Majlis Iftar Ramadhan 2014 eWana.fm Bersama Pak John Steamboat & BBQ

Assalamualaikum. Cinta.


Alhamdulillah.. Baru kini Sue berkesempatan untuk update segala story story iftar last week. Maafkan Sue ye. ^_^ Agak sibuk sedikit kebelakangan ini. Update ala kadar je sebelum ni.. -____-"

Firstly, terima kasih kepada Halim Brothers yang merupakan pengasas kepada Hai Blogger dan juga terima kasih kepada eWana FM kerana telah menjemput Sue untuk turut serta dalam Majlis Iftar Ramadhan 2014 eWana fm dan Food Review Pak John Steamboat & BBQ yang telah diadakan pada 10 Julai 2014 yang lalu.

Majlis iftar eWana FM dan Pak John Steamboat & BBQ ini turut dihadiri oleh rakan-rakan blogger, rakan-rakan media, juga tetamu VIP, serta beberapa orang rakan-rakan artis. Lebih 300 orang tetamu that day. Pak John Steamboat & BBQ ditutup kepada orang awam pada hari tersebut untuk memberi laluan kepada event ini. Wah! Meriah kan!!

Pelancaran Album Raya Artis eWana FM

eWana FM ini merupakan salah satu channel radio seperti Era FM, HotFM, dan sebagainya tetapi bezanya, radio eWana FM boleh didengari melalui Internet. So, boleh la dengar 24 jam tanpa henti..selagi ada talian Internet ^_^

eWana FM juga turut membuat pelancaran album Raya artis eWana FM dalam majlis tersebut. Ramai juga artis yang turut serta dalam majlis tersebut. Antaranya Ana Rafali, Iqwal dan ramai lagi. Sepanjang majlis berlangsung, kami dihiburkan dan diperdengarkan sebahagian lagu-lagu yang terdapat dalam album Raya artis eWana FM tersebut.

Wah! Dah macam suasana hari raya pula.. Dah terasa-rasa bahang Hari Raya dah ni.. ^___^

Website : http://www.ewana.fm/
Facebook : Ewana FM



Meraikan Anak-Anak Yatim

Turut dijemput dan diraikan dalam majlis ini adalah anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Tg. Buduriah, Cheras. Alhamdulillah..dalam kemeriahan kita berbuka puasa, tidak dilupa juga kepada anak-anak yatim ini. Kami turut gembira dapat meraikan anak-anak yatim ini dalam majlis berbuka puasa ini. ^___^

Kanak-kanak ini juga telah mendapat sumbangan daripada Pak John Steamboat & BBQ berjumlah RM3000. Apabila anak-anak ini gembira, kita juga turut gembira.. >.<

* credit to Nadia Johari *


* video kemeriahan majlis iftar tempohari - credit to Nadia Johari *

Food Review Pak John Steamboat & BBQ

Syukur alhamdulillah kali ini Sue diberi peluang untuk berbuka di Pak John Steamboat & BBQ tempohari. Sebelum ini Sue hanya melihat dan membaca food review daripada blogger lain saja. Teringin sebenarnya. Namun belum ada kesempatan. But that day, Sue sendiri telah merasai steamboat daripada Pak John Steamboat & BBQ.




Nampak tak? Betapa banyaknya jenis sayur-sayuran di situ. Di bahagian lain diletakkan pula bahan-bahan steamboat & BBQ yang basah dan masih segar. Memang tak terpilih Sue dibuatnya. Semua yang ada Sue nak rasa.. ^_^


Penuh meja Sue ni haaa.. Memang sedap la steamboat di sini. Siap ada grill lagi. So boleh la nak grill kan udang ke, ayam ke, daging ke.. kannn...


Don't worry. Kalau tak minat steamboat, masih ada pilihan lain seperti Yong Tau Foo dan BBQ. So, boleh la datang ke Pak John Steamboat & BBQ ini. Harga pun sangat berpatutan dengan menu yang banyak untuk dipilih. Buffet Ramadhan yang ditawarkan untuk dewasa hanya RM39++ manakala bagi kanak-kanak berumur 8 tahun dan ke bawah, masuk adalah percuma.

Ini adalah promosi Pak John Steamboat & BBQ sempena bulan Ramadhan ini. So, rebutlah peluang ini untuk mendapatkan harga yang rendah untuk buffet Ramadhan dengan berbuka di Pak John Steamboat & BBQ yang bermula 28 Jun 2014 hingga 29 Julai 2014 sahaja.





Yang paling istimewa di sini adalah jenis-jenis supnya. Bukan satu atau dua jenis sup yang ada, malah banyak. So boleh la pilih nak sup apa. Terdapat sup tomyam, sup kari, sup ayam, sup miso, sup beef bone pepper, dan yang terbaru sup udang. Rugi kalau tak cuba.. o.O



Memang Sue sangat berpuas hati dengan menu dan juadah yang terdapat di sini. Ada waffle, kuih-muih, serta favorite Sue kalau ke mana-mana restoran/tempat makan, AISKRIM! Yes! aiskrim adalah makanan favorite Sue.. Kiranya desert yang paling Sue suka la.. ^___^ Bila perut kenyang, maka hati pun sangat gembira!


Nampak tak betapa happy nya Sue bila dapat aiskrim.. Haaa.. memang senyum sampai ke telinga la jawabnya.. Ini adalah menu terakhir yang Sue rasa.. *winkwink* Aiskrim lain yang terdapat di situ adalah seperti aiskrim kacang merah yang sangat popular suatu tika dahulu. Orang dulu-dulu panggil aiskrim potong.. Hah! Siapa yang tak tahu atau tak pernah rasa aiskrim potong tu macam mana, sila la ke Pak John Steamboat & BBQ untuk merasai keenakkan aiskrim potong itu.. >.< Sedap tau!

Sue pun tengah berkira-kira untuk ke sini lagi ni.. Nak rasa menu yang lain pula.. (termasuk aiskrim potong itu.. hari tu tak sempat.. kikikikikikiki..)

Website : http://www.pakjohn.com/
Facebook : PAK JOHN STEAMBOAT DAN YONG TAO FOO

Cawangan Pak John Steamboat

Pak John Steamboat Cawangan E-Curve
Lot LG-13A, LG-15,
Lower Ground Floor,
E-Curve, No 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, Petaling Jaya

Tel: 03-7733 3913

ATAU

Pak John Steamboat Cawangan Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,
Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1,  Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur

Tel: 03-4141 8898

Peraduan Kongsi dan Menang

Dalam majlis tersebut sebenarnya Sue agak terkejut kerana telah diumumkan sebagai salah seorang pemenang peraduan Kongsi dan Menang.

Eh? Ingatkan salah sebut nama.. Betul rupanya nama Sue Sopian.. ^___^ Siapa sangka kan.. Rezeki Sue malam tu.. Alhamdulillah..

Hadiah adalah tajaan daripada Team Power Tupperware. Terima kasih diucapkan kepada Team Power Tupperware atas tajaan hadiah bagi peraduan tersebut.

* credit to Kak Hanny *

Dapat tupperware yang awesome lagi.. Dua pulak tu...bolot semua la nampaknya.. jangan marah eh.. Hahahahaha.. (gurau je..)


Untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tupperware yang awesome ini boleh la menghubungi Team Power Tupperware (Syamputra Razali TP).

Facebook : Tupperware Syamputra Razali TP
Website : http://tupperwarebrandsmalaysia.blogspot.com/




Alhamdulillah...Terima kasih Ewana FM dan Pak John Steamboat. Semua makanan memang best dan terbaik! Event pun tak kurang havoc nya. Seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan blogger yang lain yang mana sebelum ini ada yang hanya berkenalan di alam maya je especially dalam facebook dan melalui blog-walking.. Hopefully, next time ada lagi events seperti ini nanti.. ^_____^

 * credit to Kak Hanny *

* rakan blogger yang semeja dengan Sue - Kak Hanny *


#HaiBlogger! #eWanafm #PakJohnSteamboatBBQ #ContestPakJohnSteamboat

Wassalam..

2 comments:

  1. Huishhh tahniahhh dapat hadiah Tupperware tu... yang paling buat ena tertarik ialah bila tengok gambar gambar makanan tu semua... huaaaa kalau ena tak demam haritu, boleh mai jumpa korang semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ena.. patut la tak nampak ena hari tu.. demam rupanya..
      nak jugak la jumpa ena face-2-face.. hehe..

      jom kita p situ nak tak? :D

      Delete