Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta | Salam Kemerdekaan Malaysia

Assalamualaikum. Cinta.


31 Ogos..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Alhamdulillah.. Bersyukur kerana kita masih berpeluang menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57 tahun. Betapa bertuahnya kita dilahirkan di bumi Malaysia ini.


Terima kasih yang tak terhingga buat pejuang-pejuang negara yang telah mempertaruhkan nyawa berjuang untuk memerdekakan negara kesayangan kita ini, Malaysia. Jika tidak, mampukah kita mengecapi kemerdekaan hari ini? Syukur.. Alhamdulillah..

Di sini lahirnya sebuah cinta.. Tema hari kemerdekaan tahun ini. Tema ini sememangnya bersesuaian kerana menunjukkan semangat patriotisme bermula dengan hati. Apa sahaja perbuatan, bermula dari hati. Hati yang menggerakkan setiap perbuatan. Manakala akal fikiran menimbang baik buruknya sesuatu yang ingin dilakukan itu.

Namun.. sedih sebenarnya. Kita masih belum merdeka sepenuhnya. Kenapa?

Lihatlah sekeliling kita.. Masih banyak lagi kes-kes jenayah, penderaan, kes buang bayi, anak-anak muda yang rosak akidahnya sehingga sanggup memukul ibu bapanya.. Merdekakah kita?


Sama-samalah kita berdoa semoga kita dijauhkan dari segala musibah. Bersamalah kita membendung masalah yang kian meruncing ini demi kejayaan dan masa depan anak bangsa kita. Merdekakanlah diri dan minda kita daripada jajahan mana-mana pihak yang tidak sepatutnya. Moga Malaysia terus aman dan damai.

SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Lirik Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Lirik Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

Wassalam.

Gambar : exract from google


pssttt.. meremang bulu roma setiap kali dengar lagu warisan..

No comments:

Post a Comment