Bila Pengantin Ada Di Rumah...

Assalamualaikum. Cinta.

Semalam kat rumah KKB ni ada jemputan kenduri. Anak kawan Mama Sue. Tapi ni kira kenduri menyambut menantu la.. Pihak lelakinya la kawan Mama Sue..

Disebabkan tak ada tempat nak make up kan pengantin perempuan + nak bersiap, prepare nak berarak, makanya kawan Mama nak tumpang rumah kami..

Hadirah pulak kemain suka lagi tau.. Tengok pengantin make up dan bersiap..



Sue pun tolong tolong jugak pengantin perempuan tu.. Sue tak kenal pun. Tapi sembang sembang macam kawan lama.. Hahahahaha.. Nama pun tak tahu masa tu.. Dengar orang panggil je.. kekekekekeke..

After pengantin bersiap, terus Sue dengan Hadirah bergambar. Alang-alang dah ada kat rumah kan.. Nanti segan pulak..



Hadirah kemain lagi nak pakai baju princess.. bersiap kemain awal.. lepas tu ke sana ke mari tengok orang keluar masuk rumah.. kejap kejap intai dalam bilik pengantin bersiap.. Hahaha.. adoi..

Memang Hadirah ni berkenan sungguh nak tengok pengantin.. Kalau on pc mesti nak tengok pengantin katanya... Dah pandai buka kat youtube pulak tu.. Video kahwin mummy dia pun dia dah hafal.. Selalu sangat tengok video kahwin mummy.. Hahahaha.. segan mummy tau..

Selamat pengantin baru buat Alang & wife.. errrr..tak ingat pulak namanya.. Maaf Alang & wife.. hehehe.. Hari ni wife Alang tu kerja. Semalam kenduri, hari ni dah kerja.. kesian dia.. tapi tu la.. itu lah tanggungjawab yang perlu dipikul..

Ok la.. nanti Sue sambung cerita pasal kenduri Alang ni.. best tau.. sebab Sue first time tengok kenduri kahwin bawah pedang dekat dekat.. selalu tengok dari jauh or tak tengok langsung.. heeeee...

Wassalam.
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Gigihnya pengantin ye.. Lepas kenduri esoknya terus kerja.. Bertabah jela.. Btw, selamat pengantin baru buat mempelai.. ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete