Checklist Ringkas Persiapan Pertunangan | E-Day Adik

Assalamualaikum. Cinta.


Serba sedikit Sue akan story pasal persiapan pertunangan adik Sue tempohari. Sebagai kenang-kenangan dan untuk rujukan masa hadapan juga ni.. Alhamdulillah.. Adik Sue dah selamat menjadi tunangan orang. InshaaAllah panjang jodoh tahun depan rasanya dorang menikah.. Hehe... 

Adik.. take care ok.. Banyak-banyakkan bersabar ye.. Macam-macam dugaan akan datang nanti, so hadapinya dengan tenang dan sabar ye dik.. Berdoa banyak-banyak semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah swt..

Masa Sue dulu Sue takde pun rasa "alam pertunangan" ni.. Sue tak buat pun. Cuma ada merisik aje. Then family masing-masing discuss untuk pernikahan je. Ini pun atas permintaan En. Along supaya tak buat majlis pertunangan kami. Alhamdulillah.. smooth je..

Ok.. sebelum tu kita buat checklist satu-satu apa yang perlu ada..

Ringkasan Checklist Pertunangan :-

1. Tarikh : Pilih tarikh, waktu & tempat (pelamin atau bilik tidur)
2. Hantaran : Tentukan jumlah hantaran lelaki dan perempuan – Cth: 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) (Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)
3. Tema Hantaran : Pilihan Tema hantaran
4. Gubahan Hantaran : Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat)
5. Baju Tunang : Pilihan Warna pakaian L/P – Bergantung pada tema
6. Barang Hantaran : Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Perempuan = 7 (listkan barang-barang yang hendak diberi) Lelaki = 5 (listkan barang-barang yang hendak diberi)
7. Wang Hantaran : Tentukan jumlah wang hantaran & mas kahwin. Inform kepada wakil awal-awal nanti supaya tiada salah faham atau salah info semasa majlis berlangsung
8. Cincin : Cincin tunang & risik – 2 cincin (ikut pilihan sendiri either nak bagi 2 sekali or nak bagi cincin tunang je pun boleh)
9. Pelamin : Pilihan Pelamin - Sesetengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yang dihias cantik.
10. Makeup : Pilihan untuk make-up sendiri atau mak andam. Sebaiknya makeup soft & natural.
11. Jurugambar : Sendiri atau upah orang
12. Jamuan Makan : Sediakan bajet jamuan makan – Katering atau pun masak sendiri
13. Jumlah Tetamu : Tentukan jumlah tetamu yang akan dijemput utnuk memudahkan perkiraan jamuan makan.
14. Wakil Untuk Majlis : Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp – Biasanya orang tua yang berpengalaman
15. Jumlah Ahli Keluarga : Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Cth: (L ) -7 orang, (P)- 10 orang
16. Goodies : Tentukan samada hendak beri goodies kepada tetamu ataupun tidak. Sesetengah orang tak beri pun goodies kepada tetamu. Depends kepada tuan rumah.
17. Khemah dan Kerusi : Kebiasaanya kalau tempah catering boleh ambil pakej sekali khemah dan kerusi. Tapi boleh juga ambil asing-asing.
18. Candy Booth / Photobooth / Props : Depends kepada tuan rumah samada nak tambah candy booth or photobooth.

Ini serba sedikit checklist yang Sue rasakan perlu disemak oleh bakal pengantin dan keluarga sebelum majlis bertunang. Ini akan memudahkan untuk membuat bajet, persediaan barang-baranng dan lain-lain lagi.

Details untuk checklist ini akan Sue update satu per satu nanti.. Tungguuuu...

Wassalam

1 comment:

  1. waaaah tunang dah ini checklistnya.. kawen lagi banyak huhuhu..
    seram hahahak..

    ReplyDelete