon pintar iPhone. Cuma rezeki untuk memiliki iPhone tu tak kesampaian lagi. Hanya mampu menggunakan Samsung saja buat masa ini. Itu pun cukup-cukup aje.


Mengikut sepesifiskasi yang dikeluarkan oleh Apple, kamera iPhone 5S dikatakan hanya 8 megapixels (MP) dengan 1.5 Ultrapixel, lensanya dilindungi penutup lensa kristal batu nilam yang turut digandingkan dengan flash kamera dengan tone sebenar, dan juga menyokong fokus automatik. Fungsi lain bagi kamera belakangnya lebih kurang sama dengan kamera pada telefon pintar yang lain. Kamera depannya pula hanya 1.2 megapixel tetapi disebabkan ianya menyokong HD, gambar yang dihasilkan menjadi lebih besar dan cantik.

Bagi video kameranya pula, dikatakan menyokong rakaman sehingga 1080p . Ianya amat penting bagi seseorang yang berminat untuk merakam detik-detik penting seperti dalam event yang kita hadiri dengan kualiti yang agak hebat. Sue ada juga terbaca tentang fungsi yang agak menarik yang ada pada iPhone 5s ini iaitu fungsi menangkap gambar ketika rakaman sedang berjalan dan juga slow motion. 

Fungsi tangkap gambar ketika rakaman sedang berjalan memang memudahkan kita as a pengguna yang gemarkan mengambil gambar dan merakam sesuatu kejadian dalam masa yang amat singkat apabila sesuatu kejadian tersebut berlaku. Satu lagi fungsi yang menariknya iPhone 5s ini iaitu slow motion, di mana kita boleh mengambil video yang bergerak laju tetapi kita hendak bagi nampak dengan jelas apa yang berlaku, kita gunakan fungsi slow motion ini.

Itu adalah antara sebab-sebab utama Sue jatuh cinta dengan iPhone 5s ini. ^_^


Selain itu, iPhone dikatakan susah untuk hang. Biasa la.. Kalau dah namanya memiliki telefon pintar ni, for sure nak install macam-macam aplikasi. Social networking saja dah berapa aplikasi, seperti twitter, facebook, wechat dan lain-lain lagi. Itu belum lagi aplikasi messaging, email dan sebagainya. Bila dah banyak sangat aplikasi yang digunakan, memang phone akan hang. Tapi iPhone berlainan. Susah untuk hang walaupun banyak mesej whatsapp masuk bertalu-talu. *fall in love again*


Bila dibelek di alam maya, dari segi keselamatan iPhone 5s ini memang memuaskan. Ini kerana telah ada fungsi Touch ID sekarang ini. Fungsi Touch ID ini adalah apabila kita lupa password untuk membuka iPhone 5s ini, kita cuma perlu touch guna jari kita saja, secara automatik phone kita unlock dengan sendirinya. Senang bukan? Kita tidak perlu risau kerana orang lain tidak boleh buka phone kita selain tuan punya phone. Menarik tak?



Lagipun iPhone 5s ini lebih nipis dan ringan. Mudah untuk dibawa ke mana-mana. Sebagai seorang blogger, lebih mudah untuk mengambil gambar, update entri serta menyemak email dan pesanan penting sekiranya berada di luar. Kerja-kerja harian juga menjadi lebih pantas dengan bantuan iPhone 5s ini. *waaa..meleleh air liur tengok iPhone 5s ni* 


Bila tengok kawan-kawan post pasal contest Denaihati ni, terus bersemangat untuk turut serta dalam contest ni walaupun sekejap lagi dah nak tamat. Ingat nak join semalam tapi tak berkesempatan. Malam ni baru ada masa.. Besar harapannya untuk tersenarai sebagai salah seorang pemenang. Sekiranya ada rezeki, inshaaAllah takkan ke mana. Kalau tiada rezeki kali ini pun, akan diusahakan untuk memiliki sebiji iPhone ni.. moga dipermudahkan.. amin..

Penaja contest :-

Penaja Utama


Wassalam.

6 comments:

  1. Semoga berjaya kak Sue!!! Ena doakan yang terbaik

    ReplyDelete
  2. Iphone5s ni kalau peminat fotografi mmg best guna.. Dah experience sendiri.. Tapi kalau dapat satu lagi best gak nih... Hehe.. Btw, all the best Sue! ^^,
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  3. Salam.... moga berjaya ke pringkat seterusnya.

    ReplyDelete
  4. gud luck sue..moga i-phone 5 dalam genggaman...

    ReplyDelete
  5. Salam kemerdekaan kali ke-57. Semoga terpilih ke cabaran seterusnya. Insya Allah... Moga ada rezeki untuk anda untuk impian miliki gadget canggih iPhone 5S. Ada masa baca entri yang saya pula.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete