5:49:00 PM

Bila Pengantin Ada Di Rumah...

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Semalam kat rumah KKB ni ada jemputan kenduri. Anak kawan Mama Sue. Tapi ni kira kenduri menyambut menantu la.. Pihak lelakinya la kawan Mama Sue..

Disebabkan tak ada tempat nak make up kan pengantin perempuan + nak bersiap, prepare nak berarak, makanya kawan Mama nak tumpang rumah kami..

Hadirah pulak kemain suka lagi tau.. Tengok pengantin make up dan bersiap..



Sue pun tolong tolong jugak pengantin perempuan tu.. Sue tak kenal pun. Tapi sembang sembang macam kawan lama.. Hahahahaha.. Nama pun tak tahu masa tu.. Dengar orang panggil je.. kekekekekeke..

After pengantin bersiap, terus Sue dengan Hadirah bergambar. Alang-alang dah ada kat rumah kan.. Nanti segan pulak..



Hadirah kemain lagi nak pakai baju princess.. bersiap kemain awal.. lepas tu ke sana ke mari tengok orang keluar masuk rumah.. kejap kejap intai dalam bilik pengantin bersiap.. Hahaha.. adoi..

Memang Hadirah ni berkenan sungguh nak tengok pengantin.. Kalau on pc mesti nak tengok pengantin katanya... Dah pandai buka kat youtube pulak tu.. Video kahwin mummy dia pun dia dah hafal.. Selalu sangat tengok video kahwin mummy.. Hahahaha.. segan mummy tau..

Selamat pengantin baru buat Alang & wife.. errrr..tak ingat pulak namanya.. Maaf Alang & wife.. hehehe.. Hari ni wife Alang tu kerja. Semalam kenduri, hari ni dah kerja.. kesian dia.. tapi tu la.. itu lah tanggungjawab yang perlu dipikul..

Ok la.. nanti Sue sambung cerita pasal kenduri Alang ni.. best tau.. sebab Sue first time tengok kenduri kahwin bawah pedang dekat dekat.. selalu tengok dari jauh or tak tengok langsung.. heeeee...

Wassalam.
posted from Bloggeroid
1:00:00 PM

[Vacation 2014] Cameron Highlands - Taman Bunga & Kaktus

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Part 1 - Copthorne Hotel
Part 2 - Simple Dinner

Our first destination..

Taman Bunga & Kaktus

*tak ingat nama penuh.. main singgah je ni.. nampak tepi jalan, terus singgah..*





Sekejap je kami kat sini.. tengok-tengok bunga je.. Tak beli apa pun rasanya.. *haha..berkurun nak update..memang la tak ingat*

Ok la.. next destination lagi banyak gambar menarik.. ^_^

To be continued..


Wassalam.
10:44:00 AM

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta | Salam Kemerdekaan Malaysia

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


31 Ogos..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Alhamdulillah.. Bersyukur kerana kita masih berpeluang menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57 tahun. Betapa bertuahnya kita dilahirkan di bumi Malaysia ini.


Terima kasih yang tak terhingga buat pejuang-pejuang negara yang telah mempertaruhkan nyawa berjuang untuk memerdekakan negara kesayangan kita ini, Malaysia. Jika tidak, mampukah kita mengecapi kemerdekaan hari ini? Syukur.. Alhamdulillah..

Di sini lahirnya sebuah cinta.. Tema hari kemerdekaan tahun ini. Tema ini sememangnya bersesuaian kerana menunjukkan semangat patriotisme bermula dengan hati. Apa sahaja perbuatan, bermula dari hati. Hati yang menggerakkan setiap perbuatan. Manakala akal fikiran menimbang baik buruknya sesuatu yang ingin dilakukan itu.

Namun.. sedih sebenarnya. Kita masih belum merdeka sepenuhnya. Kenapa?

Lihatlah sekeliling kita.. Masih banyak lagi kes-kes jenayah, penderaan, kes buang bayi, anak-anak muda yang rosak akidahnya sehingga sanggup memukul ibu bapanya.. Merdekakah kita?


Sama-samalah kita berdoa semoga kita dijauhkan dari segala musibah. Bersamalah kita membendung masalah yang kian meruncing ini demi kejayaan dan masa depan anak bangsa kita. Merdekakanlah diri dan minda kita daripada jajahan mana-mana pihak yang tidak sepatutnya. Moga Malaysia terus aman dan damai.

SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Lirik Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Lirik Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

Wassalam.

Gambar : exract from google


pssttt.. meremang bulu roma setiap kali dengar lagu warisan..
8:00:00 PM

Timbang Berat Blog 1

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Masa tengah blog-walking tadi, ternampak entri Kak Mia Liana pasal timbang berat blog. So laju laju Sue terjah blog Kak Mia..

Ok.. hasil berat blog Sue setelah ditimbang -->


Sedihnya.. berat betul blog Sue ni..

Saiz : 145.05 KB
Load Time : 0.59 seconds
Average : 0 seconds

Bagi sesiapa yang nak check berat blog boleh la jenguk entri Kak Mia yang INI.

Kata Kak Mia,

"Seeloknya sekali dalam sebulan kita haruslah semak blog kita ini. Pastikan jangan sampai melebihi 150KB (setahu Mia untuk pengguna platform blogspot). Kalau dah terlebih, perlu buang mana sahaja widget atau coding luar yang tidak berkenaan."

Huwaaaa... nak kena buang beberapa benda ni.. nak mengadap coding lagi la.. tu yang lemah tu... Sekarang memang tak sempat.. Nanti la kalau ada masa, akan Sue godek-godek lagi.. -___-

Hahaha.. dulu-dulu masa aktif dengan blog lama Sue tu, memang dah boleh dah la mengadap coding sikit-sikit tu.. photoshop pun dah pantas guna.. Setakat nak edit blog yang simple simple tu, kacang je la.. untuk tatapan sendiri ok la.. Kalau nak buatkan untuk orang lain, memang tak la jawabnya..

Tapi lama sangat dah tinggal, memang merangkak la jawabnya.. Lama dah tak practice berkaitan coding.. bab bab coding ni kena selalu godek-godek, baru la ingat.. Ni dah setahun ke, dua tahun ke, tiga tahun.. entah.. lama sangat dah tinggal.. Memang dah tak pandai jadinya..

Ni pun nak membetulkan a few setting pun still terkial-kial.. camne tu?
So.. kena pelan pelan kayuh la nampak gayanya... T_T


**auto publish - on the way balik kampung ni.. **


Wassalam.
4:00:00 PM

[Vacation 2014] Bukit Tinggi - Day 2 (Part 2)

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


pssttt.. sebelum habis tahun 2014 ni, confirm baru habis update.. -___-" 
ok..ok.. ni entry last untuk vacation kat Bukit Tinggi ni.. *promise*

Animal Park again..

Hadirah bukan main suka lagi dapat main dengan arnab, rusa tu.. Tu yang sebelum turun untuk balik, singgah lagi sekali kat Animal Park ni.. ^_^

Layan gambar je la ye.. hehe..






Huwaaaaaaaaaaaa... Hadirah tak nak balik...


Waaaaa... Finally.. habis jugak entri Bukit Tinggi ni.. Tapi.. ni yang holiday kami bertiga je.. Ni belum update cerita yang kami ke sini lagi dengan my family-in-law ni.. phewwssssss...

***nanti eh...

Wassalam.
10:30:00 AM

[Vacation 2014] Cameron Highlands - Simple Dinner

by , in
Assalamaulaikum. Cinta.


Punya la lama nak siapkan entri macam ni.. haihhhh.. apa la nak jadi ni Sue oii.. Hahahaha.. ni tahap apa kemalasan ni..??


Sorry.. -___-"


Sebelum keluar dinner on the first day sampai tu, we all as usual.. memenuhkan ruang-ruang kosong dalam memori telefon la.. At that time, still takde kamera lain lagi.. Mengharapkan phone semata-mata..



Then kami keluar dinner tapi dinner simple je.. Main pergi je kedai yang ada..


Jalan-jalan petang kejap sebelum singgah kedai makan..

Disebabkan dah nak malam, so esoknya je la baru nak round round kawasan sekitar.. Dah siap plan nak ke sana ke sini dah ni..


Ermmmm.. tapi.. kedai ni sebenarnya tak kena dengan selera Sue la.. Seriously kureng... huhu.. So tak mention la ye kat sini ni kedai mana.. *nangis* dapat nasi macam ni.. Nampak sedap, tapi jangan tertipu dengan rupanya ye.. Memang sekali ni je la ye we all datang sini.. -___-" No more next time.. hurmmmmm..


Wassalam.


p/s : auto publish sebab busy dengan kenduri kahwin orang & nak balik kampung..
3:27:00 PM

Tote Beg Pilihan Selebriti!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Since dah ada anak ni, Sue pun dah berubah gayanya. Kalau keluar single single dengan kawan-kawan or dating dengan En. Along, ok la lagi. Still gaya simple and handbag kecil je Sue usung ke sana ke mari..

Kalau nak keluar jalan-jalan ke mana-mana, especially bila keluar dengan my kesayangan, Hadirah, pasti Sue akan sambar tote bag.. Oh! Sangat tak relevan nak bawak handbag biasa/bersaiz kecil. Dah tak mampu nak tampung segala mak nenek barang Hadirah.. Tak muat tau..

Tote bag tu apa??

Ok.. meh sini.. Sue nak bagitahu tote bag tu apa..



Tote bag adalah jenis handbag yang mempunyai ruangan yang cukup luas dan pemegang yang tidak boleh dilaraskan (dan tidak panjang).



Kita semua tahu kan, wanita dan handbag tak dapat dipisahkan. Handbag ni adalah aksesori terpenting bagi seseorang wanita, right?

Macam-macam kita nak isi dalam handbag tu kan.. Selain untuk mengisi barang keperluan peribadi kita, handbag juga bertindak sebagai simbol yang menyerlahkan lagi personaliti dan karisma seseorang wanita itu.

Pelbagai pilihan beg yang boleh digayakan seperti tote bag, shoulder bag, sling bag dan hobo bag. Kebanyakkan wanita kini memilih untuk menggayakan tote bag sebagai pilihan utama kerana boleh mengisi muatan yang banyak.

Jom kita lihat diantara selebriti yang memilih untuk bergaya bersama beg tote kegemaran mereka!

1.      Angelina Jolie



2.      Kourtney Kardashian


3.      Miranda Kerr



Ingin kelihatan bergaya persis selebriti ternama ini? Anda hanya perlu berpakaian ringkas, cukup dengan sehelai dan jeans tetapi lakukan sedikit ‘magic’ dengan membawa tote bag sebagai aksesori utama anda! Tunggu apa lagi? Layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga untuk koleksi handbag online yang berkualiti dan terkini daripada jenama-jenama hebat. ZALORA juga menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda. Selamat membeli-belah :)


Psssttt.. Sue nak shopping Tote Bag jugak ni.. Heeeee..


Wassalam.
11:03:00 AM

Berdoa Di Pagi Hari

by , in
Assalamualaikum. Cinta.





Moga hari ini lebih baik dari semalam..

Jom kita bekerja!!


Wassalam.
posted from Bloggeroid
3:29:00 PM

Stress

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Stress. Setiap hari. Setiap masa. Setiap orang. Ada kan stress tu? Tipu la kalau takde.. Pasti jumpa jugak dengan stress tu.

Sometime kita perlu untuk luahkan apa yang terbuku di hati. Nak nak pulak bila stress. Cuma..kadang-kadang tu rela pulak abaikan perasaan sendiri. Malas nak kacau katanya. Kacau perasaan. Kacau kerja. Kacau orang..hahahaha..



Ok..ok.. back to the stress..

Kena pandai tangani stress ni, right? So.. dengan lafaz bismillah...tarik nafas panjang-panjang..hembus.. lapangkan dada.. Kita sabar ok.. Selesaikan masalah tu.. Kalau tak boleh juga, tenangkan diri.. Kalau tak tenangkan diri macam mana kita nak face dan selesaikan masalah tu kan.. kelam kabut jadinya nanti.. tak rasional keputusan yang dibuat dalam keadaan stress..

Hurmmmm.. the most important thing, dekatkan diri dengan Dia. Tak salah mengadu.. Better mengadu dengan Dia.. Dia Maha Mendengar, Maha Memahami.. malah Dia juga boleh membantu kita.. Cuma perlu bersujud dan berdoa.. mohon petunjuk dan pertolonganNya.. bertawakal kepadaNya.. right?

Ambil la masa sikit untuk "dating" dengan Dia.. kita akan lebih tenang.. Percayalah.. Lagipun Dia juga yang bagi kita pinjam "masa" yang kita ada ni.. bila-bila pun dia boleh tarik balik.. Tu kena tanam dalam hati ye.. Dia ada hak dan Dia berhak untuk tarik semua pemberiaan Dia..

Tak salah pun mengadu domba dengan Dia kan.. malah kita akan rasa lega.. kurang sikit beban di hati tu.. Tak pening kepala..

Moga hilang segala stress...

Till then, babai..

Wassalam.
posted from Bloggeroid
7:51:00 AM

Ungkapan Hikmah #2

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi..


Kadang-kadang hati pasti tercuit rasa yang tidak enak. Tidak senang. Kesabaran pula makin menipis apabila dilanda badai ujian Tuhan. Namun, jauh di sudut hati itu, sedar. Tuhan mahu menguji. Kita sanggup atau tidak untuk menghadapinya.

Tuhan masih sayangkan setiap hambaNya. Jadi..bersabarlah.. berdoa.. tawakal..

*tempias pun kena juga kepada orang sekelilingmu kalau kesusahan itu berada di pihak kamu. maaf sahaja tidak cukup.*

Wassalam.
1:35:00 PM

Google Yourself!!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Haaa.. tetiba..

Mummy Ash la ni buat Sue pun terjebak sama.. Hahahaha.. gediks tau nak google diri sendiri ni.. Ntah ape-ape la Mummy Hadirah ni.. ^_^



"Sue Sopian has a kind and conscientious type of personality. She is a born artist. Usually puts the needs of others above her own needs. Stable and practical in taking decisions and has a good observation about people."

Eh.. iye ke ni?? 
Pandai kan google ni ambik hati Sue.. nak bodek la tu..

Just for fun ye.. Kalau nak buat jugak, terjah SINI

*release tension jap*

Wassalam.
9:30:00 AM

Dhiya's First Giveaway

by , in
Assalamaulaikum. Cinta.

Assalamualaikum wbt

Rakan-rakan blogger yang dikasihi, 

Saya sedang menjalankan satu kempen giveaway pertama dalam blog Dari Diri Dhiya ini. Sebelum ini saya tak pernah anjurkannya sebab saya takut tidak mendapat sokongan (oh pesimis nya sayaaa!)

Tetapi sekarang saya sedar. Kempen sebegini, walau giveaway nya mungkin tidak seberapa, saya sebenarnya sedang cuba menjalinkan persahabatan dengan anda.

Oleh itu, atas nama persahabatan, sudilah kiranya anda mengambil bahagian dalam giveaway saya yang pertama ini. Hadiah tak mewah, tapi terdiri daripada koleksi cenderamata dari tempat-tempat yang saya pernah pergi. Untuk Giveaway ni, tiada cendermata dari Korea. Tapi Insya Allah jika berjaya ada sambutan, saya akan cuba menganjurkannya dengan hadiah yang lebih menarik. Mungkin saya boleh pertimbangkan koleksi buah tangan Korea saya tu. (P/S: Cenderahati dari Korea saya masih banyak, tau! Memang dibawa pulang untuk DDD)


Syaratnya sangat mudah, kerana saya memang berniat untuk memberi sambil bersahabat. Wallahi :)

1) Tempoh kempen: 18 Ogos 2014- 31 Ogos 2014 ( jam 12 tengah malam)
2) Follow blog Dari Diri Dhiya dan nyatakan anda follower yang ke berapa
3) Post kan entri ini (copy and paste) sahaja di blog anda
4) Ajak rakan-rakan pembaca blog anda untuk menyertainya 
5) Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen entri ini
6) Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan random.org
7) Ada 7 pemenang bertuah akan dipilih! 7 tau! 

Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya

Pengumuman pemenang akan dibuat pada minggu pertama September 2014 bersempena dengan edisi istimewa entri terbaik bulan tersebut.

Pengeposan hadiah adalah secepat mungkin, sebaik mendapat maklumat dari pemenang :)

SEMAK PENYERTAAN ANDA DI SINI 

*Saya perlukan 15 penyertaan (atau lebih) Jika tiada sambutan, GA ini secara automatik akan terbatal. 

Saya mengharapkan sokongan dan penyertaan anda :)
Salam sayang,
Dhiya 


Wassalam.
10:52:00 PM

Ungkapan Hikmah #1

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Always remember..Allah swt always with us dalam apa jua keadaan sekalipun.. Sabar dan ikhlas menghadapi dugaan hari ini untuk kesenangan hari esok.. Smile!



Good night!

Wassalam.
posted from Bloggeroid
10:22:00 PM

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Bila bercerita tentang telefon pintar, yes! Sue juga memiliki sebuah telefon pintar bermula dengan Sony Xperia XL, yang bertahan juga untuk bertahun-tahun. Cuma pada awal tahun ini Sue telah beralih kepada Samsung. 

Tapi.. sekarang ini, bila melihatkan iPhone 5s, teringin pula beralih kepada iPhone. Sebenarnya memang dah lama Sue mengidam berkehendakkan iPhone ni. Cuma masih belum rezeki Sue untuk memegang walau pun sesaat telefon pintar iPhone ni. Hanya omong kosong dan angan-angan sewaktu hendak tidur..berharap iPhone masuk dala mimpi.. ^_^


Jadi.. bila terpandangkan contest yang dibuat oleh Tuan Denaihati di blog Denaihati, Sue terus jatuh hati nak join. Walaupun dikira minit-minit terakhir sewaktu entri ini dikarang, namun Sue masih berharap Sue tersenarai sebagai peserta yang bertuah untuk memiliki salah satu iPhone 5s daripada 3 buah iPhone 5s yang ditawarkan sebagai hadiah utama contest ini.

Memiliki iPhone 5s secara percuma memang menjadi gajet impian setiap orang terutama sekali blogger seperti Sue ini. Melalui contest seperti ini, secara tidak langsung telah membuka peluang buat blogger untuk mengembangkan idea dan bakat dalam penulisan untuk entri review di samping mendapatkan gajet mahal secara percuma. Sekurang-kurangnya blogger itu bersungguh-sungguh berusaha mencari idea yang kreatif dan secara tak langsung bakat penulisannya terserlah melalui minda yang bekerja keras.

Kenapa Sue berminat dengan iPhone 5s kali ini?

Ok..ok.. Macam ni..

Kebiasaannya Sue ini seorang yang suka mengambil gambar. Tak kira la di mana Sue berada, memang memori telefon mahupun SD card phone sure penuh dengan gambar-gambar. Sampaikan view langit, awan, pokok pun Sue akan ambil juga gambarnya. Sampai satu tahap, dah ada DSLR pun masih setia menggunakan phone sebagai alat utama untuk mengambil gambar. DSLR sanggup ditinggalkan di rumah asalkan phone ada.

One day, Sue terpandangkan salah seorang kawan Sue yang memiliki iPhone. Ambil gambar, snap sana snap sini. Wow! Cantiknya kualiti gambar yang diambil menggunakan iPhone! Dalam hati, "Eh, tak boleh jadi ni. Rasa nak satu iPhone pulak! Cun woo gambar dia tu

Dari situ start dah tanam impian nak memiliki satu lagi telefon pintar iPhone. Cuma rezeki untuk memiliki iPhone tu tak kesampaian lagi. Hanya mampu menggunakan Samsung saja buat masa ini. Itu pun cukup-cukup aje.


Mengikut sepesifiskasi yang dikeluarkan oleh Apple, kamera iPhone 5S dikatakan hanya 8 megapixels (MP) dengan 1.5 Ultrapixel, lensanya dilindungi penutup lensa kristal batu nilam yang turut digandingkan dengan flash kamera dengan tone sebenar, dan juga menyokong fokus automatik. Fungsi lain bagi kamera belakangnya lebih kurang sama dengan kamera pada telefon pintar yang lain. Kamera depannya pula hanya 1.2 megapixel tetapi disebabkan ianya menyokong HD, gambar yang dihasilkan menjadi lebih besar dan cantik.

Bagi video kameranya pula, dikatakan menyokong rakaman sehingga 1080p . Ianya amat penting bagi seseorang yang berminat untuk merakam detik-detik penting seperti dalam event yang kita hadiri dengan kualiti yang agak hebat. Sue ada juga terbaca tentang fungsi yang agak menarik yang ada pada iPhone 5s ini iaitu fungsi menangkap gambar ketika rakaman sedang berjalan dan juga slow motion. 

Fungsi tangkap gambar ketika rakaman sedang berjalan memang memudahkan kita as a pengguna yang gemarkan mengambil gambar dan merakam sesuatu kejadian dalam masa yang amat singkat apabila sesuatu kejadian tersebut berlaku. Satu lagi fungsi yang menariknya iPhone 5s ini iaitu slow motion, di mana kita boleh mengambil video yang bergerak laju tetapi kita hendak bagi nampak dengan jelas apa yang berlaku, kita gunakan fungsi slow motion ini.

Itu adalah antara sebab-sebab utama Sue jatuh cinta dengan iPhone 5s ini. ^_^


Selain itu, iPhone dikatakan susah untuk hang. Biasa la.. Kalau dah namanya memiliki telefon pintar ni, for sure nak install macam-macam aplikasi. Social networking saja dah berapa aplikasi, seperti twitter, facebook, wechat dan lain-lain lagi. Itu belum lagi aplikasi messaging, email dan sebagainya. Bila dah banyak sangat aplikasi yang digunakan, memang phone akan hang. Tapi iPhone berlainan. Susah untuk hang walaupun banyak mesej whatsapp masuk bertalu-talu. *fall in love again*


Bila dibelek di alam maya, dari segi keselamatan iPhone 5s ini memang memuaskan. Ini kerana telah ada fungsi Touch ID sekarang ini. Fungsi Touch ID ini adalah apabila kita lupa password untuk membuka iPhone 5s ini, kita cuma perlu touch guna jari kita saja, secara automatik phone kita unlock dengan sendirinya. Senang bukan? Kita tidak perlu risau kerana orang lain tidak boleh buka phone kita selain tuan punya phone. Menarik tak?



Lagipun iPhone 5s ini lebih nipis dan ringan. Mudah untuk dibawa ke mana-mana. Sebagai seorang blogger, lebih mudah untuk mengambil gambar, update entri serta menyemak email dan pesanan penting sekiranya berada di luar. Kerja-kerja harian juga menjadi lebih pantas dengan bantuan iPhone 5s ini. *waaa..meleleh air liur tengok iPhone 5s ni* 


Bila tengok kawan-kawan post pasal contest Denaihati ni, terus bersemangat untuk turut serta dalam contest ni walaupun sekejap lagi dah nak tamat. Ingat nak join semalam tapi tak berkesempatan. Malam ni baru ada masa.. Besar harapannya untuk tersenarai sebagai salah seorang pemenang. Sekiranya ada rezeki, inshaaAllah takkan ke mana. Kalau tiada rezeki kali ini pun, akan diusahakan untuk memiliki sebiji iPhone ni.. moga dipermudahkan.. amin..

Penaja contest :-

Penaja Utama


Wassalam.
8:38:00 AM

MH 17 - Bertafakur Seminit Tanda Penghormatan Terakhir | 24 Ogos 2014

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. hari ini 3 lagi jenazah tiba di KLIA. 


Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi hari ini adalah antara 8.30 hingga 9.15 pagi. Ia sebagai tanda penghormatan terakhir.


Bagi beragama Islam boleh membaca Al-Fatihah dan bukan Islam berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing.


‪‪#‎black‬ ‪#‎hitam‬ ‪#‎SadButTrue‬ ‪#‎sad‬ ‪#MH17‬ ‪#‎WelcomeHomeMH17‬ #mourning #prayforMH17 #


sumber gambar : google


Wassalam.
1:36:00 AM

Makan Nasi Bila Suka

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Haaaa.. ni la budak yang seminggu sekali Sue jumpa tu..



Dah la susah nak makan nasi.. Sehari sekali pun belum tentu dia makan. Hai la anak.. susahnnya nak makan nasi.. Hari-hari masak lauk sedap-sedap tapi dia tak nak jugak dia makan.

Seminggu sekali je kita jumpa, cuba makan nasi banyak-banyak everyday.. baru senang hati mummy ni..

Ni pun tadi dah jam 10.30 malam baru minta nak makan nasi. Dah lapar sangat la tu kan sayang... Tapi tak nak mummy suapkan. Tunggu papa suapkan jugak. Anak papa betul la dia ni.. Nasib baik papa pun kebetulan nak makan nasi..

Hadirah ni memang.. kalau ada papa dia, memang melekat dengan papa dia je.. Semua benda nak papa dia buatkan.. Ikut ke mana papa dia pergi.. Haihhhhh.. geram jugak kadang-kadang tu.. sampaikan papa dia sakit kadang-kadang tu pun kena melayan kerenah dia. Tapi bila nak tidur, tahu pulak nak cari mummy. Macam sekarang ni. Nak jugak peluk mummy kan.. Rindu la tu.. kekekekeke..



Tu pun makan sikit je tu.. memang Hadirah sekarang ni kurang makan nasi. Tak macam dulu.

Dulu sumbat la ape aje, dia mesti makan. Since dah pandai memilih ni, hurmmmmm..memang memilih la dia kalau bab makan.

Ni besar dengan susu je ni.. Menyusu sangat kuat. Tak cukup 2 kilo sebulan susu dia. At least 5 kilo sebulan.. huhu.. pengsan mummy.. Tapi takpe la.. asalkan sayang mummy ni sihat. At least makan jugak dari tak makan langsung...

Ok la.. Hadirah pun baru je lena atas pangkuan Sue ni haaa.. sibuk nak tidur atas tangan mummy. Nak mummy peluk katanya. So mummy dia nak tidur jugak la.. baru boleh beradu dengan aman..

Good night!

Wassalam.
posted from Bloggeroid
11:47:00 PM

Kemeriahan Dalam Kesederhanaan | Aidilfitri 2014

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Semalam office Sue ada buat Sambutan Hari Raya Aidilfitri secara sederhana dan kecil-kecilan.. Tak buat seperti tahun-tahun sebelumnya.. Within staff je. Kalau tak macam sebelum ni besar-besaran, invite customer, vendor etc..





Tapi..tahun ni sebagai menghormati tragedi #MH370 dan #MH17 serta tragedi di #GAZA makanya pihak pengurusan TM tidak membuat rumah terbuka or sambutan Aidilfitri secara umum dan besar-besaran.

Alhamdulillah..bersyukur dengan rezeki yang ada..





Department Sue ditugaskan untuk membuat hiasan raya dan juga kuih raya.. So hiasan yang dimaksudkan macam yang gambar atas sekali tu.. Hasil kerja Kak Ema dan staff TA yang lain.. Tq kak! Simple and nice!



Layankan je gambar-gambar kami.. Kami memang suka penuhkan ruang-ruang kosong dalam kamera tu.. Mane tak penuh memori phone.. hahahaha.. Tu pun tak pakai lagi dslr ai.. Kalau tak lagi banyak nak tepek kat sini..







Gambar beramai-ramai ni yang paling best.. Dengan CEO, Datuk Zaini, Director, pihak pengurusan & semua staff yang hadir... Gambar kenang-kenangan dengan En. Shah, our CFO yang akan berpindah ke TM after this..



Siap ada hadiah untuk pakaian raya tercantik lelaki dan perempuan.. Yang paling havoc bila ada hadiah untuk best couple dress.. Haaa.. sebelum dinilai oleh juri time ni la boleh la cari sesapa yang warna pakaian yang sama.. Memang fun habis time ni.. Masing-masing sibuk mencari partner yang sama warna..

Berlawan-lawanlah antara mereka..

Best couple dress dimenangi oleh...





Hasrul & Kak Bahiyah.. Hasbrul ni my sales team.. Kak Bahiyah pulak satu department dengan Sue.. Haaaa.. tengok.. sampin bunga-bunga tu yang tak tahan.. yang tu yang menang.. kekekekeke... Berpeluh dari pagi bersampin bunga-bunga.. Hahaha... Tahniah!



Siap ade band nyanyian lagu raya.. Mereka ni menghiburkan kami semua yang tengah makan-makan ni..

Boleh request request tau uollsss.. Tapi lagu raya je tau..



Sedap-sedap suara mereka ni.. Jom karok! Muahahahaha..

Ermmm.. Salam Aidilfitri lagi sekali sebelum Syawal mengundurkan diri..


Wassalam.
posted from Bloggeroid