Ceritera Hari Raya Keenam | Aidilfitri 2014

Assalamualaikum. Cinta.

Orang lain dah sibuk nak balik ke rumah masing-masing setelah bercuti panjang, tapi kami baru nak beraya ke rumah saudara-mara.. Masa ni la yang ada pun nak berkumpul ramai-ramai..

Actually, masa raya keempat dan kelima tu kami tak ke mana-mana pun. Duduk di rumah.. berehat.. Selesaikan apa yang patut terlebih dahulu.

Sebelum kami keluar beraya, apa lagi.. memenuhkan ruang-ruang kosong kamera tu.. sejam dua jugak la.. nak bersiap lagi.. Tu yang lambat gerak tu.. hahaha..


Kami sedondon ye kali ni.. Beli baju dah siap je sama-sama hari tu.. Merah baq hang! Hadirah je lain sikit.. takde saiz Hadirah yang sama dengan kami..





Rumah yang pertama... 
Kami ke rumah Mak Teh.. Makcik En.Along (adik abah mertua Sue) kat Taman Bakar Arang, Sungai Petani..


 * peminat kerepek *

* sesi membelek album lama *


Rumah yang kedua..
After beraya rumah Mak Teh kami ke rumah Makcik Umi pulak kat Taman Seraya, Sungai Petani.. Bawak sekali Mak Teh sekeluarga..



Rumah yang ketiga..
Then kami ke rumah Mak Lang kat Taman Sri Kota, Pantai Merdeka.. Angkut sekali Makcik Umi.. Pakcik pun takde.. kerja.. So angkut semua sekali beraya sama-sama.. Baru la meriah..


Kat rumah Mak Lang ni memang posing sakan la.. Sebabnya ada sawah padi kat belakang tu.. Banyak lagi gambar sebenarnya.. Nanti nanti Sue update.. Yang ni gambar bersama dengan saudara-mara belah abah mertua Sue..


Rumah yang keempat..
Then kami balik ke kampung kat Kampung Sungai Emas, Kota Kuala Muda.. Menziarah Tok Su.. Siap makan nasi pulak kat rumah Tok Su.. Tu rumah yang paling lama kami singgah.. Sebabnya Tok Su tahan suruh tunggu nak makan nasi.. hehe..

Kat rumah Tok Su ni kami siap tukar baju dah.. Tak tahan dah nak tukar baju.. Tak larat nak pakai baju kurung lama-lama.. Masing-masing tukar baju.. Mama je yang tak tukar.. Hadirah siap mandi dah..

Huwaaaaa... bertambah lagi la 2 kilo.. Haihhhh.. jenuh nak kurus balik ni.. Asyik makan je kejenye..

* ni adik-beradik abah mertua Sue.. yang dah takde cuma arwah Pak Ngah.. *

Rumah yang terakhir..
Lastly kami ke rumah sepupu abah.. Rumahnya di Bandar Perdana, Sungai Petani..


Itu je la ceritera raya keenam kami.. Nanti Sue sambung pulak ceritera raya ketujuh pulak... Last day beraya sebelum masing-masing balik ke rumah masing-masing bak kata orang balik ke KL.. huhu..

Wassalam..

5 comments:

  1. wah masih terasa mood raya dengan merah sedondon..salam lebaran dari ana..singgah raya kat sini malam ni..:)

    ReplyDelete
  2. merah..memang warna yg cukup meriah..selamat hari raya..

    ReplyDelete
  3. Hamboi meriahnya seronoknya.... cantik warna baju..

    ReplyDelete
  4. Cantik baju bila sedondon....meriah raya bila dapat berkumpul ramai2...

    ReplyDelete