Tragedi MH17

Assalamualaikum. Cinta.

Jam menunjukkan seawal 6.00 pagi. Sue dah dalam kereta. Memandu ke tempat kerja sambil mendengar radio. Berkumandang lagu sedih.. Lagu raya pun semuanya sedih-sedih belaka.. Sayu hati ini..

Sebelum itu, masa bangun sahur, terkejut dengan notifications daripada Whatsapp, facebook, twitter , instagram berkenaan dengan berita yang telah menggemparkan negara, pasal MH17 yang dikatakan terhempas di Ukraine pada 17 Julai 2014. Ada yang kata pesawat tersebut ditembak.. Namun, kena tunggu pengesahan mana satu yang betul..

Please.. jangan ulang kesilapan kita sepertimana yang terjadi sewaktu berita MH370 beberapa bulan yang lalu.. Tolong.. jangan buat spekulasi macam-macam.. Kesian pada keluarga dan orang-orang yang terlibat..


295 orang dalam pesawat tersebut! Dugaan buat rakyat Malaysia amnya, dan dugaan yang paling berat buat keluarga mangsa MH17 yang terlibat khususnya. Allahuakbar.. Semoga ahli keluarga mangnsa yang terlibat tabah.. -___-

Belum pun reda dengan kisah MH370, telah timbul pula MH17.. Kes sabah juga masih belum reda.. Kisah di Palestin pun masih belum reda. Adakah ini agenda pihak tertentu untuk menutupkan mata kita dan masyarakat dunia berkenaan dengan peperangan di Gaza? Moga dapat jawapan tentang persoalan ini.. Satu lagi malapetaka buat negara.. Wallahu a’lam 

Doakan yang baik-baik sahaja..


Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. Dari Dia kita datang, kepadaNya jua kita kembali.. Semoga Allah rahmati roh saudara kita yang terkorban.. Al-fatihah..



Nahas MH17 Terhempas di Ukraine

‪#‎PrayForMH17 #‎PrayMH17‬ ‪#‎MH17‬ #PrayForGaza #PrayForSabah #PrayForMalaysia

Wassalam..

No comments:

Post a Comment