Hantaran | E-Day Adik

Assalamualaikum. Cinta.

2. Tarikh

Kali ini Sue akan bercerita berkenaan dengan hantaran pertunangan adik Sue pula ye.. 


a. Bilangan Hantaran
Kalau ikut adat orang Melayu, barang hantaran yang diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan biasanya lebih daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

Hantaran pihak kami pula adalah sebanyak 9 dulang berbalas 7 dulang daripada pihak lelaki. Itu pun setelah saudara-mara yang menambah dulang..



b. Tema Hantaran
Adik Sue ni memang nak sama tema warna eh dengan kakak dia? Purple jugak yang dipilih.. -__-"

Tema purple putih dipilih oleh Adik Sue.. tu pun after kami membeli belah barang keperluan terbekenan kat warna purple jugak..bunga untuk hiasan hantaran, kami beli warna purple belacan.. *saje kan pilih purple.. nak sama dengan tema kahwin Sue la tu..macam takde colour lain kan.. grrrrr..*

Tema hantaran pihak lelaki pula, warna merah hitam. Kontra kan.. Meriah uolssss..


c. Gubahan Hantaran
Kalau nak diikutkan sebenarnya Sue tak berapa nak ingat bajet sebenarnya untuk gubahan hantaran ni. Semua gubahan hantaran pihak perempuan, Mama Sue yang buat sendiri. Bekas-bekas hantaran tu pun recycle je bekas untuk hantaran masa kahwin Sue dulu tu.. Cuma tambah satu or dua bekas je sebab tak cukup bekas. Hiasan pun tukar la sikit ikut tema.

Pandai mama Sue reka gubahan hantaran ni kan.. Simple but so nice.. Kena dengan tema. Sue pun terbekenan pulak.. (Errr..nak rasa bertunang jugak.. boleh tak En. Along?) Hehe.. yang penting jimat.. Tak perlu upah orang untuk hiaskan.. Silap haribulan, RM50 sedulang tau melayang untuk upah orang... phewwwwsss... better buat sendiri. Puas hati.

Bahan-bahan untuk gubahan je rasanya dah RM400++ (bunga, reben, kain renda, kotak, manik, etc).



d. Senarai Hantaran
Hantaran perempuan (9 dulang)

1. Kain pasang untuk baju Melayu (akad nikah) - warna Putih (RM100++ - beli di Jakel Shah Alam)
2. Sampin (RM500++ - beli di Jakel Shah Alam *paling mahal.. T_T*)
3. Kek tunang (sponsor oleh MakUsu - Adik Mama Sue)
4. Potpourri (7 bekas x RM 2 - gubahan sendiri oleh Mama Sue)
5. Sejadah (RM30++ - beli di Jakel Shah Alam)
6. Coklat - Ferrero Rocher
7. Jeli (sponsor by saudara-mara)
8. Sirih junjung (gubahan sendiri oleh Mama Sue)
9. Kuih - Dodol Berbentuk Ikan (kalau tak silap sebab tak sempat tengok) (sponsor oleh Mak Lang - Adik Abah Sue)





Hantaran lelaki (7 dulang)

1. Kek
2. Buah-buahan
3. Biskut
4. Coklat - Ferrero Rocher
5. Cincin tunang
6. Coklat
7. Tepak sirih






eh..coklat sama la dua-dua belah.. Hahahaha.. ^_^


Wassalam..

1 comment: