Ceritera Hari Raya Kedua | Aidilfitri 2014

Assalamualaikum. Cinta.

Okeh.. semalam kan Sue ada story pasal raya pertama hari tu.. Pagi ni Sue nak story pasal raya kedua pulak.. Sue still ada di kampung opah Mama Sue time tu..

Time ni la memang banyak keje nak buat.. Sebabnya hari raya ketiga adik Sue nak bertunang.. Itu la kisahnya kenapa ada khemah masa hari raya kat rumah opah Sue tu..

Pagi raya kedua tu kami semua dah sibuk-sibuk dah.. Masing-masing ada kerja masing-masing..

Pagi tu Sue dan En. Along keluar ke bandar Kuala Kangsar.. Mencari barang keperluan yang mana tak cukup lagi tu.. Bahan-bahan kek, bunga untuk sireh junjung, lampu tambahan untuk pelamin dan lain-lain lagi.. Sempat la jugak kami berdua singgah makan cendol, abc dan laksa tepi sungai Kuala Kangsar tu.. Hahaha.. Tu yang lambat balik.. Ampun bonda.. hehe..


Masa dok tengah tengah kemas tu tiba-tiba pasu bunga kat pelamin tu pecah pulak.. Biasa la.. kalau dah ada budak-budak jenuh la nak melarang.. Tak sengaja.. nak buat macam mana kan.. -__-"

Dah satu hal nak mencari pasu pulak.. petang tu Sue dengan adik keluar ke Kuala Kangsar.. Jenuh pusing satu pekan cari pasu.. Lastly kami beli pasu biasa je. Tu pun itu je yang kami jumpa.. kat kedai 5 ringgit pulak tu.. Nama kedai tu "5 Ringgit".. Banyak kedai tak buka lagi so agak sukar nak cari pasu yang kami nak.. Adik dah siap bagitahu kat akak yang kami tempah pelamin and catering tu pasal pasu yang pecah tu.. Dia pun tak dapat nak tolong sebab dia beraya kat tempat lain.. Dia pun suggest kedai yang kami jumpa pasu tu.. Itu kedai terakhir yang kami boleh cari sebab semua kedai lain dah tanya and cari tak jumpa.. Kat situ je la yang kami boleh pilih pasunya.. Ada la jugak pilihan tapi tak banyak.. yang cantik cuma ada satu je.. Kami terus beli dua sekali.. takkan la nak ganti satu je kan.. sebelah lain sebelah lain pulak ye tak..

Adik pun apa lagi.. dah penat mencari pasu.. terus ajak makan cendol and laksa.. Lega dah jumpa pasu yang dicari.. Kebetulan depan kedai tu ada orang jual cendol dengan laksa.. Kiranya 2 kali la Sue makan laksa hari tu.. Hahahaha.. habis la.. turun 3 kilo bulan puasa, naik 5 kilo raya ni.. Hahahaha..



Balik dari Kuala Kangsar, terus sambung kerja apa yang patut.. 

Sampai jam 4 pagi Sue berjaga siapkan kerja-kerja yang tak siap.. siap tercedera sikit.. Tu pun agaknya sebab mengantuk la tu.. Sampai cedera bagai..melecur sikit.. terjatuh atas gam tembak yang panas tu.. Tak sure nama saintifiknya apa.. Tapi gam yang selalu orang guna nak gam bunga ke, gam reben ke.. yang guna elektrik tu.. stail tembak tembak.. 

Atas gam tembak tu la Sue terjatuh.. Hahaha.. dah besar-besar pun boleh jatuh atas menatang tu.. melecur la tangan Sue.. pedih wooo.. T__T Kalau kena air nangis.. hahaha..

Paksu pulak mengecat rumah mana yang tak siap cat lagi tu sampai jam 3 pagi. Then paksu and maksu balik Ipoh.. Pagi esoknya baru dorang berdua datang balik..

Itu je la yang kami buat sepanjang hari raya kedua.. Takde beraya sakan dah kali ni.. Ceritera seterysnya coming soon... Ngeeee~~~

***tengah taip entry yang tertangguh and auto publish***

Wassalam..

No comments:

Post a Comment